Photobucket

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Datang Lagi, Jangan disia-siakan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:58 AM No comments

Tazkirah Ramadhan.....


“Apabila tiba awal malam dlm bulan Ramadhan, diikat semua syaitan & jin² yg derhaka. (Riwayat at-Tirmizi & Ibn Majah)


Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin & syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan krn syaitan telah menggunakan 11 bulan utk menerapkan nilai² buruk dlm diri kita. 


Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang ke arah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dlm 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utk menyucikan segalanya.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda; 
“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu² syurga & terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai & dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim)


Amalan sunat diberi pahala fardhu & fardhu diganda 70 kali

Drpd Salman r.a. ia berkata telah berkhutbah Rasulullah S.A.W pd hari terakhir bulan Syaaban & sabdanya: 
"Wahai manusia sesungguhnya telah datang kpd kamu 1 bulan yg agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yg ada padanya 1 malam yg lebih baik drpd seribu bulan, bulan yg Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan & berqiamullail (beribadat pd malam²nya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yg mendekatkan dirinya kpd Allah pd bulan itu dgn melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yg wajib & sesiapa yg melakukan suatu amalan yg wajib pd bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yg melakukan 70 amalan fardhu.”

Drpd Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: 
“Apabila bermula malam yg pertama dari bulan Ramadhan  menyerulah malaikat, katanya:  Wahai orang² yg mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya & wahai orang² yg hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang² yg dijanjikan dgn neraka drpd memasukinya. Seruan & keampunan yg demikian, diberikan pd tiap² malam (dlm bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Pintu neraka ditutup

Pd bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pd bulan ini. 


Sesiapa yg mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

Dibuka semua pintu syurga

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu² syurga”. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari)

Banyak rahmat diturunkan pd bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yg sedap² semuanya ada di bulan ini. Orang² miskin juga dapat menikmatinya pd bulan ini.

Allah perhiaskan syurga

Bahawa syurga berlenggang² ia & berhias dari setahun ke setahun krn masuknya bulan Ramadhan. 


Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy & bergeraklah daun kayu dgn longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yg teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. 


Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari: 
"Adakah orang yg hendak meminang kami kpd Allah?"


Lalu bidadari lain pula bertanya: 
"Apakah nama malam ini?" 


Jawab Malik Ridhwan: 
"Hai bidadari yg cantik manis, inilah malam Ramadhan."

Dilepaskan tahanan neraka

Dlm bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Allah memiliki hamba² yg dibebaskan dari neraka setiap siang & malam bulan Ramadhan, & semua orang muslim yg berdoa akan dikabulkan doanya.”

Ramadhan ialah tetamu yg mendatangkan keampunan Allah

Drpd Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yg mengerjakan puasa bulan Ramadhan dgn keadaan beriman & mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa²nya yg telah lalu." (Hadith Sahih Riwayat Bukhari & Muslim) 

Drpd Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yg tidak meninggalkan kata² dusta & beramal dengannya & perbuatan liar yg lazimnya dilakukan oleh orang² jahil maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya & minumannya”. (Hadith Sahih Riwayat Bukhari & Abu Daud)

Tawaran Pengampunan dosa lepas & akan datang (2 tahun)
Drpd Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
"Sesiapa yg mengerjakan puasa bulan Ramadhan dgn keadaan beriman & mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa²nya yg telah lalu." (Hadith Sahih Riwayat Bukhari & Muslim)


Drpd Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: 
“Sesiapa yg solat malam di bulan Ramadhan krn beriman & mengharapkan pahala drpd Allah maka diampuni baginya dosa yg telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: 
"Sesiapa yg berpuasa dgn penuh keimanan & keikhlasan akan diampunkan dosanya yg telah lalu & dosanya yg akan datang, sesiapa yg menghidupkan qiyamullail dgn penuh keimanan & keikhlasan akan diampunkan dosanya yg telah lalu & yg akan datang."

Rasulullah bersabda: 
“Sia²lah (rugilah) puasa orang yg tidak mendapat keampunan.”

Jom tingkatkan momentum pahala yg ada dalam bulan Ramadhan....

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...