Photobucket

Wednesday, December 21, 2011

Adab² Melawak, Jangan Ketawa

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:14 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Entry hari nie banyak terkena batang hidungku. Mungkin terlalu banyak ketawa belum sampai di akhirat dah menangis.

Saat nie aku perlukan seseorang utk meluahkan rasa hati. Apa²pun syukran jazilan adikku (Hajah Sanita), sekurang²nya kurang rasa beban di hati setelah meluahkan sedikit kegusaran jiwa yg melanda hati.

Syukran juga buat Fatihah (anak muridku) yg sentiasa menghiburkan hatiku.

Jom baca kisah di bawah. Moga ambil pengajaran di sebalik yg berlaku.


Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al-Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya krn telatahnya yg lucu serta menghiburkan. Selain drpd berbakat sebagai pelawak, Nuaiman Al-Ansary juga seorang pahlawan yg pernah ikut serta dlm Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dgn Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dgn Rasullullah SAW maka pelawak  Nuaiman Al-Ansary pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman Al-Ansary sentiasa menjadi perhatian orang ramai krn telatahnya yg melucukan.  Nuaiman Al-Ansary tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yg berada di luar masjid mengapi²kannya.
Ini UNTA bagi yg tak kenal MR. & MRS. UNTA
“Wahai  Nuaiman Al-Ansary, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu & nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai. 

Maka dgn segala kelucuannya  Nuaiman Al-Ansary menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kpd orang ramai yg berada di sekitar masjid. 

Tiba² lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah krn unta kesayangannya sudah disembelih.  Nuaiman Al-Ansary berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dlm sebuah kebun.

Nabi SAW menyuruh orang ramai mencari  Nuaiman Al-Ansary & dibawa ke hadapan baginda. 

“Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW

Dgn gaya yg melucukan  Nuaiman Al-Ansary pun menjawab, 
Wahai Rasullullah SAW, orang ramai yg menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Nabi akan membayar ganti ruginya.”

Nabi Muhammad tersenyum melihat telatah  Nuaiman Al-Ansary. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kpd tuan punya unta itu. 

Pada suatu hari yang lain, sedang   Nuaiman Al-Ansary berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman Al-Ansary berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kpd Rasullullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit utk membelinya.
Bukan seperti yg dimaksudkan oleh Nuaiman Al-Ansary 
“Boleh saya bawakan makanan ini kpd Rasullullah saw & saya akan bayar kemudian,” kata  Nuaiman Al-Ansary & penjual makanan itu setuju.

Nuaiman Al-Ansary menghadiahkan makanan itu kpd Rasullullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba² penjual makanan datang menuntut bayarannya. 

“Wahai  Nuaiman Al-Ansary, bukankah kamu yg hadiahkan makanan ini?” tanya Rasullullah SAW.

“Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yg sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kpdmu. Tetapi duit saya tidak ada utk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab  Nuaiman Al-Ansary masih dgn gayanya yg melucukan. 

Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kpd lelaki itu.

【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】【ツ】

Drpd Riwayat Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Celakalah orang yg berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”

Kelakar adalah perbuatan, kata² & sebagainya yg dapat menggembirakan atau yg dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak & gurau senda.

Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dlm amal kebajikan & Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dgn ahli keluarga & para sahabat baginda.

Namun begitu bergurau mempunyai adab² tertentu yg telah digariskan oleh Islam seperti:
:)Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w.

:)Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dgn menyebut kekurangannya.

:)Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dgn niat hendak merendah²kannya.

:)Tidak menjadikan jenaka & gurauan itu sebagai kebiasaan.

:)Isi jenaka adalah benar & tidak dibuat².

:)Bersesuaian dgn masa, tempat & orangnya krn adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dlm kesedihan & sebagainya.

:)Menjauhi jenaka yg membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak²) krn banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yg berdekah², mengilai² atau terkekeh² dgn maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan.

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik & makruh hukumnya. 

Ibn Mas’ud meriwayatkan drpd Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W tidak tertawa melainkan senyum simpul & tidak suka melerek iaitu tidak menoleh, kecuali dgn semua wajahnya. 

Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat & tertawa berbahak² adalah makruh.

Maka itu seseorang yg sihat akal dilarang bergelak tertawa krn mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. 

Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. 

Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada 4 perkara yg menghilangkan tertawa seseorang Mukmin:
☑ Kerana memikirkan akhirat
☑ Kesibukan mencari keperluan hidup
☑ Risau memikirkan dosa
☑ Apabila tibanya musibah & bala.

Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu maka dia tidak banyak tertawa krn banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yg diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. 
“Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.” 

Oleh itu marilah sama² kita muhasabah diri & kembali bertaubat kpd Allah. Banyakkan menangis (krn Allah) drpd ketawa (yg sia²) itu adalah amalan yg lebih baik.

Bagaimana lawak dapat mendekatkan diri kepada Allah? 

Adakah ketawa sekadar melepaskan sedikit tekanan dlm beberapa masa, sedangkan hati masih gundah gulana?

Kadang² penghibur sendiri tidak mampu menghiburkan hati yg gelisah.

Wallahualam...

[Mood: Sedang bersedih, siapakah yg ingin menghiburkan hatiku?]

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...