Assalamualaikum..
Sebelum meluahkan rasa hati mari baca MADAH BICARA daripada PENGERUSI RPA
Assalamuaikum. w.b.t.
Bagi menjelaskan kedudukan Program Penggerak Ad-Din pada semester ini, saya telah membuat satu pertemuan dengan TNC HEPA, Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar petang semalam di pejabatnya. Dalam pertemuan ringkas tersebut, TNC HEPA telah mengiktiraf program ini di peringkat universiti & menganggap program ini sebagai program yang amat baik bagi peningkatan ilmu & sahsiah mahasiswa/wi. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa Program RPA akan ditangguhkan seketika pada semester ini bagi memberi ruang kepada program bersifat keagamaan yang lebih besar & hebat bakal dilakukan oleh pihak pentadbiran UPSI khususnya di pihak HEPA.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak HEPA khususnya kepada TNC HEPA yang memberi jaminan bahawa Program Penggerak Ad-Din ini tidak dimansuhkan atau dibatalkan oleh HEPA sebagaimana yang didakwa sebahagian pihak kerana program ini telah berjalan dengan lancar selama 2 tahun lebih. Dalam tempoh tersebut ramai mahasiswa/wi UPSI menjayakan program ini & mendapat manfaat yang amat besar dalam pembangunan akhlak & sahsiah bakal-bakal guru di UPSI.
Justeru itu, saya mengharapkan seluruh warga penggerak “Program Rakan Penggerak Ad-Din” di peringkat pusat & peringkat kolej bersabar & berdoa agar program ini dapat berjalan lancar seperti sediakala. Melihat kepada kepentingan dalam pembangunan sahsiah mahasiswa/wi UPSI terutamanya dalam membimbing pelajar semester satu & dua, saya mengharapkan pihak HEPA khususnya TNC HEPA dapat memberi ruang kepada program ini dijalankan dengan seberapa segera.
Sekian.
Muhammad Amirul Amran
Pengerusi RPA Pusat Islam Peringkat Pelajar
Alhamdulillah sekarang dah 4 hari berada dalam sem 8..
Walau bagaimanapun rasa sedih dalam hati bilamana sem akhir di UPSI, PROGRAM RAKAN PENGGERAK AD-DIN (RPA) ada ura² nak dibatalkan.
Dahlah waktu sem 4 & 5 rugi tak jadi pun naqibah RPA sebab komitmen sebagai ahli MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR. Waktu sem 3 & 6 saja berkesempatan.
Waktu sem 8 pula terpaksa ditangguhkan / dimansuhkan / diberhentikan / direhatkan (entahlah yang mana betul) sebab KONONnya HEP UPSI (jangan marah) nak ambilalih bagi program pengisian agama pada semua pelajar muslim di UPSI. Betul atau tak wallahualam.
Apa²pun, Alhamdulillah sebenarnya sepanjang menjadi NAQIBAH RPA terlalu banyak perkara yang dipelajari dalam menyiapkan diri sebagai pendidik sebenar pada masa hadapan.
Waktu praktikum baru² nie pun perkara yang dipelajari sepanjang menjadi NAQIBAH RPA digunakan semasa bergelar guru praktikal di Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin, Sungai Bertih, Klang, Selangor.
Teringat ketika menjadi NAQIBAH untuk pelajar baru tingkatan 6 bawah KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) untuk USRAH pertama mereka. Dalam hati terdetik:
"Andaikata aku tidak mempunyai pengalaman semasa di UPSI menjadi NAQIBAH RPA sudah pasti tidak mampu berbicara di hadapan mereka."
Apa taknya kebanyakan pelajar yang terpilih masuk KISAS semua yang HEBAT² dalam kalangan TERHEBAT tidak kira dalam bidang AKADEMIK atau AGAMA.
Geram juga sebab kat UPSI tak boleh sebut perkataan USRAH. Sensitif katanya. Dashyat betul.
Aku bukanlah seorang yang ARIF dalam bidang AGAMA tapi Alhamdulillah bila menjadi NAQIBAH RPA sebenarnya dorongan untuk mencari ilmu sangat kuat untuk disampaikan pada adik² USRAH.
Rugilah bila PRODUK² UPSI hanya tahu bidang AKADEMIK yang mereka pelajari.
Moga² ALLAH buka hati orang yang berkenaan supaya RPA boleh bergerak seperti sediakala. Amin
Dari Abdullah bin Mas'ud ra. bahawa Nabi saaw. bersabda: Jangan berasa iri hari, kecuali kepada 2 orang, iaitu orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak & orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang baik), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.
Tak tahulah sesuai tak ayat nie.
Janganlah jadi orang JAHILIYYAH MODEN yang takut bilamana ISLAM nak disampaikan pada orang lain.
Betulkan aku kalau silap..
Wallahualam
3 123 Bingkisan Sahabat:
Program yg sangat baik seperti ini perlu diteruskan. Zaman skrg orang bergerak kearah Islam, bagi yang menolak Islam, dia termasuk orang yang ketinggalan zaman.
setuju sangat dgn pendapat shabat.. Penglaman menjadi Naqibah telah banyak mendorong seornag yang kurng ambil tahu kepada yg lebih peka dalam hal agama terutama aspek akidah, feqah dan akhlak..syangnya jika ia direhatkan...dalam menyampaikan dakwah tidak ada istilah REHAT..Doa ana moga yg baik dikekalkan malah diperbanyakkan jgn lah sebaliknya..Ya Allah, Permudahkan urusan Dakwah kami kerana inilah salah satu saluran yg amat baik untuk kemi mendalami AgaMaMu Ya Allah..Amin Ya Rabbal A'lamin..
betul2x..moga dibukakan hati mereka
Post a Comment