Photobucket

Tuesday, May 4, 2010

Ikramah Penentang Jadi Pembela

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:44 AM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...


Alhamdulillah Wana dah abis baca buku Ikramah Penentang Jadi Pembela. Dlm perkiraan Wana, 9 hari saja Wana peruntukkan utk baca buku ni iaitu masa yg paling singkat drpd masa membaca buku lain. 


Buku ni mula Wana baca pada 26 APRIL 2010. Dgn kudrat yg ada walaupun pada ketika ini Wana sakit tapi dgn kekuatan yg Allah berikan Wana dapat menghabiskan bacaan. Sesungguhnya sangat sukar utk Wana memupuk diri utk minat membaca tapi bila dah baca tak nak berhenti pula sebab nak tau cerita sebenar.


Wana amat berharap dapat istiqamah dlm membaca buku² yg berfaedah utk menambahkan ilmu di dada. Secara jujurnya selepas baca buku² baru Wana tahu sedikit demi sedikit perkara yg tak tahu.


Sedikit perkongsian hasil bacaan buku ini.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Dahulu aku berperang utk al-Latta & al-Uzza. Sekarang, aku serahkan jiwaku dgn ikhlas kpd ALLAH." - Ikramah bin Abu Jahal.


Ikramah yg pada zaman kebatilannya begitu memusuhi Rasulullah  merupakan anak kpd Abu Jahal.


Para pengikutnya sentiasa memberi perumpamaan 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi' bagi menggambarkan peribadi Ikramah yg lebih kurang sama dgn ayahnya. Ikramah sebelum Islamnya sangat membenci Rasulullah ﷺ.  Ikramah pernah membantu bapanya Abu Jahal melemparkan najis kpd Rasulullah  yg ketika itu sedang solat di depan Kaabah.


Pada hari yg lain dia membantu bapanya mencekik leher Rasulullah . Malah dlm satu mesyuarat yg dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Rasulullah  dibunuh. Setelah menjadi salah seorang pahlawan Quraisy, Ikramah menentang pahlawan Islam dlm peperangan Uhud & Badar namun gagal membunuh Rasulullah  dlm kedua² Habsyah. Di Yaman kehadirannya tidak diterima oleh Raja Yaman.


Semasa dlm pelayaran ke Habsyah pula, kapal yg tumpanginya dilanda ribut & hampir karam. Semua penumpang dlm kapal itu berdoa termasuk Ikramah. Pada mulanya, dia berdoa kpd al-Latta & al-Uzza namun doanya tidak berhasil meredakan ribut. Akhirnya dia cuba berdoa kpd ALLAH, kalau selamat dari bencana itu dia akan kembali ke Mekah utk menemui Nabi Muhammad . Dgn izin ALLAH, ribut yg menggila akhirnya reda.


Apabila kembali ke Mekah, isterinya yg bernama Atikah tidak berjaya ditemui. Anak Ikramah, Omar mengatakan ibunya telah pergi mencari Ikramah bersama seorang hamba abdi bernama Laila. Ikramah yg mendengar kata² anaknya itu berasa risau akan keselamatan isterinya. Dia keluar semula dari Mekah utk mencari Atikah.


Setelah menemuinya, beliau dikejutkan dgn berita Atikah yg telah memeluk Islam & sanggup merayu kpd Rasulullah  utk memaafkan suaminya. Di sinilah terpancar keikhlasan seorang isteri kpd suami yg dicintainya. Ikramah juga memeluk Islam setelah berjumpa dgn Rasulullah  & menjadi salah seorang pahlawan Islam dlm beberapa peperangan.


Pengislamannya kadang² dipertikaikan oleh beberapa pengikutnya yg lebih awal memeluk Islam drpdnya. Mereka mengatakan Ikramah ada 'udang di sebalik batu' & mengesyaki dia ingin membunuh Rasulullah  secara halus. Bagaimanapun, mereka silap apabila Ikramah menunjukkan rasa cinta yg tidak berbelah bahagi kpd Islam walaupun setelah kewafatan baginda .


Peperangan terakhir yg diikuti oleh Ikramah ialah Perang Yarmuk di mana dia mengetuai pasukan berani mati seramai 400 orang. Semangat pasukannya yg berkobar² menegakkan kebenaran Islam menaikkan semangat jihad tentera Islam yg lainnya. Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati²an sehingga beroleh kemenangan. 


Ikramah telah menemui syahid di Yarmuk. Detik² ketika Ikramah menemui ajal agak menyayat hati.



Sumber: Halaqah Online

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Best kisah hidup Ikramah.


Di sini Wana nak mengajak sahabat sekalian memupuk budaya mebaca dlm diri. InsyaAllah ia tidak merugikan masa malah menambahkan ilmu.




Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...