Photobucket

Thursday, May 27, 2010

Corat Coret MPP: MPP....kan...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:41 PM No comments


Alhamdulillah, beberapa hari yg lalu Wana bersama sahabat lain iaitu Kak Shaiha, Kak Ikin, Jue & Samuel berkesempatan mengikuti Kursus Pengukuhan Organisasi (KPO) MPP IPTA 2010 yg dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi


Secara jujurnya Wana sangat gembira mengikuti program ini yg berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 11 hingga 14 Mei krn pelbagai perkara yg dapat dipelajari selama program ini di samping berkenalan dgn sahabat lain dari IPTA seluruh Semenanjung. 


Julung kalinya KPO dijalankan bukan di ESSET, Bangi tapi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di mana aktiviti dijalankan berkonsepkan ketenteraan.


11 Mei 2010

Pada hari pertama program kami sedikit kelewatan tiba ke UPNM krn baru saja pulang dari Kursus Pemantapan Organisasi MPP UPSI 2010 di Jerantut, Pahang. Sepatutnya semua MPP perlu berkumpul di PICC sebelum pergi ke UPNM tapi kami terus ke UPNM memandangkan tiada maklumat tentang tempat perkumpulan.


Hampir sejam pak cik van memandu baru kami dapat tiba ke tempat semua peserta berkumpul iaitu Dewan Bistari. Pelbagai mehnah & tribulasi mencari UPNM kerana papan tanda langsung tidak kelihatan ketika kami mencari UPNM. Rupa²nya UPNM terletak dlm Kem Sungai Besi yg meletakkan Tentera Darat, Tentera Laut & Tentera Udara.

Setibanya di Dewan Bistari, taklimat mengenai program baru saja tamat tapi itu tidak bermakna kami terlepas dari mendengar sedikit taklimat yg disampaikan oleh Mejar Chan. Selepas itu, kami berbaris mengambil baju sebelum makan malam & solat Isyak. 

Perkara paling lucu berlaku tatkala Wana ambil baju krn pertama kali dipersoalkan apabila ingin mengambil baju saiz besar. Setelah berbincang dgn cara yg baik dgn Pn Sue, jurulatih UPNM akhirnya beliau membenarkan Wana ambil baju saiz XL walaupun pada mulanya dia memaksa Wana utk ambil baju saiz M. 

Jurulatih lain yg berada di tempat kejadian mula mengejek Wana dgn mengatakan 4 hari 3 malam ni pakai kelambulah budak nie. 

Wana berlapang dada saja, mungkin mereka tidak tahu yg Wana akan pakai baju itu 2 lapis memandangkan baju yg diberi lengan pendek.


Selepas solat makan malam & solat, Majlis Perasmian Program telah dilakukan oleh YBhg Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM. 

Beberapa perkara yg membuatkan Wana kagum dgn NC UPNM adalah beliau seorang yg ‘slumber’ krn tidak terlalu terikat dgn protokol. Selain itu, sebelum memulakan ucapan beliau menyuruh kami membuka majlis dgn Ummulkitab Al-Fatihah

Personaliti menarik yg ditunjukkan membuatkan Wana tekun mendengar amanat yg diberikan walaupun hakikatnya kepenatan masih terasa sepanjang perjalanan dari Jerantut, Pahang ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Usai sahaja majlis perasmian kami dibahagikan kpd 7 kumpulan sahaja memandang hanya 67 orang saja MPP yg hadir sehingga jam 10 malam. 

Wana berada dlm kumpulan 2 & aktiviti ‘ice breaking’ bermula di mana kami dikehendaki mencari nama kumpulan yg bertemakan binatang yg garang, membuat sorakan & mencipta bendera kumpulan. 

Sepanjang ‘ice breaking’ penilaian dilakukan terhadap ahli kumpulan Wana & ternyata ia adalah benar di mana semua ahli kumpulan Wana pendiam belaka bukan seorang yg hyperaktif. 

Hanya seorang saja ahli kumpulan yg Wana kenal iaitu Sumayyah Al-Munirah sebab satu kumpulan masa Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yg lalu di Esset, Bangi. 

Mungkin yg lain turut hadir semasa MPPK yg lalu tapi belum berkesempatan utk mengenali mereka. 

Nama kumpulan yg kami pilih adalah Mighty Horse & sorakan kumpulan tidaklah seberapa gempak. Seingat Wana nama kumpulan yg ada semasa kem adalah Black Wolf, Liger, Shark, Dragon, Cheetah. Satu kumpulan tak ingatlah. Huhuhuhu…


Tepat jam 11.15 malam, kami bertolak menaiki truck 3 tan utk pulang ke tapak perkhemahan. Pertama kali dlm hidupku menaiki kenderaan yg telah lama kuingini sebab masa sekolah rendah dahulu ramai juga kawan² Wana yg anak tentera yang datang dan pulang sekolah menaiki truck 3 tan.



Jarak perjalanan dari Dewan Bistari ke tapak perkhemahan lebih kurang 2 km iaitu kira² 15 minit. Kami dlm truck 3 tan sangat teruja. Sampai di tapak perkhemahan, sekali lagi Wana teruja krn pertama kali dlm perkhemahan menggunakan khemah yg besar yg menempatkan lebih kurang 20 orang satu khemah dgn katil askar. Di atas katil kami dibekalkan bantal, bekas makanan & botol air tentera yg perlu digunakan sepanjang perkhemahan.



Sebelum tidur sempat berkenalan dgn sahabat di sebelah katil iaitu MPP UTeM & MPP USM. Selepas mentadbir diri Wana segera tidur memandangkan esok jadual lebih padat dgn aktiviti fizikal yg mencabar.

Malamku ditemani unggas² hutan yg amat menyiksakan.


12 Mei 2010

Pagi ini Wana bangun dgn semangat selepas mendengar alarm lagu Gelombang Kehidupan oleh Shoutul Harakah memandangkan aktiviti hari ini menjanjikan aktiviti yg amat Wana tunggu².

Sepatutnya selepas solat subuh, kuliah subuh akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhuan Tee Abdullah tapi tunggu punya tunggu ustaz tak datang ke tapak perkhemahan. Jam 7 pagi kami berkumpul di tempat truck 3 tan menurunkan kami semalam utk sarapan. Pagi ini kami disajikan dgn sandwich & teh panas.



Jangkaanku meleset krn Wana ingatkan selepas sarapan kami akan dijemput oleh truck 3 tan ke padang bola UPNM. Tapi kami semua dikehendaki utk berlari dari tapak perkhemahan ke padang bola UPNM melalui survival village



Fuyoh…. Mungkin 2.5 km kot. Bercampur-aduk sandwich & teh dlm perutku selepas lari sejauh itu. Penat & nak muntah kurasa.

Sampai saja di padang kami akan menjalani latihan jasmani atau lebih dikenali dengan PT(physical training) yg akan dikendalikan seorang jurulatih. 

Kepenatan berlari dari tapak perkhemahan ke padang belum lagi hilang, kini kami di suruh berlari ke papan tanda 100 plus (jarak dlm 150 m) dlm masa 15 saat. 

Semua sedia maklum bukan semua dapat melaksanakan tugasan ini dgn masa yg ditetapkan terutama peserta wanita. Kami disuruh lagi berlari ke 100 plus sehingga semua dapat melaksanakan tugasan itu dgn sempurna. 

Kalau tidak silap 5 kali kami berulang alik utk lari bermula masa 15 saat kemudian 20 saat, seterusnya 25 saat & pada masa 30 saat baru kami semua dapat melaksanakan tugasan itu.

Selepas itu, baru kami menjalankan PT dgn membuat jumping jack, bangkit tubi, push up & macam² lagi yg bertujuan membina ketahanan diri. Macam biasalah kalau tidak sama kami akan disuruh ulang kembali sehingga sama. 

Pada ketika itulah, Wana dah tak tahan dgn keadaan badan yg tak berdaya lagi seperti ingin pitam. Wana keluar ke belakang & merupakan orang ketiga keluar semasa PT

Pada waktu itulah semua makanan yg dimakan beberapa hari lalu dimuntahkan keluar sehingga perut betul² kosong. Sebotol air kuteguk utk memulihkan keadaan badan & masuk kembali dlm barisan utk melakukan PT. 

Baru masuk beberapa minit, Wana berasa mual sekali lagi & kali ini muntah air pula sehingga rasa badan betul² kosong tanpa makanan & minuman.

Selepas PT selesai pertandingan log relay dijalankan di mana ia adalah satu pertandingan membawa batang kayu & peti yg berwarna merah. Setiap kumpulan perlu menghantar 6 orang ahli utk menyertai pertandingan ini. 

Memandangkan keadaan yg amat kritikal dgn tenaga yg amat lemah, Wana tidak menawarkan diri utk mengikuti pertandingan krn ia melibatkan lari sambil membawa batang kayu & peti. 

Jadi tukang sorak sajalah saya.


Usai pertandingan kami dikehendaki ke Dewan Bistari utk sarapan pagi sebelum pertandingan kayak & kawad tempur seksyen. Kumpulan 1 hingga 4 akan ke Pusat Marin utk pertandingan kayak & kumpulan 5 hingga 7 ke tapak perkhemahan utk kawad tempur senjata.

Perut kami diisi dgn nasi lemak selepas mengeluarkan peluh yg amat banyak sewaktu PT tadi. Sambil makan terdengar sahabat MPP lain berkata, UPNM ni bukan saja Universiti Pertahanan Nasional Malaysia tapi Universiti Penat Nak Mampus.

Maaf tu bukan Wana yg cakap erk, tapi dengar dari sahabat² lain. Memang tidak dapat dinafikan kami ditrain macam nak jadi tentera pula.


“Semua baris depan Dewan Bistari”

Begitulah ayat yg diucapkan oleh ketua kami atau IC. Lupa pula nak kenalkan IC kami iaitu Wafi dari kumpulan 1 & dia merupakan YDP MPP USM. 



Semasa pembahagian kumpulan utk naik truck 3 tan, Wana sibuk ambil gambar orang sampai tak dengar pun kena naik truck mana. 

Pendekkan cerita Wana salah naik truck. Memandangkan waktu itu sebenarnya Wana belum kenal sangat ahli kumpulan 2 kecuali Maya & kebetulan Maya ke tandas sebelum naik truck 3 tan. 

Semua sahabat gelak dekat Wana sebab 10 minit truck menunggu rupa²nya orang yg ditunggu adalah saya. Siap bergambar lagi. Wawawa.



2 buah truck 3 tan yg membawa kumpulan 1 hingga 4 memulakan perjalanan ke Pusat Marin utk kami berkayak. Tiba di Pusat Marin kami diberi briefing tentang pertandingan kayak yg akan berlangsung sebentar nanti. 

6 orang setiap kumpulan diperlukan dlm pertandingan kayak nanti. Memandangkan ahli kumpulan Wana semua baik hati & mereka tidak mementingkan utk menang dlm pertandingan tapi adalah pengalaman yg lebih penting.




Ahmad sebagai ketua kumpulan mencadangkan sesiapa yg tidak pernah berkayak yg memasuki pertandingan ini.


Wana partner kayak dgn Tarmizi & apabila Wana tanya dekat Tarmizi rupa²nya dia tidak pernah berkayak & menjadi kesulitan bagi Wana utk mengajar dia apatah lagi Wana duduk di hadapan & dia berada di belakang. 



Semasa latihan diberikan kami asyik reverse saja & satu kenangan paling lucu bagi saya berkayak sebab penuh dgn mehnah tribulasi. Hehehe… 

Semua sahabat yg menjadi penyorak tidak berputus asa menyokong kami. Wana cuba mengawal perasaan utk mengajar Tarmizi handle kayak contohnya kalau nak pusing kiri, pusing kanan, reverse atau maju.


Kepuasan bagi Wana berkayak walaupun kami mendapat tempat ke-4 dgn masa 2 minit 50 saat utk menyelesaikan misi. 

Alhamdulillah tiada kayak yg terbalik tapi satu perkara yg lucu berlaku iaitu seorang sahabat kebas kaki di mana sepatutnya kebas tangan sebab tangan yg mengayuh kayak. 

Banyak perkara membuatkan kami tersenyum sehingga kepenatan berkayak tidak terasa.




Kemudian kami bertukar dgn kumpulan 5 hingga 7 pula utk melakukan kawad tempur seksyen. Sekali lagi kami melalui survival village sebelum sampai ke tapak perkhemahan. Briefing dijalankan di tengah hutan tentang kawad tempur seksyen. 



Seperkara yg Wana ingat adalah kawad tempur seksyen ada 2 cara iaitu ulat bulu & lompat katak. Selepas taklimat, praktikal dijalankan di kawasan tapak perkhemahan di mana 8 orang kadet terlibat dlm demontrasi itu. 

Kami didedahkan cara sebenar tentera bertempur dgn musuh & lain² lagi.




Walaupun hanya menggunakan peluru yg bukan hidup tapi dentuman yg amat kuat setiap kali picu M16 dipetik amat mengegarkan gegendang telinga kami. 

Jam hampir menunjukkan jam 12 tengahari & kawad tempur perlu ditamatkan segera memandangkan kami perlu ke Dewan Bistari utk aktiviti seterusnya. 

Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna kami tidak dapat menyaksikan barisan MPP sendiri beraksi dgn bantuan kadet².


Selepas mengambil pakaian utk ditukar, kami bergegas ke Dewan Bistari memandangkan penceramah dari KPT akan bermula sebentar lagi. 

Ceramah KPT telah disampaikan oleh En Mohd Arif Adenan iaitu Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi. Orangnya tinggi & wajah Chinese look. En Arif memberi perangsang kpd semua MPP & bersedia utk menjadi penghubung MPP dgn Dato’ Seri Khalid Nordin tentang masalah kampus masing².


Selepas makan tengahari & solat zohor, kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhuan Tee Abdullah utk mengantikan kuliah yg sepatutnya disampaikan subuh tadi. 

Dlm ceramah yg disampaikan ustaz, aspek kepimpinan dlm Islam amat ditekankan terutamanya MPP yg bergelar muslim supaya menjadi pemimpin yg bertanggungjawab.

Allah SWT telah berfirman dlm surah an-Nisa ayat 58:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kpd orang yg berhak menerimanya”

Selain itu, Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud

“Setiap kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang rakyatmu”

Begitulah sedikit pengisian tapi bermakna yg telah disampaikan ustaz. 


Kami bergegas ke Dewan Bistari krn sebentar lagi ceramah akan disampaikan oleh NC UPNM iaitu YBhg Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin tentang kepimpinan terutamanya tentera yg berada di UPNM. 

Beliau banyak bercerita tentang UPNM & kepentingan lahirnya UPNM yg merupakan IPTA terbongsu dlm kalangan 20 IPTA di seluruh Malaysia. 

Paling membanggakan adalah kesemua kadet lelaki muslim yg lahir di UPNM berkesempatan membaca khutbah ketika solat Jumaat sepanjang mereka dlm pengajian di UPNM.


Sebaik sahaja ceramah tamat kami akan meneruskan misi seterusnya iaitu ke survival village utk masak memasak ala tentera. 

Usai solat asar kami menaiki truck 3 tan utk pergi ke kawasan survival village. Di sini kami diperkenalkan satu bungkusan yg dikenali sebagai Ransum Tempur Bungkus Kantung (RTBK) yg mengandungi bungkusan makanan yg sesuai dibawa utk tentera ketika di hutan. 

Dlm bungkusan itu terdapat makanan yg telah masak, biskut, garam, gula, susu, teh, vitamin C & macam² lagi. RTBK dibahagi kpd beberapa gred & kita dapat membezakan melalui jenis makanan yg telah masak dlm bungkusan itu. 

Semakin sedap tinggi gred RTBK semakin sedap makanan dlm situ. Itulah kesimpulan yg dapat kami simpulkan. Kami diperlihatkan cara askar memasak ketika dlm hutan.





Selain itu, kami juga ditunjukkan jenis² khemah & cara membuat khemah. Wow… begitulah yg terkeluar dari mulut kami melihat kepakaran tentera membuat khemah hanya menggunakan kayu hutan & poco. Wafi iaitu ketua kami mencuba naik utk menguji ketahanan khemah. Memang kuat.

Selepas itu, kami pulang ke tapak perkhemahan utk memasak sendiri RTBK. Setiap 1 RTBK diberikan utk 2 orang peserta & kami hanya diberikan RTBK gred C yg berharga lebih kurang RM 80 utk sebungkus termasuk beras, lilin & dapur. Wana berkongsi masak dgn Maya.


Kami dikehendaki utk memasak makan malam sendiri memandangkan malam ini tiada makan malam disediakan. Juadah makan malam Wana dan Maya adalah nasi panas, lauk sotong, sayur & teh panas. Teh yg kami disediakan amat sedap & wangi.

Selepas itu, kami bersiap sedia utk solat maghrib & isyak sebelum aktiviti Malam Burung Pungguk & Kembara Malam. Hakikatnya Wana risau utk aktiviti malam apatah lagi ia dijalankan dlm hutan memandangkan Wana fobia dlm gelap & takut ditinggalkan sendiri di dlm hutan.

Alhamdulillah jangkaan Wana meleset krn malam burung pungguk kami hanya duduk di kawasan survival village sambil belajar cara mendengar atau mengesan bunyi dlm hutan.

Hasil pembelajaran yg kami dapat ialah apabila kita ingin mendengar jelas butir bicara letakkan tangan di belakang telinga sambil membuka mulut. Selain itu, apabila bunyi tidak dapat dikesan letakkan telinga pada tanah.

Setelah itu, kami diuji oleh jurulatih utk mengenal bunyi samada ia semulajadi atau buatan manusia.


Sepanjang taklimat Wana & mungkin sahabat lain juga bagaikan cacing kepanasan memandangkan terlalu banyak nyamuk hutan yg amat menyakitkan apabila menyuntik bahagian badan.

Terdapat juga peserta yg melelapkan mata memandangkan suasana yg gelap. Kira² jam 10 malam kami memulakan kembara malam di mana setiap kumpulan dipandu oleh seorang jurulatih.

Kembara malam ini amat berbeza dgn kembara malam yg kulalui dlm program² yg lalu krn kami mendaki bukit utk menuju ke kawasan yg paling tinggi. Sepanjang perjalanan kami mendaki sambil memegang tali yg memang diikat di situ.

Sampai di puncak tertinggi ungkapan Subhanallah tidak lekang di bibirku melihat indahnya ciptaan Allah swt. Terasa diri ini begitu kerdil & hina menyaksikan keindahan ciptaan Allah.

Tidakku sangka di tengah kesibukan Kuala Lumpur ada hutan yg membolehkan para tentera utk belajar ilmu ketenteraan. Dari atas juga kami melihat kerlipan lampu yg menerangi Kuala Lumpur.

Di atas bukit Wana berdiam diri menyaksikan keadaan yg benar² mengagumkan hati di samping memerhati gelagat sahabat lain. Pada waktu itu juga baru Wana mengenali nama semua ahli kumpulan 2 iaitu Ahmad, Ibrahim, Maharathan, Hilmi, Tarmizi, Abel, Kak Mimi & Maya.

Seorang ahli kami tidak bersama kami sejak tengahari tadi memandangkan dia sakit & secara jujurnya Wana tak tahu pun siapa namanya. Selain itu, baru Wana tahu seorang MPP UPNM dlm kumpulan iaitu Ahmad seorang yg tidak pernah senyum & pendiam. Jangan marah ya.

Sebelum turun kami mengabdikan kenangan KPO MPP IPTA 2010 dgn bergambar di atas bukit yg tinggi di tengah Kuala Lumpur berlatar belakang kerlipan lampu yg mengagumkan hati.

Semasa turun kami perlu menggunakan tali yg diikat di pokok ke pokok dgn sebaiknya memandang terlalu curam tapi lebih mudah dari mendaki bukit tadi. Sebaik saja semua tiba ke bawah kami berpatah pulang ke tapak perkhemahan utk mengecas tenaga semula selepas digunakan seharian dgn aktiviti fizikal yg mencabar.

Minum malam disajikan malam ini merupakan sup kegemaran Wana iaitu sup cendawan tapi dapat minum sikit saja krn tidur lebih penting memandangkan esok menjanjikan aktiviti yg mungkin lebih mencabar pada hari ini.

Malamku ditemani dgn keletihan yg tidak dapat digambarkan dgn kata².



13 Mei 2010


Bangun pagi ini amat berbeza drpd hari sebelumnya memandangkan seluruh badanku amat sakit & bermula dari pinggang ke hujung kaki kejang. Kugagahi utk bangun bagi meneruskan kehidupan & mentadbir diri utk solat subuh.


Selepas solat subuh, kuliah subuh disampaikan oleh Mejar Ustaz Daud bin Mohamed Salleh iaitu tentera yg mahir dalam bidang agama atau dikenali sebagai KAGAT.


Ustaz Daud merupakan pelajar yg mendapat didikan agama di Mesir. Kuliah agama adalah tentang kepimpinan dgn banyak mengaitkan sirah² zaman kepimpinan Nabi Muhammad SAW & kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh.


Ketika ustaz menyampaikan sirah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau mungkin tersalah cakap krn menyebut Sultan Murad iaitu ayah Sultan Muhammad tentang pemilihan menjadi imam solat.


Secara tidak sengaja Wana menegur ustaz tentang Sultan Muhammad bukan Sultan Murad memandang semua sahabat yg hanya mendengar tanpa memberitahu kesilapan yg berlaku. Asif jiddan ya ustaz.


Usai sahaja kuliah subuh kami bersiap utk sarapan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya. Beg dipenuhi dgn segala kelengkapan yg sepatutnya memandangkan kami sehari suntuk lagi kami akan berada di kawasan aktiviti tanpa pulang ke tapak perkhemahan.


Seperti semalam kami berlari ke padang utk menjalani PT pagi melalui survival village tapi kali ini kepenatan tidak seperti semalam memandang kawasan survival village hampir 3-4 kali kami lalui semalam.


Selain itu, PT pagi juga dapatku ikuti dgn baik tanpa muntah seperti semalam. Hampir jam 9 kami bergerak ke kawasan merentas halangan utk aktiviti merentas halangan. 


Aktiviti merentas halangan membuat Wana terimbau kisah dahulu iaitu pada PLKN di Kem Juara Serian bermula kaki terseliuh yg tidak sembuh hingga kini. Kalau Wana salah jalan maka kaki akan sakit & semakin parah selepas accident motor yg lalu.


Memang tidak dapat dinafikan hampir kesemua aktiviti berhalangan tidak dapat Wana sempurnakan dgn baik apatah lagi yg bergayut macam monyet. Memang tak suka & Wana dah set in my mind tak boleh buat.


Kalau baju basah masa aktiviti berhalangan maknanya tak lepas bergayut macam monyet tu la. Huhuhu.. Tak ingat apa nama dlm BI.


Aktiviti berhalangan terakhir yang kami lakukan adalah panjat tali. Pada mulanya ingat tali tu utk tarzan swing tapi bukan pula. Kesemua peserta wanita tidak berjaya utk panjat tali hingga ke atas melainkan Maya adalah sikit tali dipanjat, yg lain termasuk Wana semua hampeh.


Wana fikirkan baju yg tadi basah akan kering tapi rupa²nya basah lagi akibat guling² atau swiss roll atas hamparan daun hijau yg penuh berembun. Pada mulanya 5 ke kiri kemudian 5 ke kanan tapi jurulatih kata kami tidak bekerjasama maka 5 ke kiri 5 ke kanan lagi.


Pada waktu tu swiss roll yg mulanya dibuat dlm barisan telah berselerakkan & paling yg Wana tak suka lelaki & perempuan berdekatan. Masa buat swiss roll kepalaku ditendang oleh orang atas, dah pening buat swiss roll ditendang pula. Sabar je la.


Bila angkat kepala sikit rupa²nya yg tendang ahli kumpulan sendiri iaitu Ahmad. Huhuhu…


Ingatkan dah habis buat tapi sekali kami disuruh buat swiss roll hingga ke hujung padang dengan masa sendiri. Ya Allah, peningnya kepala sebaik saja bangun apabila tiba di garisan tamat. Dunia bagaikan berputar dgn lajunya.


Kami disuruh melompat utk memulihkan keadaan seperti sediakala. Bila dah tenang, Wana melihat sahabat yg belum menghabiskan swiss roll lagi. Kasihannya. Kali ini ramai juga yg muntah & cedera termasuklah Kak Ikin. Sabar semua askar lagi teruk kena buat swiss roll.


Kami ke Dewan Bistari utk menjamu sarapan pagi iaitu bihun goreng & teh ais. Baru petang semalam terasa nak minum teh ais sewaktu minum air teh panas masa main masak².


Kami menaiki truck 3 tan menuju ke survival village utk aktiviti Perkampungan Ikhtiar Hidup. Pendedahan aktiviti ini amat penting kpd kita terutama apabila tersesat dlm hutan agar dapat menggunakan alam semulajadi dgn sebaik²nya utk meneruskan kehidupan.


Peringkat pertama kami diajar utk mengenali tumbuhan yg boleh dimakan & dibuat ubat tapi satu nama tumbuhan pun tak lekat di kepala. Kami juga diajar langkah utk makan tumbuhan yg berada di hutan bermula dgn menggosok di tangan, kalau tangan tidak gatal gosok pada bibir pula. Sekiranya bibir tidak gatal maka tumbuhan itu boleh dimakan.


Selain itu, kami berkesempatan minum air dlm akar yg rasanya amat kelat. Jurulatih juga menunjukkan Cara Menghidupkan Api tanpa menggunakan bahan api hanya menggunakan pisau, batu, habuk kayu & daun kering. Semua peserta kagum melihat sebaik saja nyalaan api dapat dihidupkan oleh jurulatih.




Kemudian peserta diberi peluang utk menghidupkan api & kebetulan Kak Shaiha yg sedang mengantuk segera ke hadapan bagi menawarkan diri utk menghidupkan api. Melihat cara Kak Shaiha menghidupkan api betapa sukarnya sehingga mata berair krn asap² yg keluar semasa meniup api dlm rumput kering.


Kemudian kami berkesempatan melihat Cara Memasak nasi, ayam, ikan & lain². Kalau biasanya kita memasak nasi dlm buluh tapi pertama kali kami melihat nasi di masak di dlm kelapa.


Memandangkan sahabat berebut ingin merasa nasi yg telah masak dlm kelapa maka ada antara kami yg tidak dapat makan. Kami juga dapat makan tumbuhan yg dibakar dan itu saja yg Wana makan.




Rasa bolehlah tahan utk meneruskan kehidupan dari kebuluran jika tiada makanan lain. Mendengar komen dari sahabat lain, semua memuji makanan yg dimasak termasuk ayam kampung bakar & ikan bakar.


Begitulah keadaan ketika berada di hutan sebab selagi makanan boleh dimakan maka makanlah kalau tidak akan kebuluran. Ustaz juga pernah kata yg babi dlm hutan pun boleh dimakan jika betul² tiada makanan lain lagi ketika itu. Tapi bukan utk kenyang, hanya utk menyambung kehidupan saja.


Kalau kita berada dlm situasi itu, adakah kita sanggup makan babi? Sekadar renungan buat kita sebab sebenarnya tanpa disedari terlalu banyak makanan kini mengandungi unsur babi.



Tepat jam 12 kami bergerak ke Dewan Bistari utk mendengar Ceramah Pengurusan Personaliti & Motivasi yg disampaikan oleh YBhg. Senator Tan Sri Dr. Jins Samsuddin. Bahagian yg Wana suka dlm ceramah adalah kehidupan Tan Sri bersama P. Ramlee.


Ada isi ceramah yg boleh diikuti ada yg tidak perlu krn Wana menganggap itu tidak penting dlm kehidupan Wana.


Selepas makan tengahari & solat Ceramah Kenegaraan pula yg bertajuk Pembangunan Nasional oleh YBhg. Dato’ Wan Hashim Wan Teh. Ceramah mengandungi sedikit unsur politik mungkin krn disampaikan oleh bekas ahli politik iaitu YBhg pernah menjadi ADUN Grik utk satu sesi.


Selain itu, YBhg pernah menjadi TNC HEP UKM selama 20 tahun sebelum berkhidmat di UPNM. Pada waktu ceramah Wana lihat kebanyakan sahabat terlentok & ambil kesempatan tidur terutamanya ahli kumpulan Wana.




Setelah tamat ceramah kami bergegas utk ke padang bola bagi melakukan latihan kawad sebelum pertandingan kawad dimulakan. Sepatutnya kami minum petang & solat asar dahulu tapi memandangkan keadaan cuaca mendung pertandingan kawad perlu didahulukan.


Jurulatih kami tidak mendapat kesukaran utk melatih kami memandangkan kesemua ahli kumpulan Wana tahu berkawad cuma perlu diperelokkan saja. Cuma bahagian pusing ketika berjalan saja Wana lupa sikit.


Teringat waktu PLKN dahulu Wana berkesempatan menjadi Komandan Kompeni Delta utk kawad. Memang tidak dapat dinafikan ketika itu suara hilang & air asam jawa menjadi minuman kegemaran. Itu semua kisah 3 tahun yg lalu & menjadi memori yg tersimpan rapi dlm kotak kenanganku.


Belum sempat pertandingan dijalankan hujan turun dgn lebatnya bersama guruh yg sambung-menyambung. Kami terpaksa berhenti berlatih & masuk ke dlm Dewan Bistari. Baju yg basah membuatkan kami menggigil ketika berada dlm Auditorium Dewan Bistari.


Empati dari Mejar Chan & jurulatih kami diberi kesempatan utk mandi petang ini ditempat yg telah ditetapkan memandangkan semua peserta dah bau yg sama & malamnya kami ada Majlis BBQ.


Pada mulanya Mejar Chan membahagikan kumpulan 1 hingga 4 mandi di suatu tempat yg ditetapkan & kumpulan 5 hingga 7 mandi di Pusat Marin. Hati berteriak membantah tapi akhirnya Mejar Chan seperti dapat membaca fikiranku & menukar tempat mandi di mana semua peserta lelaki mandi di Pusat Marin & peserta perempuan mandi di tempat yg ditetapkan.


Truck 3 tan membawa kami ke tapak perkhemahan utk mengambil pakaian yg akan dipakai utk majlis BBQ nanti. Kegembiraan yg terpancar di setiap wajah semua peserta krn berpeluang utk mandi setelah beberapa hari hanya mengelap badan kain basah sahaja.



Malam BBQ semua segak bergaya memandang malam ini merupakan malam penutupan walaupun esok pagi ada lagi aktiviti menembak. Makanan semua amat sedap. Ada kambing bakar, ayam bakar, rusa bakar & macam² lagi termasuk sup kegemaran Wana iatu sup cendawan.


Wana hanya tertarik makan sup cendawan, salad buah²an & salad sayur²an saja malam itu memandangkan badan yg sengal² tidak meliurkan utk makan.





Makan dah selesai maka Majlis penutupan pula menyusul. Ucapan dimulakan dgn ucapan aluan NC UPNM diikuti ucapan wakil pelajar iaitu Kak Ikin & ucapan terakhir ialah ucapan penutupan oleh Prof Dr Rujhan, Timbalan Ketua Pengarah, IPTA.


Prof Dr Rujhan pernah kami temui ketika Mesyuarat MPPK di Esset Bangi. Acara terakhir majlis BBQ sebelum mengemas adalah penyampaian hadiah. Kumpulan Shark banyak mengondol hadiah pada malam itu krn semua pertandingan yg dipertandingkan mereka mendapat tempat samaada pertama atau kedua sehingga mereka dinobatkan kumpulan terbaik dlm KPO MPP IPTA 2010. Tahniah SHARK.


Seperkara yg membuatkan kumpulan Wana terkejut adalah menjadi johan utk pertandingan kawad walaupun sebenarnya pertandingan kawad tidak dijalankan.






Peserta terbaik bagi lelaki adalah Wafi iaitu MPP USM & peserta terbaik bagi perempuan ialah Kak Shaiha iaitu MPP UPSI. Wah… Bangganya kami dgn Kak Shaiha.


Kami pulang ke khemah dgn hati gembira memandangkan perut pun telah kenyang. Sebelum tidur kami mengemas barang sedikit demi sedikit memandang esok merupakan hari terakhir kami.




14 Mei 2010

Seperti biasa tepat jam 5 pagi Gelombang Kehidupan nyanyian Shoutul Harakah memecahkan keheningan pagi tapi Wana tidak berdaya utk bangun memandangkan seluruh badan sangat sakit. Tapi bila Jue pulang ke tandas & mengatakan tiada air, Wana bergegas bangun sebelum sahabat lain bangun utk bersiap. 

Bekalan air pagi ini terputus & kami seramai 67 orang perlu sama² berjimat menggunakan air agar air yg ada boleh digunakan utk berus gigi & berwudhuk. Azan subuh agak lewat mungkin peserta lelaki juga sedang berusaha mencari air utk berwudhuk.

Seusai solat subuh, kuliah subuh telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhuan Tee Abdullah. Kali kedua ketika kem ini Wana dapat bersemuka terus dgn ustaz. Kuliah yg disampaikan amat menarik dgn “humour” yg diselang-seli agar kami tidak tidur semasa kuliah disampaikan. 

Tepat jam 6.50 pagi ustaz terpaksa berhenti menyampaikan kuliah krn truck 3 tan telah sampai utk menjemput kami ke padang sasar utk menembak.

Wow, kali kedua dlm hidupku menembak menggunakan M16 di mana kali pertama menembak pada Mac 2007 ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Juara Serian, Kuching Sarawak

Perasaan pagi ini amat teruja & tidak sabar utk menembak lagi walaupun Wana bukanlah “shooter” yg hebat.


Taklimat tentang peraturan di padang sasar & cara pengendalian M16 telah disampaikan oleh Mejar Chan. Sedikit kelainan semasa menembak kali ini krn kami sendiri perlu mengendalikan M16 bermula dari A hingga Z dgn bantuan tentera. Sebelum sarapan, kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan di mana satu kumpulan seramai 12 orang.

Perut diisi dgn nasi lemak, popiah goreng & karipap bagi memberi tenaga utk menembak.

Cepat…..Cepat…..Cepat…….

Kami segera berlari ke tempat menembak dgn perut yg penuh baru berisi selepas sahaja mendengar arahan yg diberikan oleh Mejar Chan. Kami masuk ke posisi masing² di mana Wana berada di baris 2 lajur 2. Sebelum menembak, kami menyaksikan pegawai² tentera menunjukkan demontrasi utk menembak.


Setelah baris pertama menembak, kini giliran kami di barisan kedua menembak.


Dgn lafaz Bismillahirahmanirrahim, Wana mara ke hadapan utk menembak. Setelah memasang kelopak, apabila arahan keluar dgn 10 peluru tembak dgn masa sendiri satu persatu peluru dlm M16 dimuntahkan keluar.

Memandangkan Wana sebenarnya tidak nampak sasaran yg perlu dikenakan maka Wana 'shoot' saja pada patung oren yg berada di hadapan. Keputusannya satu peluru pun tidak terkena pada sasaran sepatutnya. Utk menembak perseorangan, Shah MPP USiM mendapat mata yg tertinggi iaitu 18.

Pusingan kedua menembak pula adalah menembak piring putih secara kumpulan. Dlm pertandingan ini setiap kumpulan perlu menghantar 9 ahli kumpulan utk menjatuhkan 10 piring putih & setiap orang dibekalkan 5 peluru hidup.

Wana berazam utk menjatuhkan sekurang²nya satu piring bagi menebus kekecewaan menembak pusingan pertama. Ketika menembak peluru pertama & kedua tidak terkena pada piring & apabila menaikkan sedikit M16, Alhamdulillah Wana dapat menjatuhkan piring di hadapan Wana menggunakan peluru ketiga.

Peluru keempat & kelima Wana gunakan utk membantu ahli kumpulan menjatuhkan piring lain. Sekali lagi, Alhamdulillah sebab Wana dapat menjatuh 3 piring menggunakan 5 peluru. Kepuasan terbalas selepas kecewa pusingan pertama ditambah dgn pujian jurulatih yg berada di tepi Wana ketika menembak tadi.

Sebelum meninggalkan padang sasar menembak kami mengangkat sumpah bahawa tidak membawa apa² peluru samada hidup ataupun kosong.

Kami dihantar ke tapak perkhemahan utk mengambil pakaian utk ditukar sebelum balik ke kampus masing² & kami sekali lagi dibenakan utk mandi memandangkan lelaki ada solat Jumaat pada hari ini.

Seperkara membuatkan hati teruja ialah khutbah Jumaat yg disampaikan di Masjid UPNM adalah tentang pengorbanan guru.



Sampai sini sahaja perkongsian yg Wana nak sampaikan. Dah lama tak menulis karangan sepanjang ini. Nukilan ini buat ingatan agar sentiasa segar diingatan. 


Minta ampun & maaf sekiranya tulisan ini menyinggung perasaan mana² pihak. Terima kasih yg tak terhingga kpd yg menjayakan KPO MPP IPTA 2010. 


Semoga ikatan ukhuwah yg terjalin antara kita terus mekar hingga ke akhir hayat. Selamat menjalankan amanah Sebagai MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR di kampus masing²


Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...