Photobucket

Saturday, August 7, 2010

Susahkah Menjadi Wanita Islam?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:45 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah saya bangga jadi wanita Islam.


TAPI.....


Ada juga kaum wanita berkata, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin drpd suaminya apabila mahu keluar rumah tapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang drpd lelaki.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami & bukan isteri.

8. Wanita kurang beribadah krn masalah haid & nifas yg tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA?

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yg sangat mahal  & berharga.



Makanya...



Benda yg mahal harganya akan dijaga & dibelai serta disimpan di tempat yg teraman & terbaik.  Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn perempuan jalanan.

^_^Satu:
Wanita perlu taat kpd suami, tapi lelaki pun wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama drpd bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

^_^Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dprd lelaki tapi harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kpd suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya utk isteri & anak-anaknya.

^_^Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak, tapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat & seluruh makhluk Allah di muka bumi ini & matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

^_^Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawab 4 wanita ini (isterinya, ibunya, anak perempuannya & saudara perempuannya)

^_^Lima:
Seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini. (suaminya, ayahnya, anak lelakinya & saudara lelakinya)

^_^Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja: Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya & menjaga kehormatannya.


^_^ Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kpd ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



MasyaAllah…

Demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?

Bagaimana?

Masih merasa tidak adil?

Masih tak nak jaga aurat???

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!


YA ALLAH,
JADILAH KAMI WANITA SOLEHAH...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...