Photobucket

Sunday, December 11, 2011

TERJEMAH Cinta dgn Jalan² “Taqrabu al-zina”

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:03 PM 5 comments

 Assalamualaikum & salam sejahtera..

Entry yg lalu Wana ada share tentang bestnya KARNIVAL HARI TERBUKA (KHAT) KHAR sebab berpeluang berBEKAM(tekan link nie untuk entry berBEKAM).  



Alhamdulillah dgn khaifiat berBEKAM badan sgt ringan nak buat ibadah. 


Nak tahu, sekarang sgt mudah nak bangun subuh walaupun tidur tgh malam (kadang² sebelum azan subuh berkumandang dah bangun).

Bukan je badan sgt ringan buat ibadah malah buat assignment pun rajin. Alhamdulillah LAPORAN KAJIAN PENYELIDIKAN @ TESIS saya dah siap.(TESIS nie penting tau, kalau ta siap kena extend sem)


Esok (Isnin-12/12/11) hantar kat pensyarah penyelia iaitu Dr. Zamzana Zamzamir utk diperiksa. Doakan Wana dapat keputusan yg baik!!!


Bila je siap TESIS nie rasa lega di hati hanya Allah je tahu perasaanku. Allahurabbi.. TERIMA KASIH ALLAH..


Oleh itu, saya jadi rajin nak tulis tentang sebab bestnya KHAT KHAR kali nie. Jom baca sebab kedua.

Kedua: BERTEMU dgn USTAZAH FATIMAH SYARHA.



*☆*☆ Nie waktu jumpa kali pertama. 
*☆*☆ Kesilapan teknikal bukan kat KARNIVAL HARI TERBUKA KHAR 2011 tapi waktu kat SURAU AL-FALAH, PROTON CITY, UPSI program anjuran RAKAN SURAU AL-FALAH
*☆*☆ Nama program tak ingat.
*☆*☆ Waktu nie ustazah masih tengah mengandungkan Al-Qoosirah Thorfina.
*☆*☆ Ustazah sgt comel & cantik, tak sangka kecil molek je orgnya, 
*☆*☆ Betullah org kata: "Ibu mengandung akan nampak CANTIK" 


´. Nie waktu jumpa kali kedua.
´. Waktu nie ustazah datang bersama suaminya, Dr. Farhan Hadi.
´. Tapi ustazah tak bawa pun anak²nya iaitu Al-Haura' Maqsurah & Al-Qoosirah Thorfina.
´. Tapi waktu forum hari tue rasa macam jauh dgn panel (Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi) sebab pentas sgt besar & jauh.
´.  Tak macam kat Surau Al-Falah, Wana duduk paling depan memang sgt dekat dgn ustazah.
´. Tapi yg bestnya dapat autograf Ustazah!!!


:P Kenapa Wana minat dgn Ustazah Fatimah Syarha
Rasanya jawapan yg Wana bagi nie mesti sama je dgn yg lain. Betul tak?

 Sgt suka baca karya yg ditulis oleh beliau.

 Karya menyentuh hati, memotivasikan diri, sumber inspirasi buat diri.

 Buku beliau yg pernah saya baca: "TAUTAN HATI", "SYABAB MUSAFIR KASIH", "PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL" & "SEINDAH MAWAR BERDURI". 

 Bukunya semua best, rasa tak rugi pun beli buku² tue.

 Ustazah sgt cantik & comel.

 Banyak lagilah. 

"Moga aku mempunyai akhlak sebaiknya"


Alang² cerita tentang ustazah, mai baca satu artikel yg ditulis oleh beliau tentang "ujian cinta" para remaja di Solusi EDISI 29 
MENTERJEMAHKAN Cinta dgn Jalan² “Taqrabu al-zina:quizzical:


Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pd si dia.
Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya.
Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah dimindamu.
Semua itu fitrah.
Setiap fitrah ada peraturannya.
Kenapa?
Supaya fitrahmu itu tersalur secara mulia & diredhai-NYA. 

Bagaimana menghadapi ujian ini? 
Agar fitrah tidak jadi fitnah.
Agar fitrah mendapat barakah.
Bagaimana caranya?
Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja.

Dirimu sedang sibuk dgn pelajarankan?
Dirimu belum bersedia utk berumahtanggakan?
Dirimu sedang mempersiapkan dirikan?
Dirimu sedang mengutamakan priority yg lebih pentingkan?

Kalau dirimu dlm situasi ini, 
Jadikan"ujian cinta" ini sebagai lubuk pahala, 
Apabila kau perisaikannya dgn MUJAHADAH.

Apabila angau bertandang, 
Cepat²lah beristighfar kpd Allah.
Kita beristighfar bukan krn rindu itu satu dosa, 
Sebaliknya bimbang zina hati akan menjalar.
Sibukkan diri dgn aktiviti² yg boleh membina diri.

Drpd Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Setiap bani Adam memiliki peluang utk berzina. Kedua² mata itu berzina & zinanya adalah dgn melihat. Kedua² kakinya juga berzina & zinanya adalah dgn berjalan. Mulut juga berzina & berzinanya adalah dgn mencium & hati itu juga berzina & zinanya adalah hawa nafsu & angan². Tetapi kemaluanlah yg akan membenarkan atau mengingkari zina tersebut."  (Riwayat Ahmad)  

Gentarlah pd firman-Nya yg bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yg keji. Dan suatu jalan yg buruk” (Surah Al-Isra': 32) 

Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah s.w.t “Janganlah kamu mendekati zina” maknanya lebih dlm drpd “Janganlah kamu berzina”. Firman Allah tersebut bermakna “Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari zina” (Tafsir al-Qurtubi) 

Yakni, janganlah kamu mendekati apa² yg berhubung dgn zina & apa² yg membawa kpd zina, apatah lagi sampai berzina.

Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dgn jalan² yg menghampiri zina?

 SMS bertali arus tanpa keperluan..
✔ Call siang malam tanpa urusan..
✔ Chatting kosong tanpa isi..
 Dating bertemankan syaitan..
✔ Pandang² tanpa pagaran..
✔ Khalwat di tempat² sunyi..
✔ Berbual², bincang², tanya² khabar tanpa sepadan..
✔ Menghalalkan ikhtilat dgn istilah adik angkat, abang angkat & banyak lagi..

Inikah bukti cintamu???

Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dgn sebuah kenangan cinta yg menhampiri zina? 
Berkatkah nanti syurga idamanmu?
Mampukan ia membawa kepada syurga abadi?
Sampai sini saja perkongsian pada hari ini.  Moga kita sentiasa  dirahmati Allah. 

InsyaAllah, sebab KHAT KHAR kali nie best akan bersambung pd entry akan datang.


Wallahualam


* Buku Ustazah Fatimah Syarha yg Wana dah baca
【ツ】Syabab Musafir Kasih 1
【ツ】Syabab Musafir Kasih 2
【ツ】Tautan Hati 1
【ツ】Tautan Hati 2
【ツ】Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
【ツ】Seindah Mawar Berduri

5 123 Bingkisan Sahabat:

salam perkenalan berutus senyuman,

saya bakal guru dari UPM :)

saya juga suka,sayang + minat ustzah Fatimah Syarha. Nak contohi akhlak dia.. Subhanallah.. :))

salam perkenalan juga ukhti ^_^

samalh kita ^_^

salam perkenalan akak...
saye juga dari upsi..
suke bace blog akak yg serba sedikit ada entri novel2 ustazah fatimah syarha,,saye juga suke novel2 beliau....

salam perkenalan akak...
saye juge dari upsi

suke entri akak yg ade link novel2 ustazah fatimah syarha...:)

salam perkenalan juga dik...
oh upsi juga =)

terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...