Photobucket

Wednesday, September 21, 2011

"XPDC" Dakwah GAMIS

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:11 PM No comments



"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) & pelajaran yang baik & bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya & Dialah yang lebih mengetahui orang² yang mendapat petunjuk."(An-nahl:125)

Assalamualaikum w.b.t.

15 September 2011(Khamis) saya mengikuti "XPDC" Dakwah yang dianjurkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) di Sekitar Suria KLCC sempena malam . Sebenarnya lama dah niat hati utk turun padang ke program seperti ini tapi atas kekangan masa terpaksa tidak dapat dipenuhi.

Alhamdulillah baru² nie, Allah memberi kelapangan waktu utk sama² turun utk mengutip pengalaman berharga.

Sebenarnya selama 4 tahun di bumi Semenanjung Malaysia juga, malam itu malam pertama menjejakkan kaki & melihat sendiri KLCC tapi tengok dari luar saja.

Sebelum program berlangsung kami diberi taklimat cara melaksanakan dakwah. Tiba² terasa macam tak berani pula. Bukan apa selalunya berdakwah dgn sahabat sendiri, adik USRAH & pelajar tapi kali ini nak berdakwah dgn masyarakat kota yg tak pernah jumpa.


Semasa taklimat, beberapa perkara yg dititikberatkan contohnnya method dakwah menggunakan 5S (Senyum, Salam, Sapa, Sentuh & Sayang)

Tepat jam 12 pagi, setelah hampir 10 tahun tidak melihat bunga api secara live tapi hari itu betapa kagumnya melihat pertunjukkan bunga api yg berwarna-warni dgn bunyi letupan yg tidak berhenti².

Tapi diikutkan hati sebenarnya ada rasa dua dalam hati iaitu TAKUT & KAGUM.

Takut krn membayangkan suasana datangnya KIAMAT.

Kagum akan Allah yg mengilhamkan manusia utk mencipta bunga api tu.







Selepas dalam 10 minit menyaksikan pertunjukkan bunga Api, "XPDC" dakwah dijalankan dgn dimulakan bacaan doa utk memohon Allah permudahkan urusan pada malam itu. 




Pelbagai jenis orang ditemui dgn aktiviti tersendiri termasuklah couple yg mencari ketenangan, ibu bapa yg membawa anak bersiar², pelancong yg tak segan silu bergambar dgn pelbagai posing & lain² lagi.

Secara jujurnya selepas hampir satu jam kami berkeliaran di kawasan KLCC utk tujuan berdakwah, baru kusedari sifat DAI'E dlm diri masih tahap lemah. Rasa utk memulakan teguran pun masih takut².

Apa²pun pengalaman malam ini saya ambil sebagai motivasi utk meningkatkan keyakinan diri serta menjadi pengalaman yg tidak dapat dibeli sekiranya hanya berada di kampus saja.

Sampai sini sahaja perkongsian saya.

Mohon doa sahabat² agar diri ini tetap dlm IMAN & ISLAM, masih tetap dlm memperjuangkan Islam, menegakkan HAQ & meruntuhkan BATIL walaupun selepas ini akan berada di tempat lahir sendiri yg sudah pastinya ujian Allah semakin kuat apatah lagi bersendirian.

Wallahualam...

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...