Photobucket

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan Datang Lagi, Perlu Dahulukan Kepentingan Orang Lain

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:18 AM No comments

Ithar (Mendahulukan Kepentingan Orang Lain)



Imam Muslim meriwayatkan, suatu hari seorang musafir menemui Rasulullah SAW & berkata, 
"Ya Rasulullah, saya kelaparan & engkaulah orang terbaik yg pernah kudengar."

Lalu Nabi mendatangi seorang isterinya, berharap ada makanan yg dapat diberikan kepada tamunya. 

Tidak ada apa² kecuali air minum, jawab isteri beliau. 

Jawapan serupa beliau peroleh tatkala memasuki rumah isteri² beliau yg lain. 

Akhirnya beliau berkata kepada para sahabatnya, 
"Siapa yg bersedia menjamu tamuku ini, insyaAllah, akan mendapat rahmat-Nya."

Lelaki itu lalu diajak oleh Abu Thalhah ke rumahnya. Setelah mempersilakan tamu itu duduk, Abu Thalhah bertanya kpd isterinya.
"Adakah makanan buat tamu Rasulullah ini?"

Secuil makanan pun tak ada, kecuali utk sekali makan anak kita,   jawab Rumaisha binti Milhan, atau yang dikenal sebagai Ummu Sulaim.

Baiklah, tidurkan saja anak kita. Hidangkan makanan itu buat kawan kita!

Sang isteri lalu menghidangkan sepiring makanan utk tamunya. 

Tetapi tamu itu lantas berkata kepada Abu Thalhah
"Saya hanya mahu makan bila anda ikut makan bersama saya."

Baik, tapi silakan anda makan di sini, sedangkan saya akan bersama isteri saya di dapur,  kata Abu Thalhah.

Demikianlah, tamu itu lalu makan dgn lahap. Dari tempat duduknya, ia melihat bayangan pasangan tuan rumah di dapur seperti sedang makan bersama. Ia pun mendengar denting sendok & piring dari sana. Ia tak sedar bahawa tuan rumah sedang pura² ikut makan, krn lampu di rumah itu sengaja dipadamkan.

Setelah kenyang, tamu itu pun pulang. Tinggallah Abu Thalhah & keluarganya tidur menahan lapar.

Keesokan harinya, Nabi SAW menyambut Abu Thalhah dgn senyum lebar. 

Ketahuilah sahabatku, Allah SWT terpesona dengan pengorbanan kamu dan isterimu semalam,  kata beliau sambil menyampaikan wahyu dari Allah yang baru beliau terima.

"....Mereka telah mendahulukan kepentingan orang lain walaupun mereka sendiri sedang kesusahan." (QS. Al-Hasyr:9)

Kisah ini sama seperti yang dialami adik² & sahabat² ana kasihi setiap kali berbuka puasa.

Ceritanya bermula di sini...

Semester ini ana memanfaatkan rezeki yg Allah beri dgn buka puasa percuma yg disumbangkan PUSAT ISLAM UPSI. Syukran jazilan.

Memandangkan semakin hari ramai yg turun buka puasa di foyer blok 3 maka kadangkala ia tidak mencukupi buat semua yg hadir.

Yg paling sedih orang yg hidang makanan tidak dapat makan.

----> Tidak pun satu pinggan kongsi 4 orang.

----> Tidak pun hanya ambil moreh saja.

Apa²pun tahniah buat adik² & sahabat²ku atas pengorbanan anda.

Tidak pernah sesekalipun ana dengar mereka mengeluh tidak dapat makan.

Malah senyuman, gurauan sesama sendiri mengeratkan ukhuwah.

Moga ia berkekalan hingga ke Syurga.

Selamat meneruskan perjuangan di BUMI UPSI [UNIVERSITI PENTARBIYAHAN SYUHADA' ISLAM]...

Moga ukhuwah yg terbina sepanjang Ramadhan mengeratkan lagi hubungan kita mengenal Sang Pencipta.

Sayang semua...

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...