Photobucket

Friday, September 7, 2012

Corat-coret Guru Ganti [Aku Tukar Sekolah]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:12 AM 6 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Apa khabar pembaca setia blog Teratak Pendidik? Hihi. 
Perasanlah cik Wana ni, macam ada singgah blog dia ^^

Dah start ganti puasa ke?
Dah start puasa enam ke?
Atau masih beraya sakan?


Ayuh sahabat²ku, selagi SYAWAL masih bersisa jangan dibiarkan begitu saja ia berlalu tanpa berpuasa 6 hari di bulan Syawal. MARI KITA BERSAMA² MENGGUNAKAN RUANG KESEMPATAN YANG MASIH ADA INI. 
ALLAH SWT AMAT MENYAYANGI KITA 
ALLAH SWT AMAT PEMURAH

Alhamdulillah sepanjang pi beraya hari tu, ramai orang ingat cik Wana nie adik kpd adik²ku sebab nampak kecil & muda. Perkataan kecil tue paling suka sebab dah kembali ke zaman dahulu. Walaupun banyak sangat makan time raya, nasib baik berat tak tambah cuma jisim otot bertambah tukar dgn pengurangan lemak badan. 

Terima kasih Allah!!! Terima kasih Herbalife!!!


Sebenarnya tujuan mencoret di blog hari nie sebab nak cerita² tentang guru ganti. Rasanya dah lama tak mengarut² nie.

Pada 8 Februari 2012 yg lalu cik Wana bertugas di Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha sebagai Ustazah. [Baca di sini: Aku Ustazah]

Pengalaman menjadi ustazah sangat bermakna. Di samping mentarbiyah murid², aku turut mentarbiyah diri sendiri. Banyak perkara yg aku pelajari secara langsung & tidak langsung drpd murid² mahupun guru² & AKS. Layanan yg sangat baik drpd semua warga SKRR utk memberi pengalaman bermakna buat aku bergelar guru tetap kelak.

Kelas 6 Amanah. "Selamat Menduduki UPSR". Moga kejayaan mengiringi kalian setimpal dgn usaha.

Sepatutnya 31 Julai 2012 merupakan tarikh akhir kontrak di SKRR  setelah 6 bulan berkhidmat tapi Alhamdulillah dapat sambung kontrak sehingga 31 Oktober 2012 memandangkan ustaz yg aku ganti menyambung cuti lagi selama 3 bulan. Alhamdulilllah!!!

Baru beberapa hari menyambung kontrak, aku mendapat panggilan drpd Jabatan Pelajaran Labuan pd 6 Ogos 2012 utk menjadi guru ganti di SMK Labuan bagi menggantikan guru yg bersalin. 

Aku ingat lagi, waktu itu hari Isnin jam 12.30 tengah hari & aku sedang menyiapkan RPH utk sepanjang minggu itu. 

Mahu tidak mahu, aku terpaksa menuruti arahan yg diterima utk bertukar ke SMK Labuan pada keesokan harinya iaitu 7 Ogos 2012. Tidak sempat bersalam²an memohon maaf & berterima kasih pada guru² memandangkan ramai yg tiada. Memaklumkan pada murid² akan ketiadaan diri ini utk hari seterusnya pun tidak sempat.


Sejujurnya aku sangat sedih meninggalkan SKRR. 
Aku bakal rindu akan tugas sebagai Ustazah
Aku bakal rindu akan kecomelan murid²ku. 
Aku bakal rindu semua kenangan di sana.


Setiap hari Rabu pagi ada TASMIQ utk murid² tahun 1 & 2. Aku handle murid² tahun 2 Bestari. Mereka sedang membaca & menghafal bacaan solat. Alhamdulillah 50% murid dapat membaca & menghafal bacaan solat dgn lancar sebelum aku meninggalkan SKRR.


Honey Hissy binti Junaidy. Alhamdulillah Honey dah baca Iqra 4 & nak masuk ke Iqra 5 sebelum aku meninggalkan SKRR. Setiap pagi & waktu rehat aku ajar sebab dia antara murid 2 Bestari yg masih boleh membaca Al-Quran.


Kini cukup sebulan aku berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan (SMKL). SMKL nie merupakan sekolah menengahku yg pertama sebelum aku melanjutkan pelajaran ke SMSL.

Setakat ini saja mencoret setelah sekian lama menyepi kerana pulun mengulangkaji subjek SAINS & BIOLOGI yg aku ajar di SMKL.

InsyaAllah di lain masa kisah di SMKL akan bersambung.

Doakan diri ini istiQamah dlm perjuangan Islam, menjadi murabbi membentuk anak bangsa. ^^

Wallahualam

6 123 Bingkisan Sahabat:

alhamdulillah moga Allah bantu..jadi pewaris nabi insyaAllah..x pernah sampai area sana lagi..

akak sebenarnya ajar sbjek apa??
hoho...
comei ja bdk2 skolah.. :)

BSF --> InsyaAllah...amin..xda yg menarik p0n kat labuan..hihi

Qatrunnada --> sepatutnya ajar math & kimia tp mcm bnyk sbjek dah ajar..sains, biologi, pendidikan islam, pjk..

mmg comel p0n mrka ^^

ooo..bgus la bnyk sbjek..xda boring sgt mengajar nanti.. :)

xboring? hihi...lg bnyk bnda nak bca dik.. isyaAllah pengalaman m'gjar bnyk sbjk dpt digunakan nnti ^^. doakan erk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...