Photobucket

Saturday, August 27, 2011

Ku Ingin Cinta Bersemi Di Bulan Syawal

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:44 AM



Bingkisan Aidilfitri Sebelum Menjelang

“Kulihat kaumku tak lagi punya cinta, mereka putuskan setiap ikatan & hubungan, mereka perlihatkan sikap bermusuhan & cercaan, mereka taati perintah musuh yg tak mahu diminta pertanggungjawaban.”

Itulah sepenggal syair yg diungkapkan bapa saudara Rasulullah s.a.w, Abu Thalib, ketika melihat keadaan kaum Quraisy yg memusuhi Nabi Muhammad s.a.w. 

Jika kita cuba menilik sejenak dgn keadaan kita saat ini, mungkin barisan catatan kelam peribadi kita secara tidak langsung mulai dekat dgn keadaan kaum Quraisy pd saat itu. 

Betapa banyak saudara kandung yg membenci saudaranya hingga saling membunuh, berapa anak durhaka yg menghina org tuanya, ribuan sahabat yg berubah menjadi musuh & sebagainya. 

Renungan mendalam seharusnya mampu kita hadirkan di relung jiwa & hati kita, apakah ucapan & perbuatan kita tidak menyakiti saudara, teman, sahabat bahkan orang tua? 

Mungkin hanya sekadar sekelumit tipis yg mungkin didapatkan drpd pandangan fana ini jika tidak ada rasa berlandaskan keimanan. Gambaran yg tidak mampu menggoncangkan hati & jiwa utk penyesalan perbuatan.

Hanya seseorang yg memiliki cinta Illahi yg tulus & jujur utk menyikapi kekurangan setiap manusia dgn kasih sayangnya. Kasih sayang ini hanya di dapati jika hamba tersebut mengenal Sang Pemilik Cinta sesungguhnya, mengenal-Nya dgn keilmuan yg mantap sehingga mampu memberikan yg terbaik utk perjuangan cinta kepada-Nya, sehingga ia akan mampu merenggut dengan sempurna manisnya keimanan.

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w telah bersabda:
"Tiga perkara yg apabila terdapat pd diri seseorang, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu: 


✔ hendaknya Allah & rasul-Nya lebih dicintainya drpd yg lain. 


✔ Hendaklah bila ia mencintai seseorang semata² krn Allah. 


✔ Hendaklah ia benci utk kembali kpd kekafiran sebagaimana ia benci kalau akan dicampakkan ke dlm api neraka."[HR. Bukhari]

Dlm hari² kemenangan di Syawal ini, sudah selayaknya kita membuktikan cinta Fitri ini kpd Allah semata², agar ia menggeliat memekarkan bunga ketakwaan semerbak kasturi yg mewangikan ayat² kauniyah-Nya di Alam raya. 

Sungguh, tentangan terberat utk menumbuh kembangkan cinta suci ini adalah peribadi kita yg enggan merehatkan jiwa dr kecintaannya terhadap dunia. 

Kerana itu, mari kita merevolusikan cinta kita demi mendapat kemenangan hakiki di bulan kemenangan ini, iaitu dgn meraih cinta-Nya yg abadi. Awali dia dgn merayu-Nya melalui lantunan bacaan surah² cinta-Nya kpd kita di Al Qur’an. 

Kemudian tetapkanlah di tiap² malam yg dimiliki dgn menghidupkan kembali dgn qiamullail yg terasa nikmat bagi mukhlisin. Sehingga di siang harinya kita menjadi mukmin kuat yg lebih Allah sukai dibandingkan hamba-nya yg lain. 

Dan amalan inilah yg akan membeningkan hati kita di hari kemenangan Syawal sebenarnya, inilah kenikmatan hidup yg sesungguhnya.

Hasan Al-Bashri melukiskan kenikmatan yg akan didapati seorang hamba yg memiliki kebeningan hati ini dlm ungkapan: 
“Tak ada lagi yang tersisa dari kenikmatan hidup, kecuali tiga hal.


 Pertama, saudara yg selalu kau dapatkan kebaikannya; bila engkau menyimpang ia akan meluruskanmu. 


Kedua, solat dlm keterhimpunan (jasad, hati & fikiran), kau terlindungi dari melupakannya & kau penuh meliputi ganjarannya. 


Ketiga, cukuplah kebahagiaan hidup dicapai, bila kelak tidak ada seorang pun punya celah menuntutmu di hari kiamat.”

Wallahu a'lam..

27 Ramadhan 1432H
Ramadhan Kareem, Allahu Akram

Monday, August 22, 2011

10 Malam Terakhir

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:59 PM



Jap lagi, maka genaplah 22 Ramadhan 1432H b'erti kita sudah melalui 22 hari dlm bulan tarbiyah. Sedar tak sedar 22 hari yg telah b'lalu ini tidak akan kembali lagi & hanya dpt dirasakan nikmat ini sekali seumur hidup. 

Mungkin ada di antara kita yg m'gatakan:-

1. "Akhirnya dah sampai 10 malam t'akhir, jom shopping, nak raya dah!"

2.  "Eh, sedar tak sedar dah 10 malam t'akhir, maknanya 10 hari lagi raya kan?

3. "Allahuakbar, sudah 10 malam t'akhir, apakah yg telah aku lakukan pd 20 malam ramadhan sebelum ini."

4. "Selamat tinggal Ramadhan..."

Pilihlah kita berada di mana di antara 4 sahabat ini...

Urm... Sahabat semua mesti pernah dengar Malam Seribu Bulan atau mlm Lailatul Qadar. Mlm ini adalah merupakan mlm yg ditunggu² oleh seluruh umat Islam tidak kira bangsa, keturunan & adat. Pd mlm Lailatul Qadar ini, jika sahabat² b'zikir, maka pahala zikir sahabat² akan digandakan sehingga 1000 bulan (1 = 1000). Itu baru zikir, belum buat benda lain lagi.


Allahuakbar, marilah kita sama² m'gejar mlm yg penuh barakah ini tidak kiralah siapa kita. Sama² kita m'gejarnya kerana hidayah itu milik Allah.

Antara amalan Rasullullah S.A.W pd 10 malam t'akhir Ramadhan:

1. Mandi, b'pakaian indah & b'harum²an

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah m'gerjakan qiam Ramadan b'sama Rasulullah & melihat bahawa Baginda mandi pd malam itu. Ibnu Jarir pula b'kata bahawa sahabat m'yukai mandi pd malam² akhir Ramadan. 

Demikian pula beberapa riwayat drpd sahabat seperti Anas bin Malik & ulama pd masa Tabi’in m'yatakan bhw mereka akan mandi, memakai baju indah & b'harum²an apabila berada pd akhir Ramadan. 


Perkara yg dilakukan oleh Rasulullah, sahabat & Tabi’in ini adalah satu upaya utk m'yambut & meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil b'doa m'dapatkan keampunan  & keberkatan malam itu.

2. Melaksanakan solat sunat, iktikaf & m'baca al-Quran.

Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan satu hadis drpd Aishah, b'maksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir drpd Ramadan, maka Baginda akan m'hidupkan malam²nya, m'bangunkan keluarganya & m'gikat pinggangnya.”

Sahabat & ulama b'beza p'dapat dlm m'beri penafsiran t'hadap hadis di atas. Tetapi, mereka b'sepakat bhw Rasulullah melebihkan ibadatnya pd 10 malam yg t'akhir Ramadan.

Ibadat yg biasa dilakukan pd malam Ramadan adalah solat tarawih & witir serta m'baca al-Quran. Dlm salah satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dr Amru bin `Ash b'mksd: “Barangsiapa yg solat pd malam Ramadan & m'baca 10 ayat drpd al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai org yg lalai.”

M'gerjakan solat & m'baca al-Quran pd malam yg akhir ini sgt penting hingga dlm salah satu riwayat dikatakan bhw Rasulullah melakukan solat pd mlm Ramadan & m'baca al-Quran dgn tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat t'kecuali b'harap agar Allah m'berikan rahmat itu & tidak melalui ayat azab t'kecuali b'mohon p'lindungan Allah drpd azab itu.

Solat b'jemaah juga sgt diutamakan pd mlm akhir Ramadan hingga Imam Malik & Imam Syafie b'kata: “Siapa yg solat Isyak & Subuh b'jemaah pd mlm al-Qadar, dia telah m'gambil bahagiannya drpd malam itu.”

Ertinya org yg m'gerjakan solat Isyak & Subuh saja dianggap telah m'dapat sebahagian drpd Lailatul Qadar, apa lagi mereka m'gisinya dgn amalan lain sepanjang mlm itu.

Selain solat & m'baca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasulullah dgn b'iktikaf di masjid & tidak tidur b'sama isteri²nya. Ini b'dasarkan hadis Aishah yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, b'mksd: “Bhw Rasulullah b'iktikaf pd 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

3. M'perbanyak doa.

Rasulullah b'sabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci drpd semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah utk m'perbanyak doa pd 10 malam t'akhir Ramadan.


Dlm satu hadis drpd Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah m'baca doa pd malam al-Qadar.

Ulama b'sepakat bhw doa yg paling utama pd malam al-Qadar adalah doa yg meminta keampunan & kemaafan drpd Allah. Perkara ini seperti doa yg diajarkan Rasulullah kpd Aishah. 

Doanya b'bunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni" (Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pd malam itu Allah akan m'gabulkan semua p'mohonan & doa, t'kecuali t'hadap 4 golongan manusia. Ibnu Abbas b'kata: “Semua doa pd mlm itu diterima t'kecuali doa org meminum arak, anak yg derhaka kpd ibubapa, org yg selalu b'tengkar & mereka yg memutuskan silaturahim.

Sahabat², marilah kita sama² melakukan pecutan akhir pd 10 malam t'akhir ramadhan ini & sama² kita m'gejar malam Lailatul Qadar yg m'jadi impian umat² Islam. Moga² Ramadhan kita dlm keadaan "happy ending"... 


Amin~


"Ramadhan Kareem, Allahu Akram"

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya Riang Ria "2 Ibnu Nafis"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 9:45 PM

Assalamualaikum.. 
Apa khabar iman hari ini? 
Apa khabar puasa hari ini?
Adakah masih sama seperti puasa 1 Ramadhan yang lalu?
Atau semakin baik daripada puasa 1 Ramadhan?
Alhamdulillah jika ada peningkatan.
Moga kita peroleh keampunan daripada Allah.

[Khas buat pelajar 2 Ibnu Nafis, 2 Ibnu Qayyim & 1 Ibnu Nafis]
Ketika jari mencoret entry ini ada seminggu lagi tempoh berkhidmat di SAMSHSB sebagai guru pelatih, seminggu saja lagi menjadi guru Matematik kelas 2 Ibnu Nafis & 2 Ibnu Qayyim, seminggu saja lagi menjadi guru Sains kelas 1 Ibnu Nafis.

Terasa ingin memberhentikan masa seketika agar aku mampu bersama mereka dengan lebih lama. Agar dapat  aku lihat kesemua pelajarku mendapat keputusan yang baik dalam Matematik & Sains.

Teringat akan kata²ku semasa mula² mengajar kelas² ini.
"Tak apa, sekarang kamu tidak perlukan saya. Bilamana saya tak ada kamu akan mencari saya" [Dengan nada yang sedih]

Aku tidak sengaja meluahkan kata² itu. Terluah sebab mengenangkan layanan yang agak dingin ketika aku mula mengajar mereka dalam kelas. Mereka mula membandingkan aku dengan guru yang sepatutnya mengajar mereka.

Tatkala aku ingin sokongan memulakan langkah sebagai guru pelatih terlalu banyak mehnah & tribulasi perlu dilalui.

Betul kata guru² yang telah lama mengajar. "Nak jadi guru perlu banyak sabar"

Alhamdulillah 13 minggu, anak² muridku telah mendidik kesabaran dariku. Daripada suka marah² (marah ada sebabnya tau) aku mula senyum dengan telatah mereka.

Adakah aku mula menyayangi mereka?
Adakah aku akan merindui gelagat mereka nanti?

Ohhh.. Ya Allah, ingatkanlah aku setiap pertemuan itu ada perpisahan. Kalau bukan bertemu di dunia, insyaAllah di syurga menanti. Aminnn...

Alhamdulillah buat masa nie ada 80 kertas yang menjadi kayu pengukur aku untuk lebih maju dalam bidang pendidikan untuk masa hadapan.

Sepatutnya kertas² komen ini perlu ditulis pada awal² saya mengajar. Tapi boleh pula tak terfikir nak buat. 

Apa²pun "Cikgu ucapkan terima kasih buat 2 Ibnu Nafis & 1 Ibnu Nafis atas komen² itu. Cikgu terima dengan hati yang terbuka"

Hurmmm...Sebenarnya entry hari nie nak share kad raya yang pelajar 2 Ibnu Nafis bagi. Yang kat atas tue merapu je lebih...

Jazakillah khairan kathira. Love you all so much (terharu tak?
Daripada: Nur Atiqah



Daripada: Hanis Amierah

Daripada: Danial Haziq

Daripada: Ahmad Muzakkir

Daripada: Nurin Fauzah

 
Daripada: Nurin Annisa

Daripada: Hanis Farhana

 
 Daripada: Amierul Shah

Daripada:  Azim Najmi

Daripada: Nurul Najihah

Daripada: Asri Darus

"Terima kasih kerana mewarnai kehidupan cikgu"


Wallahualam..

18 Ramadhan 1432H
"Ramadhan Kareem, Allahu Akram"

Wednesday, August 17, 2011

Ayat² Cinta Ramadhan

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:45 AM



Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Berpuasa di dunia
Dari melakukan perkara yg sia²
Dari melakukan perkara yg merugikan masa
Dari melakukan perkara yg Allah murka
Dari melakukan perkara yg m'gelapkan hati
Dari melakukan perkara yg merugikan diri

Berpuasa di dunia 
Utk kebahagiaan tika b'buka di akhirat
Merasai nikmat syurga yg sarat dgn kebahagiaan
Anugerah Ilahi buat hamba²Nya yg b'iman
Kemenangan hakiki buat hambaNya yg b'taqwa
Bukankah ini yg kita mahukan?

Kebahagiaan yg b'kekalan buat selamanya
Nak dibandingkan dgn nikmat dunia yg sementara ia tidak sedikit pun b'nilai di sisi Allah S.W.T.
Melainkan amal kebaikan kita kpd org lain, keikhlasan kita dlm hidup di dunia

Yg b'nilai di sisiNya adalah TAQWA.
Bukannya harta, pangkat & darjat,
Bukannya fesyen t'kini, baju t'cantik, muka t'licin
Bukannya dgn hafalan para artis, lirik lagu & cerita korea yg m'jamin syurga kita

BUKAN!!! BUKAN!!! BUKAN!!!

Sedarkah kita?
Betapa selama ini kita lalai dlm m'jadi hamba kpdNya
Kita t'tarik dgn graviti dunia 
Kita t'tarik dgn cinta dusta penuh tipu daya
Kita m'gabaikan seruanNya
Kita m'gabaikan petunjuk Al-Quran & As-Sunnah.

Di mana bukti kita dlm m'jalani hidup sebagai seorg hambaNya?
Tidakkah kita mahu b'temu Allah dlm keadaan Yg diredhaiNya
Tidakkah kita mahu p'akhiran hidup yg baik?

Tetapi..
Kita tidak pernah benar² usaha kembali padaNya
Sekejap t'leka sering sambil lewa melakukan kerja
Tidak pernah b'sungguh² keranaNya
Sering b'seronok b'gelak ketawa di muka bumiNya
Tanggungjawab sebagai khalifah dilupa
Gelaran hamba pada diri dianggap biasa

Masa dibiar b'lalu sepi
Masa yg tiada kembali
Jadilah diri ini manusia yg rugi
M'abaikan masa kurniaannya
M'sia²kan tiap saat yg akan disoal kembali pabila tiba masa

Wahai diri
B'puasalah tika dirimu di dunia
B'bukalah dgn penuh kenikmatan di akhirat sana
Jgn ikutkan graviti dunia fatamorgana
Kelak t'jatuh ke lembah neraka
M'yesal tiada kembali di dunia
Manfaatkan masa sepenuhnya sebagai hamba
Jalankan tanggunjawabmu sebagai khalifah
Buatlah segalanya krn DIA bukan krn manusia
Krn hanya Dia yg akan menilai kita di akhirat sana.

B'gantung harap sepenuhnya hanya pd DIA
Jgn b'gantung harap pd dunia yg penuh tipu daya
B'serah hanya pd DIA
Jgn b'serah tanpa usaha utk memajukan diri kita
Ikhlaskan niat dlm b'amal keranaNya

Ya Ilahi
Kudambakan kekuatan dariMu
Agar mampu utk terus kekal b'MUJAHADAH
Dan tidak hanyut dgn arus deras jahiliyah yg melemaskan jiwa
Kuatkan langkahku ya Rabbi
Ku ingin terus kekal atas jalan ini, jalan yg Engkau Redhai

~Amin.Amin.Amin~
~~~~~~~~~~~~~~~~


Jom Amalkan Bersama

1.Bismillahhirrahmannirrahim: Tiap² hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah: Tiap² habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah: Jika t'silap m'gatakan sesuatu yg buruk.
4.Insyaallah: Jika ingin melakukan sesuatu pd masa akan datang.
5.Lahaulawalaquwwataillabillah: Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat @ melihat sesuatu yg buruk.
6.Innalillah: Jika menghadapi musibah @ melihat kematian.
7.Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang & malam sebanyak²nya.


Amalkanlah selalu moga² kita t'golong dalam kalangan org yg t'pilih oleh Allah


:::::::::::::Amalkanlah Ayat² cinta ni....Pasti tenang jiwamu:::::::::::::


Wallahualam..

Ramadhan Kareem, Allahuakram..

"Selamat M'yambut Nuzul Al-Quran"
(17 Ramadhan 1432H)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...