Photobucket

Saturday, December 24, 2011

Solat Berjemaah Imbangi Cas Dalam Badan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:00 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari nie nak share tentang satu lagi kelebihan solat berjemaah. Yg kita tahu dr sudut ganjaran pahala yg Allah janjikan pd kita seperti dlm sabda Nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud: 
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim) 

Wow.. Banyakkan 27 drpd 1?

Tapi malangnya sebanyak mana pun pahala yg Allah nak berikan tapi kita nie asyik buat tak tahu je. Betul tak?


Kelebihan kedua solat berjemaah adalah MENGIMBANGI CAS DALAM BADAN.


:P SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam. 

Kajian itu mendapati tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dlm aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dlm proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif yg menyebabkan ketidakseimbangan dlm tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dlm badan menyebabkan kita rasa letih & lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula utk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dgn solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat lima waktu yg didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yg tidak sama?


Hasil kajian mendapati sentuhan yg berlaku antara tubuh kita dgn tubuh ahli jemaah lain yg berada di kiri & kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yg berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan manakala yg berkurangan akan ditarik ke dlm kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dlm tubuh kita.

Katanya setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yg hampir seimbang.

´.✿ Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas seharian kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak drpd tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

´.✿ Solat berjemaah yg disyariatkan Islam berperanan utk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat utk memberi ruang yg lebih kpd proses pertukaran cas dlm tubuh.

Situasi yg sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yg banyak.

´.✿ Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yg dikerjakan akan memberikan ruang kpd proses pertukaran cas dgn lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar & pulang drpd kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yg banyak menggunakan tenaga. Masa yg diperuntukkan pula tidak begitu lama. 


´.✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yg mengandungi empat rakaat. Logiknya, pd waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yg banyak.

´.✿ Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dlm Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pd sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dlm badan serta memberikan tenaga utk kita bangun malam (qiamulllail).

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yg lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yg tersirat utk kebaikan umat Islam itu sendiri.

:)Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta.

Pesanan buat diriku & pembaca sekalian: Marilah sama-sama kita rajin-rajin solat berjemaah. BERJEMAAH itu kekuatan UMMAT ISLAM...


Wallahualam..

Friday, December 23, 2011

Aku seorang anak Palestin…

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:05 PM

 
Aku seorang anak Palestin
Aku telah membiarkan kelaparan selama berhari²
Dan sekarang telah berminggu²
Aku mendengar di tempat lain…
Anak² tertidur di tempat² tidur mereka…
Ibu mereka dgn hangat di sisi mereka…
Menyanyikan lagu utk mereka…
Ayah² mereka akan menciumnya…
Setiap kali mereka bangun di pagi hari drpd tempat tidur….
Mereka memiliki permainan & mainan utk bermain dgn kawan²

Tapi Aku….
Aku bermain & menunggu kematian…
Ibuku selalu menangis…
Dia sentiasa memakai pakaian hitam…
Kerana dia menghadapi kegelapan setiap hari…
Musuh² matahari….
Anak² mereka ditindas….
Ketika mereka kali pertama menembaki rumah kami dgn bom…
Ayahku menjadi syahid…
Sama seperti ayah² Palestin lainnya…
Sekarang aku semuanya sendiri & keseorangan…
Tanpa pemilik seperti anak² Palestin yg lainnya..

Aku seorang gadis cilik yatim piatu Palestin
Aku memiliki saudara²ku…
Azra & Aishah berumur 5 tahun...
Mohammad & Zeynab berumur 9 tahun….
Kami tidur bersama dlm satu tempat tidur…
Kerana kami tidak memiliki tempat tidur lainnya…

Aku seorang anak Palestin
Tetapi aku..
Aku belum boleh tidur dari suara pesawat & bom..
Di waktu seperti ini kami saling berpelukan & menangis…
Di malam seperti ini kami mendengar letusan bom…
Kami ketakutan keluar & berteriak…
“Ibu, Ibu, Ibu…..!”
Ibuku tidak membalasku juga….
Krn ia berselimut kemerahan…
Tetapi merah yg tidak bersuara…
Ibuku yg selalu memakai pakaian hitam kini telah berlumuran darah…
Ibuku telah syahid…
Buaian bayi Aisyah pun telah berlumuran darah…
Mohammad & Zeynab pun telah syahid…

Aku seorang anak Palestin yatim piatu…
Aku tak bisa bangun…
Kerana aku telah kehilangan satu kakiku…
Aku menangis & menjerit..

Apa kejahatanku…??
Mereka mengatakan krn namamu adalah Sumayyah…
Inilah kejahatanmu…
Sama seperti orang² yg bernama Aisyah, Fatimah & Muhammad…
Hal ini kerana kalian adalah anak² yg syahid…
Seperti semua anak² Palestin lainnya…
Kerana aku adalah anak Palestin
Tidak punyai saudara…

Mereka berkata kepadaku…
“Tidak ada seorangpun yg dapat mendengar kalian”
Aku bertanya pada mereka..
“Tidakkah ada seseorang di dunia yg seperti aku”
Mereka berkata.. 
“1.5 million di antara mereka bernama Aisyah & Ahmad..”
Aku tak percaya itu…
Di mana mereka…
Tunjukkan padaku, di manakah mereka??
Di manakah kaum muslimin??
Sudahkan mereka melepaskan kami drpd tangan kaum Yahudi??

Lalu aku mengangkat tanganku, memohon kpd Tuhanku!!
Ya ALLAH, aku menyakini-MU..
Dan aku melihat perlindungan-MU…
Aku bergantung kepada-MU & keyakinan-MU..
Engkaulah Pelindung kami dan Pemilik segala sesuatu…
Engkaulah Tuhan Semesta Alam & Engkau adalah Tuhanku…
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka!!!!!!!!
Aku seorang anak Palestin..
Seorang anak yatim piatu…


YA ALLAH...
Aku memohon dgn sepenuh hatiku kepadaMU,
Tiada apa yg dapat aku lakukan,
Melainkan kiriman sebuah doa utk mereka,
Bantulah hambaMU YA ALLAH,
Kirimkan tenteraMU utk membantu rakyat Palestin,
Bantulah mereka sebagaimana KAU menghantar burung Ababil utk melindungi baitullah,
Kirimkanlah ketabahan & kesabaran pada hati² mereka,
Kirimkanlah kekuatan pada fizikal mereka,
KAU musnahkanlah Zionis terlaknat itu YA ALLAH,
Selamatkanlah mereka drpd kekejaman Zionis yg rakus itu,
Jadikanlah air mata mereka sebagai peluru yg membunuh Zionis,
Jadikanlah derita & kecewa mereka sebagai penyebab musnahnya Zionis,
Selamatkanlah Palestin..
Damai & amanlah Palestin..
Sabarlah saudara²ku..
PALESTIN..



* Aku hanya mampu berdoa pada Allah supaya menyelamatkan bumi PALESTIN:ins:


ALLAHU AKHBAR 3x.

Wednesday, December 21, 2011

Adab² Melawak, Jangan Ketawa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:14 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry hari nie banyak terkena batang hidungku. Mungkin terlalu banyak ketawa belum sampai di akhirat dah menangis.

Saat nie aku perlukan seseorang utk meluahkan rasa hati. Apa²pun syukran jazilan adikku (Hajah Sanita), sekurang²nya kurang rasa beban di hati setelah meluahkan sedikit kegusaran jiwa yg melanda hati.

Syukran juga buat Fatihah (anak muridku) yg sentiasa menghiburkan hatiku.

Jom baca kisah di bawah. Moga ambil pengajaran di sebalik yg berlaku.


Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al-Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya krn telatahnya yg lucu serta menghiburkan. Selain drpd berbakat sebagai pelawak, Nuaiman Al-Ansary juga seorang pahlawan yg pernah ikut serta dlm Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dgn Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dgn Rasullullah SAW maka pelawak  Nuaiman Al-Ansary pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman Al-Ansary sentiasa menjadi perhatian orang ramai krn telatahnya yg melucukan.  Nuaiman Al-Ansary tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yg berada di luar masjid mengapi²kannya.
Ini UNTA bagi yg tak kenal MR. & MRS. UNTA
“Wahai  Nuaiman Al-Ansary, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu & nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai. 

Maka dgn segala kelucuannya  Nuaiman Al-Ansary menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kpd orang ramai yg berada di sekitar masjid. 

Tiba² lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah krn unta kesayangannya sudah disembelih.  Nuaiman Al-Ansary berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dlm sebuah kebun.

Nabi SAW menyuruh orang ramai mencari  Nuaiman Al-Ansary & dibawa ke hadapan baginda. 

“Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW

Dgn gaya yg melucukan  Nuaiman Al-Ansary pun menjawab, 
Wahai Rasullullah SAW, orang ramai yg menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Nabi akan membayar ganti ruginya.”

Nabi Muhammad tersenyum melihat telatah  Nuaiman Al-Ansary. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kpd tuan punya unta itu. 

Pada suatu hari yang lain, sedang   Nuaiman Al-Ansary berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman Al-Ansary berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kpd Rasullullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit utk membelinya.
Bukan seperti yg dimaksudkan oleh Nuaiman Al-Ansary 
“Boleh saya bawakan makanan ini kpd Rasullullah saw & saya akan bayar kemudian,” kata  Nuaiman Al-Ansary & penjual makanan itu setuju.

Nuaiman Al-Ansary menghadiahkan makanan itu kpd Rasullullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba² penjual makanan datang menuntut bayarannya. 

“Wahai  Nuaiman Al-Ansary, bukankah kamu yg hadiahkan makanan ini?” tanya Rasullullah SAW.

“Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yg sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kpdmu. Tetapi duit saya tidak ada utk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab  Nuaiman Al-Ansary masih dgn gayanya yg melucukan. 

Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kpd lelaki itu.

【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】

Drpd Riwayat Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Celakalah orang yg berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”

Kelakar adalah perbuatan, kata² & sebagainya yg dapat menggembirakan atau yg dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak & gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dlm amal kebajikan & Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dgn ahli keluarga & para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab² tertentu yg telah digariskan oleh Islam seperti:
:)Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w.

:)Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dgn menyebut kekurangannya.

:)Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dgn niat hendak merendah²kannya.

:)Tidak menjadikan jenaka & gurauan itu sebagai kebiasaan.

:)Isi jenaka adalah benar & tidak dibuat².

:)Bersesuaian dgn masa, tempat & orangnya krn adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dlm kesedihan & sebagainya.

:)Menjauhi jenaka yg membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak²) krn banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yg berdekah², mengilai² atau terkekeh² dgn maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan.

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik & makruh hukumnya. 

Ibn Mas’ud meriwayatkan drpd Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W tidak tertawa melainkan senyum simpul & tidak suka melerek iaitu tidak menoleh, kecuali dgn semua wajahnya. 

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat & tertawa berbahak² adalah makruh.

Maka itu seseorang yg sihat akal dilarang bergelak tertawa krn mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. 

Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. 

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada 4 perkara yg menghilangkan tertawa seseorang Mukmin:
☑ Kerana memikirkan akhirat
☑ Kesibukan mencari keperluan hidup
☑ Risau memikirkan dosa
☑ Apabila tibanya musibah & bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu maka dia tidak banyak tertawa krn banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yg diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. 
“Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.” 

Oleh itu marilah sama² kita muhasabah diri & kembali bertaubat kpd Allah. Banyakkan menangis (krn Allah) drpd ketawa (yg sia²) itu adalah amalan yg lebih baik.

Bagaimana lawak dapat mendekatkan diri kepada Allah? 

Adakah ketawa sekadar melepaskan sedikit tekanan dlm beberapa masa, sedangkan hati masih gundah gulana?

Kadang² penghibur sendiri tidak mampu menghiburkan hati yg gelisah.

Wallahualam...

[Mood: Sedang bersedih, siapakah yg ingin menghiburkan hatiku?]

Tuesday, December 20, 2011

Kenapa Kaum Hawa Pakai Tudung?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:42 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Andaikata kaum hawa/muslimah ditanya sebab² pakai tudung/hijab agak² apa jawapan kalian???


Biasanya ini alasan kaum hawa pd masa kini yg memakai tudung:
´. Gaya: Meniru artis² & terasa cantik apabila tgk model majalah pakai tudung.
´. Terpaksa memakai tudung krn keluarga mereka semua memakai tudung.
´. Memakai tudung hanya krn sekolah mewajibkan memakai tudung.
´. Couple/pakwe/gerek/boyfriend/tunang/suruh pakai tudung.
´. Kalau pekerja restoran: Pakai tudung sebab takut rambut masuk dlm masakan.

Ada lagi alasan? Meh tambah lagi...


Dah tue fesyen tudung pula macam², macam cendewan tumbuh selepas hujan. Antaranya seperti di bawah:
Yg warna pink tue juga buat hatiku tertawan

Apa²pun perbaikilah alasan kita memakai tudung. Sesungguhnya Allah telah mengaturkan segalanya itu demi kebaikan umat manusia. Ini telah dibuktikan dari segi sains:

1) Merujuk artikel "The Science Behind the Veil" mengatakan kajian² menunjukkan 40-60% kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yg lain.

2) V.G. Rocine seorang pakar otak mengatakan fosforus otak menjadi cair pd 108 suhu Farenheit. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang berada di bawah keadaaan panas terik tanpa menutup kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan menurun. Hal ini dinyatakan dlm  【ツ】www.islamonline.net/english/Science.【ツ】

3) Dlm artikel lain pula iaitu "Highest Phosphorus Foods" di Canadian Neuro-Optic Reserch Institute Online dinyatakan, "Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Farenheit, ia amat berbahaya krn fosforus otak akan cair & ini menjejaskan kesihatan otak. Justeru, kepala hendaklah ditutup dlm keadaan cuaca panas".

4) Mereka yg memakai tudung tidak terpengaruh secara menyeluruh dgn pewarna rambut, menurut pakar Sains pewarna rambut mempunyai bahan yg boleh merosakkan kulit kepala apabila terdedah dgn matahari & kesejukan.

Allah Taala berfirman, Maksudnya: 
Dan katakanlah kpd wanita² yg beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka & memelihara kemaluan mereka & janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa biasa nampak drpdnya (iaitu wajah & kedua² telapak tangan) & hendaklah mereka menutup dada mereka dgn kain tudung mereka & janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kpd suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera² mereka atau putera² suami mereka atau saudara² mereka atau putera² saudara² mereka atau putera² saudara² wanita mereka atau wanita² Islam atau budak² yg mereka miliki atau pelayan² lelaki yg tidak punya keinginan (nafsu seks) atau anak² yg belum mengerti tentang aurat wanita (Surah An-Nur: 31).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
“Wahai Nabi, katakan kpd isteri²mu, anak² perempuanmu & isteri² orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.”(Surah Al-Ahzab: 59)

Ya, sedangkan buku yg kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya?


【ツ】Kuperhatikan kulit bukuku yg bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yg tidak bersampul. 


【ツ】Kuperhatikan langsir yg cantik menghias pintu & tingkap. 


【ツ】Kuperhatikan kain yg mengalas meja & perabot. 


Benar, yg tertutup itu indah! 


Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dgn menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yg berhak. Bukannya diratah² oleh pandangan yg sakit.

P/S: Jom pakai tudung!!! Tapi niat mesti kerana Allah S.W.T :)


Wallahualam

Thursday, December 15, 2011

Jadilah Seindah Mawar Berduri

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:42 AM

Aromamu harum mewangi.. Kelopakmu merah menawan.. Namun berpagarkan duri.. Demi mempertahan hakikat keindahan.. Mekarlah dirimu di Taman Islam..


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Rasanya begitu lama dah tak share tentang buku yg Wana dah baca. Hari nie nak share sikit tentang Seindah Mawar Berduri karya Ustazah Fatimah Syarha. Allahuakhbar.. Seriously buku nie sgt best. Padat dgn Ilmu.

Kadangkala berangan: 
"Andai diri ini dapat mencontohi watak Khazinatul Asrar dlm buku nie, Subhanallah sudah pasti indah akan kurasa"

Setelah membaca & menghayati isi kandungannya betul², baru kusedar tanggungjawab seorang muslimah dlm konteks Islam amat susah utk dipraktikkan. Islam terlalu asing dlm praktik hidup seorang muslim.

Sebagai seorang muslimah memang amat banyak batas² yg perlu dijaganya. Setiap perlakuannya mestilah dimulai dgn wujudnya perasaan malu!(malu bertempat tau...) 

Kerana malulah yg menjadi hiasan pakaian kita sebagai muslimah. 

Utamakan dahulu pandangan Allah. Jangan biarkan pandangan manusia saja yg kita ambil kira. Pandangan manusia tidak semua membawa kpd mulianya pandangan Allah.

InsyaAllah, akan ku usahakan yg terbaik utk diriku menjadi Seindah Mawar Berduri. Akan ku tekadkan dlm hati!

*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆*☆

Nak tahu ILMU tentang beza CINTA & SUKA. Nak tahu tak?
Kalau nak tahu JOM BACA

Di hadapan org yg kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan org yg kita cinta, musim sentiasa berbunga². 
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita suka, musim itu cuma berangin saja.

Jikalau kita lihat ke dlm mata org yg kita cinta, kita akan kaku. 
【ツ】Tapi jika kita melihat ke dlm mata org yg kita suka, kita akan tersenyum.

Di hadapan org yg kita cinta, kita menjadi malu. 
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita suka, kita akan tunjukkan imej diri kita yg sebenar.

Di hadapan org yg kita cinta, lidah kelu utk berkata²
【ツ】Tapi di hadapan org yg kita suka, kita akan bebas berkata apa² saja.

Kita tidak akan merenung mata org yg kita cinta
【ツ】Tapi kita akan selalu merenung mata org yg kita suka.

Bila org yg kita cinta menangis, kita akan turut menangis. 
【ツ】Tapi bila org yg kita suka menangis, kita akan cuba utk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. 

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yg kita suka umpama kita membuang telinga kita. 

Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.

Aturlah Cintamu dgn sebaiknya... Cinta adalah FITRAH.. Tapi Cinta boleh bertukar menjadi FITNAH´.✿ Jangan Terjemah Cinta Dgn Jalan² Taqrabu al-Zina .´. Dan tiada istilah ´.✿ Cinta yg menghalalkan Couple Islamic .´.

Wallahualam..

P/S - Memandangkan buku Wana dah bawa balik Labuan so tak dapat nak pinjamkan. Tapi kalau sesiapa nak baca buku Seindah Mawar Berduri dlm bentuk pdf bolehlah ´.✿ download di sini .´


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...