Photobucket

Monday, May 3, 2010

Kawan - Adilkah Kita?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:31 AM No comments


Assalamualaikum buat semua sahabat…

Kali ini saya ingin mencoretkan satu persoalan berkaitan SIKAP.

ADILKAH kita pada diri sendiri dan pada rakan2 sekeliling kita?

Lebih mudah jika saya ambil contoh pada diri saya sendiri. Because lately, saya sering memikirkan dan menginsafinya terutama apabila mendengar dan memahami lirik lagu ini.

Kawan
Album : Pelita Hidup III

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Kebelakangan ni saya sering memikirkan tentangnya sungguh saya merasakan bahawa melihat kelemahan diri sendiri adalah lebih sukar sekiranya kita tidak jujur dan adil pada diri sendiri. Di sini, saya menyedari suatu kekurangan tentang akhlak saya pada diri dan rakan2 sekeliling saya. Kekurangan itu adalah apabila saya secara sengaja atau tidak, berkelakuan tidak adil ketika bergaul dengan rakan2 sekeliling saya.

Saya sering saja secara spontan menghukum orang lain hanya kerana penampilan mereka yang tidak serasi dengan ‘jiwa’ saya. (actually, akal n nafsu sendiri). Apabila bergaul dgn seseorang rakan yang kurang penampilan, didikan n akhlaknya, walaupun zahirnya saya tersenyum tetapi dalam hati ada satu sikap halus yang amat buruk iaitu menganggap mereka seperti sampah masyarakat dan tidak layak berkawan dengan saya kerana saya merasakan diri sendiri lebih baik dan berilmu dari mereka.

Saya sedar perkara ini apabila suatu hari saya terfikir dan mendapati bahawa, zahirnya mereka yang saya anggap rendah akhlak itu sebenarnya lebih tahu menghormati diri saya sebagai seorang rakan malah kadangkala lebih dari seorang kawan.

Ketika itu saya sedar bahawa sebenarnya saya sendirilah yang rendah akhlaknya.

Saya tidak adil pada diri sendiri malah pada orang lain juga.sobsob

Dan dari situ jugalah saya mula belajar menjadi seorang yang adil pada diri sendiri dan juga pada orang lain.


Alhamdulillah, Allah lebih mengetahui hati hamba2Nya.

Allah jualah yang Maha Memberi Petunjuk kepada sesiapa yang dikeHendakiNya.

Jika difikir2kan semula sikap buruk saya dulu sebenarnya membawa kesusahan hati dan kerugian yang amat besar kepada diri saya sendiri, saya seolah-olah membina satu tembok besar antara diri saya dengan orang sekeliling saya.

Sikap prasangka, tidak ikhlas dan tidak adil itu menjadikan akal saya benak, dan tidak mampu berfikir bagaimana ingin berdakwah.

Malah usaha saya yang ‘kononnya’ dulu ingin berdakwah pada masyarakat juga menjadi jalan buntu..tidak nampak jalan buntu dan kosong.

Oleh itu..kini saya sering muhasabah diri mencari dimana silap diri yang sering disembunyikan nafsu seterusnya cuba mengubahnya perlahan-lahan dan berterusan.

Ada masanya kita perlu melihat dan memahami orang lain sebelum menginginkan orang lain memahami dakwah kita melihat dari kacamata orang lain sememangnya berbeza dan lebih bermakna, berbanding melihat dari kacamata sendiri yang sering saja dipengaruhi tipu daya syaitan dan rasa ria' dalam diri maka berhati-hatilah sahabat2ku.

Akhirnya semoga coretan ringkas ini menjadi peringatan pada diri saya sendiri dan para sahabat yang ikhlas berjuang dalam medan dakwah.


Dan semoga saya dijauhkan dari kembali kepada kesesatan itu.

Amiinn.

Wassalam.

Sumber: ILuvIslam

Salam Mujahidah...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...