Assalamualaikum..
Apa khabar iman hari ini?
Apa khabar puasa hari ini?
Adakah masih sama seperti puasa 1 Ramadhan yang lalu?
Atau semakin baik daripada puasa 1 Ramadhan?
Atau semakin baik daripada puasa 1 Ramadhan?
Alhamdulillah jika ada peningkatan.
Moga kita peroleh keampunan daripada Allah.
[Khas buat pelajar 2 Ibnu Nafis, 2 Ibnu Qayyim & 1 Ibnu Nafis]
Ketika jari mencoret entry ini ada seminggu lagi tempoh berkhidmat di SAMSHSB sebagai guru pelatih, seminggu saja lagi menjadi guru Matematik kelas 2 Ibnu Nafis & 2 Ibnu Qayyim, seminggu saja lagi menjadi guru Sains kelas 1 Ibnu Nafis.
Terasa ingin memberhentikan masa seketika agar aku mampu bersama mereka dengan lebih lama. Agar dapat aku lihat kesemua pelajarku mendapat keputusan yang baik dalam Matematik & Sains.
Teringat akan kata²ku semasa mula² mengajar kelas² ini.
"Tak apa, sekarang kamu tidak perlukan saya. Bilamana saya tak ada kamu akan mencari saya" [Dengan nada yang sedih]
Aku tidak sengaja meluahkan kata² itu. Terluah sebab mengenangkan layanan yang agak dingin ketika aku mula mengajar mereka dalam kelas. Mereka mula membandingkan aku dengan guru yang sepatutnya mengajar mereka.
Tatkala aku ingin sokongan memulakan langkah sebagai guru pelatih terlalu banyak mehnah & tribulasi perlu dilalui.
Betul kata guru² yang telah lama mengajar. "Nak jadi guru perlu banyak sabar"
Alhamdulillah 13 minggu, anak² muridku telah mendidik kesabaran dariku. Daripada suka marah² (marah ada sebabnya tau) aku mula senyum dengan telatah mereka.
Adakah aku mula menyayangi mereka?
Adakah aku akan merindui gelagat mereka nanti?
Ohhh.. Ya Allah, ingatkanlah aku setiap pertemuan itu ada perpisahan. Kalau bukan bertemu di dunia, insyaAllah di syurga menanti. Aminnn...
Alhamdulillah buat masa nie ada 80 kertas yang menjadi kayu pengukur aku untuk lebih maju dalam bidang pendidikan untuk masa hadapan.
Sepatutnya kertas² komen ini perlu ditulis pada awal² saya mengajar. Tapi boleh pula tak terfikir nak buat.
Apa²pun "Cikgu ucapkan terima kasih buat 2 Ibnu Nafis & 1 Ibnu Nafis atas komen² itu. Cikgu terima dengan hati yang terbuka"
Hurmmm...Sebenarnya entry hari nie nak share kad raya yang pelajar 2 Ibnu Nafis bagi. Yang kat atas tue merapu je lebih...
Jazakillah khairan kathira. Love you all so much (terharu tak?)
Daripada: Nur Atiqah
Daripada: Danial Haziq
Daripada: Ahmad Muzakkir
Daripada: Nurin Fauzah
Daripada: Nurin Annisa
Daripada: Hanis Farhana
Daripada: Amierul Shah
Daripada: Azim Najmi
Daripada: Nurul Najihah
Daripada: Asri Darus
"Terima kasih kerana mewarnai kehidupan cikgu"
Wallahualam..
18 Ramadhan 1432H
"Ramadhan Kareem, Allahu Akram"
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment