Photobucket

Sunday, May 2, 2010

Saya Nak Jambatan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:16 PM No comments


LEBUH RAYA di atas lautan di Florida yang kini dinamakan Jalan All-American.



KEY LARGO, Florida 21 Okt. - Overseas Highway yang merentasi laut sejauh 204 kilometer di Florida Key telah dinamakan sebagai Jalan All-American. Disiapkan pada 1938, Overseas Highway menggabungkan 42 jambatan di atas Lautan Atlantik, Florida Bay dan Teluk Mexico.



Gelaran Jalan All-American adalah pengiktirafan tertinggi di bawah program National Scenic Byways dan hanya 30 jalan raya di Amerika Syarikat (AS) dianugerahkan gelaran itu.



Pegawai majlis perbandaran Florida Key menjangkakan penganugerahan itu akan meningkatkan bilangan jumlah pelancong dan menambahkan dana lebuh raya.



"Gelaran ini membawa status antarabangsa kepada kami dan menambahkan bilangan pelancong domestik untuk merasai sendiri pengalaman melalui lebuh raya ini dari Key Largo ke Key West," kata Presiden Perikatan Koridor Indah Florida Key, Judy Hull.



"Ia akan membantu kami dalam menarik jumlah kedatangan pelancong dan memberi dana besar untuk pembinaan lebuh raya di masa akan datang," katanya.



Pada 1982, 37 daripada jambatan asal termasuk Seven Mile Bridge telah diperbesarkan. Kebanyakan jambatan bersejarah itu masih berdiri teguh bersama jambatan baru. -AP




Wow bestnya kalau Lebuh Raya ni buat merentasi Labuan dan Menumbok. Senang sikit org Labuan ke Sabah dan orang Sabah ke Labuan.






Sampai kat FB pun ada org buat group kAmi SoKoNg pEMbInaan JaMbAtAN LaBuAn –mEnUmBoK untuk mendesak pembinaan jambatan itu.




Bilalah nak jadi kenyataan nie????



Ana dah berusia 21 tahun…



Ahli parlimen Labuan dah silih berganti…



Bila nak jadi kenyataan pun ana tak tau…



Terkini ahli parlimen Labuan :



P166 - Y.B. Kol. (K) Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal(BN-UMNO)



Nak tau selebihnya tentang YB nie tekan sini @ sini



Kalau dulu ahli Parlimen Labuan:

Datuk Suhaili Abdul Rahman.



Nak tau KES Datuk Suhaili lebih lanjut tekan sini



Ni la keadaan politik Malaysia selepas PRU-12 pada Mac 2008 lalu...




Tapi dah ada sikit perubahan selepas pilhanraya kecil di beberapa kawasan.



Apa-apapun ana masih menanti jambatan Labuan-Menumbok...

Salam Mujahidah...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...