Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari nie nak share tentang satu lagi kelebihan solat berjemaah. Yg kita tahu dr sudut ganjaran pahala yg Allah janjikan pd kita seperti dlm sabda Nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dgn 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
Wow.. Banyakkan 27 drpd 1?
Tapi malangnya sebanyak mana pun pahala yg Allah nak berikan tapi kita nie asyik buat tak tahu je. Betul tak?
Kelebihan kedua solat berjemaah adalah MENGIMBANGI CAS DALAM BADAN.
SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam.
Kelebihan kedua solat berjemaah adalah MENGIMBANGI CAS DALAM BADAN.
SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yg disyariatkan dlm Islam.
Kajian itu mendapati tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif & cas negatif. Dlm aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.
Dlm proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif & cas negatif yg menyebabkan ketidakseimbangan dlm tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dlm badan menyebabkan kita rasa letih & lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula utk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dgn solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah & mengapa solat lima waktu yg didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yg tidak sama?
Hasil kajian mendapati sentuhan yg berlaku antara tubuh kita dgn tubuh ahli jemaah lain yg berada di kiri & kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yg berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan manakala yg berkurangan akan ditarik ke dlm kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dlm tubuh kita.
Katanya setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar & sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif & negatif yg hampir seimbang.
´.•✿ Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
Seterusnya, selepas seharian kita bekerja kuat & memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak drpd tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
´.•✿ Solat berjemaah yg disyariatkan Islam berperanan utk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat utk memberi ruang yg lebih kpd proses pertukaran cas dlm tubuh.
Situasi yg sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yg banyak.
´.•✿ Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yg dikerjakan akan memberikan ruang kpd proses pertukaran cas dgn lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar & pulang drpd kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yg banyak menggunakan tenaga. Masa yg diperuntukkan pula tidak begitu lama.
´.•✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
´.•✿ Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dgn penggunaan tenaga yg kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yg mengandungi empat rakaat. Logiknya, pd waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti & sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yg banyak.
´.•✿ Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dlm Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pd sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dlm badan serta memberikan tenaga utk kita bangun malam (qiamulllail).
Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yg lengkap & istimewa. Segala amalan & suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yg tersirat utk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri & betapa hebatnya Pencipta.
Pesanan buat diriku & pembaca sekalian: Marilah sama-sama kita rajin-rajin solat berjemaah. BERJEMAAH itu kekuatan UMMAT ISLAM...
Wallahualam..
2 123 Bingkisan Sahabat:
tq kak wana untuk entry berguna ni :)
sama2..
insyaAllah b'guna kalau sama2 kita manfaatkan ^^
Post a Comment