Photobucket

Monday, August 16, 2010

Ramadhan Datang Lagi, Aku Dah Bersedih

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:00 AM 5 comments

Alhamdulillah masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM dalam menjalani ibadat di bulan Ramadhan kali ini. Terasa sayu setiap kali menyambut Ramadhan kerna aku sudah pasti sekiranya Ramadhan di perantauan maka Syawalnya juga di perantauan. Tapi hidup perlu diteruskan, perjuangan perlu diteruskan, sekiranya panjang umur dapatlah berhari raya kembali bersama keluarga tercinta.

Entahlah rasa sedikit kelainan menyambut Ramadhan tahun ini tidak seperti semasa aku sem 1 dan 3.

Mungkin kerna aku telah berada di sem 5 maka kiranya paling tua selepas sem 7...

Tapi sem 7 yang selalu bersama hanya kak fifah...

Atau mungkin aku rindu berbuka puasa dengan kakak yang telah tamat pengajian...

Entahlah nak macam mana nak luah perasaan dalam hati ini...

Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir aku di KHAR dan sekiranya Allah pertemukan lagi dengan Ramadhan seterusnya, kami yang berada di sem 5 sekarang akan menyambut Ramadhan semasa praktikum...

Maka azam kali ini memanfaatkan berbuka puasa bersama sahabat2, terawih, tadarus dan ikuti program keagamaan dengan sebaiknya...

Tapi......

Aku memang rasa lain....

Something lose.....

Help me to find it....

.........................................................................................................................................

Baru2 ni aku menelefon adikku yang berada di UMS.

Aku; La, mcm mn bljr? Selalu turun surau x?
Ela ; Bnyk kerja la kak. Akukan ambil perhutanan banyak betul trip. Setiap minggu kn keluar ke Hutan. Blum lg. Kolej tempat aku tinggal ni jauh dr masjid..
Aku; Weh aku bukan suruh cr masjid. turun surau je la.
Ela ; insyaAllah nnti aku turun.

tiba-tiba

Ela ; Na, ko balik ka raya ni? Hr tu kan sebelum msk u mama sudah pesan awal2 balik raya sebab ko mo balik. Jadi balik ka?
Aku; La, aku nda balik sbb tiket mahal betul.
Ela ; ko suda bgtau mama ka? weh sedih tu mama nanti kalo tau. Baju raya mo siap sudah.
Aku; Jgn bagitau mama ya dik. biar aku sediri yang bgtau.

motif
~ sedang mencari dan menyusun bait2 perkataan untuk dismpaikan pada ibu tentang aku tidak pulang berhari raya kali ini.

....................................................................................................................................

Beberapa hr sebelum Ramadhan...

Rasa sangat terkilan dan sedih bila mana bermula dari start kuliah hr pertama hingga sebelum hr kejadian aku sibuk menguruskan kewangan gawai dr Hep dan Mpp, tapi hanya tidak hadir meeting mereka kata aku tak buat kerja. Astagfirullahal-azim. Tak tau nak kata apa2.

Sabar je la....

......................................................................................................................................

Sebenarnya banyak je perkara akhir-akhir ini buat aku sedih dan terkilan.

sedih lihat sahabat2

sedih lihat kesibukan kuliah

Slot/Day
MON
TUE
WED
THU
FRI
SAT
SUN
08:00-09:00







09:00-10:00







10:00-11:00







11:00-12:00
REHAT
12:00-13:00







13:00-14:00
SOLAT ZOHOR
14:00-15:00







15:00-16:00







16:00-17:00







17:00-18:00







18:00-19:00







19:00-20:00
SOLAT MAGHRIB
20:00-21:00







21:00-22:00







22:00-23:00








sedih lihat assignment

sedih lihat amanah yg dipikul

Ya Allah...

....................................................................................................................................

Apa-apapun sebenarnya wana tak marah sapa2 pun malahan wana sangat bersyukur mendapat sahabat yang baik dekat mahupun jauh yang sering memberi semangat untuk meneruskan hidup ini.



Wana buka surah al-hadid ayat 22-23


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


.................................................................................................................................



Alhamdulillah dah habis baca buku Ustaz Hasrizal "Secangkir Teh Pengubat Letih". Memang mujarab mengubat keletihan setiap hari. Sekarang sedang menghabiskan buku travelog Syahadah dan buku Cinta Di Langit Gaza. Moga Allah memberikan sedikit ruang waktu untuk menambah ilmu di dada serta mengubah cara berfikir yang lebih matang..



pinjam dr fiza

.....................................................................................................................................



Apa2 pun sekadar ingin berkongsi.



Aku doakan semua sahabatku baik2 kembali..



Moga kehadiran Ramadhan menjernihkan kembali keadaan...


Wana minta ampun maaf pada semua....

`Islam tidak memerlukan kita tapi kita memerlukan Islam`

'Selamat Menjalani Ibadat di bulan penuh barakah ini'

5 123 Bingkisan Sahabat:

salam Ramadhan dik..;)

semoga terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus ISTIQAMAH pada jalan ini..

insyaAllah, wana mampu tempuhi ujian ni..

Al-Fatihah : 5

ulang dan hayati maksud ayat ni

"it is YOU the worship, and YOU we ask for help"

syukran kak atas nasihat diberikan..

semoga kita semua terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus ISTIQAMAH pada jalan ini

assalamualikum..hehe,ciannya kakak aku ne..huhu,sbr ya...pa2 pn..i'm proud of you!! aja2 fighting!!^^

assalamualikum....ciannya kakak aku ne...sbr jakla..pa2 pn,im proud of you..aja2!!^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...