Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...
Apa khabar Iman dlm diri?
Apa khabar Islam dlm diri?
Dah puasa 6 dlm bulan Syawal?
Jawablah dalam hati masing².
Alhamdulillah bangun² pagi tadi masih lagi dlm nikmat IMAN & ISLAM setelah sedikit keletihan ber"XPDC" Dakwah sempena Malam Sambutan Hari Malaysia.
Hari nie bukan nak cerita tentang pengalaman malam tadi tapi masih tentang praktikal. InsyaAllah XPDC DAKWAH akan dikongsi juga dlm masa terdekat.
Tujuan "update" blog sebab nak cerita minggu yg paling sedih sebelum meninggalkan Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih (SAMSHSB), Klang, Selangor. So tajuk entry bukanlah Corat-Coret Praktikal V tapi Minggu TerAKHIR di SAMSHSB.
Walaupun ada orang yg cakap:
"Tak apa dekat je lepas ni boleh datang lagi"
Ya!!! Memang boleh datang lagi tapi suasana sudah berbeza kerana waktu datang kembali adalah sebagai PELAWAT bukan lagi GURU PRAKTIKAL. Dan tidak lagi akan mengajar 2 Ibnu Nafis (2N), 2 Ibnu Qayyim (2Q) & 1 Ibnu Nafis (1N).
Mari ikuti....
22 Ogos 2011
Dipantau kali terakhir oleh pensyarah. Tapi Dr. Zamzana tak masuk kelas sebab hanya buat lawatan sosial & bertemu pihak pengurusan sekolah.
Dipantau kali terakhir oleh pensyarah. Tapi Dr. Zamzana tak masuk kelas sebab hanya buat lawatan sosial & bertemu pihak pengurusan sekolah.
Hari ini juga hari terakhir saya mengajar kelas 1N dlm makmal dgn buat eksperiman terakhir. Waktu eksperimen je mesti mereka suka apa lagi kalau bergambar.
23 Ogos 2011
Hari ini saya ada kelas dgn 2Q saja tapi Alhamdulillah dapat 3 masa ganti maknanya 5 masa masuk ke 2Q. Hati gembira sebab dapatlah nak habiskan silibus.
Entahlah waktu mengajar menitik air mata sebab tatkala mengajar tiba² kedengaran budak² nie bergaduh. Seperti waktu tu aku tidak wujud dlm kelas. Rasa hati memang sangat kecewa. Kecewa dgn diri sendiri. Titik...
Entahlah waktu mengajar menitik air mata sebab tatkala mengajar tiba² kedengaran budak² nie bergaduh. Seperti waktu tu aku tidak wujud dlm kelas. Rasa hati memang sangat kecewa. Kecewa dgn diri sendiri. Titik...
24 Ogos 2011
Hari ini kali terakhir masuk kelas 2Q, waktu bagi ucapan kali terakhir macam tak percaya je. Waktu mereka semangat nak belajar terutamanya Yusri (duduk, baju hitam). Tak rapat sangat dgn 2Q sebab dlm seminggu 3 masa (1 jam setengah) saja berjumpa mereka kecuali beberapa orang yg saja rapat sebab setiap hari mesti terjumpa & sapa saya.
25 Ogos 2011
Sampai sekolah saja di awal pagi yg hening, kulihat kelibat beberapa orang pelajar 1N di hadapan bilik guru membawa hadiah. Terharu pula. Nasib baik awal pagi tak ramai lagi guru² lain yg datang maka dgn muka tidak malu menerima hadiah mereka. Orang memberi kita ambillah. Atas meja pun dah ada hadiah lain.
Pemberian 1N
Nadia
Balkis
Liyanah
Adriana
Sayyidah
Anisah
Asma
Amanda
Mastura
Rahayu
Ku Hafizah
Natasha
Alisya
Farhana
Athilah
Pemberian 2N
Atiqah
Hanis Farhanah
Nurin Fauzah
Muzakkir
Adib
Azim
Pemberian 2Q
Asilah
Rozita
Arifah
Aina
Adleen
Farhanah
Alif
Lyana
Zulaiha
Pemberian Che' Atiey
Sangat suka sebab bagi tudung warna kegemaran iaitu HIJAU.
Pemberian Nazim Idrus
Pemberian Kak Aimi
Pemberian Kak Saddiah
Tidak dapat dikenalpasti
Entahlah =(
Entahlah =(
Entahlah =(
Pemberian Sekolah
Seperti biasa tadarus Al-Quran berjalan seperti biasa tapi hari ini kali terakhir bertadarus di dataran hijau sebab esok ada Majlis Khatam Al-Quran. Pagi tue, Ustaz Ridhuan dah sakat aku & Fizah utk bagi ucapan terakhir selepas tadarus.
Aduhai. Rilekslah dulu Ustaz. Tapi pengisian tazkirah terakhir bulan Ramadhan yg disampaikan oleh Ustaz Izwan sangat mantap.
Aduhai. Rilekslah dulu Ustaz. Tapi pengisian tazkirah terakhir bulan Ramadhan yg disampaikan oleh Ustaz Izwan sangat mantap.
Hari ini hari terakhir aku masuk 2N & 1N pula. Kelas 2N aku buat di APD memandangkan nak tunjuk video yg dibuat khas utk mereka. Utk masa pertama, aku biarkan saja mereka bergembira mengambil gambar sebab sebenarnya tak siap lagi video tue.
Waktu masa kedua barulah aku memulakan bicara. Dlm kelas 2N taklah nangis sebab mereka terlalu happening. Tengok muka mereka mesti buat tersenyum.
Waktu masa kedua barulah aku memulakan bicara. Dlm kelas 2N taklah nangis sebab mereka terlalu happening. Tengok muka mereka mesti buat tersenyum.
Berbeza pula masuk kelas 1N. Memandangkan hanya 1 masa so tunjuk video je terus kat mereka. Waktu tunjuk video nie memang macam² reaksi yg ada. Boleh saksikan kat sini. <KELAS TERAKHIR DGN 1N>.
Tapi waktu bahagian terakhir video pelajar perempuan dah nangis. Pelajar lelaki tunjuk cool & macho je.
Tapi waktu bahagian terakhir video pelajar perempuan dah nangis. Pelajar lelaki tunjuk cool & macho je.
Apalagi waktu setiap pelajar perempuan salam & peluk, dgn aku sekali bercucuran air mata tak henti² sebab mereka lagi dahsyat nangis. Yg budak lelaki jadi penonton. Abis je pelajar perempuan salam, pelajar lelaki sama buat aksi Pendekar Bujang Lapok.
"Cikgu, kami minta maaf. Maafkan kami!!!"
Waktu keluar bilik APD memang mata merah sebab penangan pelajar 1N.
26 Ogos 2011
Rasa berat kaki utk melangkah ke sekolah pada hari ini. Tarikh yg ditunggu pada mula² praktikal akhirnya berkunjung tiba tatkala hati mengatakan "TIDAK".
Kugagahi diri. Bertindak normal seperti tiada apa yg akan berlaku.
Sepanjang waktu majlis Khatam Al-Quran, aku duduk di berpindah randah sebab nak bagi sedikit cenderahati yg tak seberapa buat 1N, 2N, 2Q & mereka yg dikenali.
Yg nie adalah pamplete KHATAM AL-QURAN, pamplete terakhir yg kami (Wana & Fiza) buat sepanjang praktikal di SAMSHSB.
Semua khusyuk semasa ceramah berlangsung. Ceramah yg santai tapi input yg bermanfaat.
Bacaan Hafazan
2. Menengah Rendah bacaan Surah Al-Jumaah
Majlis Khatam Al-Quran yg diketuai Ketua Umum (Mustaqim)
Selepas penyampaian hadiah & cenderahati maka tibalah aturcara terakhir yg tidak disenaraikan dlm aturcara program.
Ucapan akhir kami sebagai Guru Pelatih UPSI di SAMSHSB.
Allahuakhbar.. Malu bila teringat semula. Antara kami bertiga akulah orang yg memang senang mengalirkan air mata. Waktu ucapan pun entah terasa sebak dlm hati maka terlahirlah dari perubahan suara & muka yg aku tengah bersedih semasa beri ucapan di hadapan guru² & 800 lebih pelajar SAMSHSB.
Sewaktu habis program Khatam Al-Quran, majlis bersalaman antara guru & pelajar berlangsung memandang selepas ini mereka cuti Hari Raya. Waktu majlis salam-salaman, air mataku turun tak henti². Tiada lagi perasaan malu.
Ingin kuluahkan aku benar² sedih meninggalkan SAMSHSB, meninggalkan kelas 2N, meninggalkan kelas 2Q, meninggalkan kelas 1N, meninggalkan Che' Atiey & meninggalkan semuanya.
Ingin kuluahkan aku benar² sedih meninggalkan SAMSHSB, meninggalkan kelas 2N, meninggalkan kelas 2Q, meninggalkan kelas 1N, meninggalkan Che' Atiey & meninggalkan semuanya.
Bersama pelajar F5
"Pertemuan itu bukanlah milik kita. Sekadar menjadi rencah dlm kehidupan utk mewarnai & melakar perkara baru. Inilah hikmah kenapa kita bertemu & berpisah krn Allah. Utk terus bertebaran di muka bumi ini membawa panji Islam bermatlamatkan daulah Islam itu sendiri. Hebat bukan bertemu & berpisah dlm Islam. Doakan kami terus Istiqamah atas jalanNya yg benar, tidak mudah mengalah dlm dunia ini & sentiasa diberi kekuatan diri utk terus bermujahadah membawa hati seorang dai'e."
Inilah kata² terakhir yg kusampaikan semasa ucapan.
Sampai sini sahaja celoteh saya utk entry hari ini.
Terima kasih kpd semua yg mewarnai kehidupanku sepanjang berada di SAMSHSB.
InsyaAllah kalau ada lagi entry tentang praktikum akan kukenalkan starring yg berjaya mengembirakan hatiku sepanjang di SAMSHSB.
Wallahualam.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment