Assalamualaikum semua.
Apa macam raya tahun nie? Dapat duit raya? Banyak tak?
Hmmm.. Soalan nie bukan ditujukan kepada pembaca tapi kalau nak jawab pun boleh. Jawab dalam hati deh..
Soalan di atas sebenarnya ditujukan pada saya bilamana ada sahabat/anak murid yang bertanya melalui hp atau FB.
Senang je jawapan yang selalu saya jawab.
Tak semeriah bersama keluarga tercinta. Dapat. RM 2 je.
Seriously, saya dapat duit RM 2 je. Tambang nak balik Tanjung Malim pun tak cukup. (Jangan ikut perangai orang yang tak bersyukur)
Tapi itu semua bukan menjadi masalah sebab bulan SYAWAL sebenarnya bulan bermaaf²an & ziarah menziarahi.
So, kalau dah besar macam saya jangan fikir nak kutip duit raya banyak².
Dikesempatan ini saya nak bagi pantun & ucapkan
"Jika Pedang Lukai Tubuh, Masih ada Harapan Sembuh...
Jika Lidah Lukai Hati, Ke mana ubat Hendak diCari...
Jika itu Pernah Terjadi KuMohon ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ...
รεlﻪოﻪէ հﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ
Taqabbalalluhu waminna waminkum, taqabbal ya kareem, siyamana wasiyamakum, minal aidil wal faizin..
(Semoga ALLAH S.W.T menerima segala amal ibadah kita di bulan ramadhan, menerima puasaku & puasa kalian & semoga kita termasuk dalam golongan yg kembali kpd fitrah & meraih kemenangan) Insyaallah..
Amin ya rabbal 'alamin."
Walaupun orang kata SYAWAL waktu yang sesuai untuk bersuka ria tapi saat begini aku rindu akan RAMADHAN 1432H.
Aku lihat RAMADHAN dari kejauhan ..
Lalu kusapa ia: "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata: " Maaf .. Aku harus pergi. Mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang² yang bernama MUKMIN. Ajaklah SABAR untuk menemani hari² dukanya. Peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA. Itupun SYAWAL.. ia sudah tiba."
Kulihat Ramadhan pergi...Jauh...
"Ya Allah, apakah aku akan berjumpa lagi dengannya"
Sedihnya dengan pemergian RAMADHAN tahun ini amat kurasai sama seperti sedihnya aku meninggalkan SAMSHSB apatah lagi tidak pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
Sekarang sesi untuk mengimbas memori lalu. Sapa yang tak suka boleh tutup tetingkap blog "TERATAK PENDIDIK"
Ceritanya bermula di sini.
Alhamdulillah 26 hari aku menempuhi bulan yang penuh dengan rahmat & keampunan iaitu Ramadhan di SAMSHSB bergelar sebagai guru pelatih. Kenangan bersama 2 Ibnu Nafis, 2 Ibnu Qayyim, 1 Ibnu Nafis, Che 'Atiey (nak tau siapa dia ikuti episod corat-coret praktikal V) & warga SAMSHSB terpahat di memori walaupun suatu masa nanti insan yang bernama HERWANA HERMAN akan luput dari ingatan kamu semua.
Walaupun ada sahabat² yang berpraktikal di sekolah lain dah senang lenang waktu bulan Ramadhan memandangkan dah habis pemantauan pensyarah & guru pembimbing tapi aku tiada masa bersenang lenang.
Waktu bulan Ramadhan ada 3 kali lagi pemantauan guru pembimbing yang masuk kelas secara tiba² & pemantauan pensyarah pada minggu terakhir praktikal.
Nah, mana ada masa buang masa. Nak bagi tau bulan Ogos bulan terakhir mengajar mereka pun tak sempat. Proses P&P berjalan seperti biasa malah sedikit cabaran sebab bulan puasa. Bukan nak menyalahkan dengan kehadiran bulan Ramadhan jadi kurang proaktif tapi dah jadi trends pula waktu Ramadhan akan jadi lembik apatah lagi waktu akhir persekolahan.
Teringat satu tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Izwan:
Takkan nak jadi macam nie kot. Maka macam² bentuk P&P dirancang agar pelajar 1N, 2N & 2Q bagi mengelakkan mereka tidur dalam kelas. Aku akan pastikan tiada yang letak kepala atas meja semasa menulis. Siap bagi takut mereka lagi.
Ayat menyentap kalbu tapi Alhamdulillah mereka tak tidur kecuali yang memang mengantuk tahap tak boleh diselamatkan dah.

Dulu Presiden Tunisia pernah mengharamkan rakyatnya berpuasa pada bulan RAMADHAN kerana umat ISLAM jadi LESU dan hasil kerja tak PRODUKTIF.
Takkan nak jadi macam nie kot. Maka macam² bentuk P&P dirancang agar pelajar 1N, 2N & 2Q bagi mengelakkan mereka tidur dalam kelas. Aku akan pastikan tiada yang letak kepala atas meja semasa menulis. Siap bagi takut mereka lagi.
"Siapa yang nak bongkok, rajin²lah letak kepala atas meja"
Ayat menyentap kalbu tapi Alhamdulillah mereka tak tidur kecuali yang memang mengantuk tahap tak boleh diselamatkan dah.
Program Sepanjang Ramadhan
Pada masa yang sama kebiasaan di bulan Ramadhan, SAMSHSB akan mengadakan Program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan. Banyak program yang dirancang sepanjang bulan itu. Aku dan Fizah diletakkan di bawah ajk publisiti & dokumentasi. Seperti biasa tugas kami yang pertama adalah membuat pamplete.
Dengan sesuka hatinya kami letak tema Program Ihya' Ramadhan kali nie "Ramadhan Dirai, Maghfirah Dikecapi". Tema Program Ihya' Ramadhan KHAR 2010.
Alhamdulillah sangat menyukai suasana Ramadhan di SAMSHSB. Setiap pagi sebelum memulakan P&P, tadarus Al-Quran & tazkirah Ramadhan dijalankan di dataran hijau. Pelajar² membuat halaqah mengikut kelas & ditetapkan juzuk untuk dibaca manakala guru² membuat halaqah mengikut premis.
Premis? Susah nak terangkan kat sini. Nanti kita sembang kopi.
Seusai saja tadarus, guru lelaki akan menyampaikan tazkirah mengikut susunan nama dalam punch card. Sekali lagi Alhamdulillah sebab bertambah lagi pengetahuan tentang Ramadhan.

Walau bagaimanapun pelajar² juga diberi kesempatan untuk menyampaikan tazkirah untuk mengasah bakat mereka berucap di khalayak ramai. Kalau part berbicara bahasa Arab confirm tak faham. Aku pandang Fiezah, Fiezah pandang aku.
Terdetik dalam hati betapa ruginya waktu sekolah tak belajar bahasa Arab betul². Astagfirullah al-azim..
Nie lah antara program yang dijalankan sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Iftar Jamai'e
Alhamdulillah 16 Ramadhan 1432H bersamaan 16 Ogos 2011, SAMSHSB buat program Iftar Jamai'e dengan kerjasama PIBG. Di kesempatan yang ada aku tidak boleh mensia²kan peluang yang ada memandangkan waktu ketika itu 2 minggu saja lagi aku bersama² warga SAMSHSB.
Tapi hanya segelintir saja pelajar yang hadir. Nasib baik ada pelajar yang duduk asrama ada bagi memeriahkan majlis.
Ok, bersangka baik mungkin yang lain ada tugasan yang lebih penting.
Apa²pun bestlah sebab pengisian bermanfaat bermula dari petang iaitu Forum Ramadhan hingga Moreh.
Sedikit perkongsian perkara yang berlaku sepanjang Iftar Jamai'e.
Forum: Alhamdulillah pengisian yang sangat menarik oleh Ustaz Zahri & panel jemputan (ayah Sumayyah-budak comel di atas). Panel jemputan tu selalu je jumpa waktu kuliah maghrib kat Surau Nurul Hidayah Telok Menegon. Apa²pun semua pelajar tak kering gusi untuk senyum. Pandai ustaz tu menyampaikan ceramah mengikut level mad'u.
Tahlil: Sementara tunggu berbuka bacaan tahlil diadakan. Hurmm.. waktu nie tak ramai orang pun.
Iftar: Ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W, sekadar 3 biji kurma & air mineral.
Solat Maghrib: Usai je iftar terus bangun untuk solat Maghrib. (tapi kena kumur²lah sikit.)
Makan Malam: Waktu makan makanan tak cukup. Jumlah yang hadir selepas solat Maghrib bertambah. Alhamdulillah... So pakat² catu makanan supaya semua boleh makan.
Tapi time makan nielah aku sibuk bergambar dengan budak² 1 Nafis yang tinggal asrama. Bergambar pun boleh kenyang tau. Belum cuba belum tau.
Tapi time makan nielah aku sibuk bergambar dengan budak² 1 Nafis yang tinggal asrama. Bergambar pun boleh kenyang tau. Belum cuba belum tau.
Solat Isya', solat hajat & solat terawih: Gambar diambil dari blok A sementara menunggu azan Isya'. Jemaah mulai bertambah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah..
Moreh: Fiza khusyuk mendengar Cikgu Rosnah, Cikgu Aini dan Pengetua berbincang² sambil makan bubur lambuk yang banyak lada hitam Waktu nie banyak pula makanan lebih sebab semua orang dah pakat² balik. Aku seperti biasa bergambar lagi.
Waktu Iftar Jamai'e semakin ramai pelajar tahu tempoh praktikal kamu dah nak habis. Waktu nie taklah sedih lagi.
Sambutan Kemerdekaan peringkat SAMSHSB
Walaupun bulan Ramadhan tapi sambutan kemerdekaan tetap diadakan bagi menunjukkan rasa cinta kepada negara MALAYSIA. I Love MALAYSIA.
Beberapa hari sebelum sambutan Kemerdekaan, saya ada juga menyibuk tengok budak² 2 Qayyim pasang banner & bendera Malaysia. Waktu nie punya main cergas mereka panjat memanjat.
Kata Cikgu Saadiah:
"Daripada tidur baik buat kerja bermanfaat nie..."
Pada 19 Ogos 2011 (Jumaat) pula sambutan diadakan selepas bacaan Tahlil. Hari tu tiada bacaan Al-Quran. Pengisian oklah tapi terkilan jugalah sebab ada nyanyian. Bukan anti nyanyian tapi muslimat yang menyanyi, kalau lelaki boleh terima sikit. Tak moleklah. ='(. Tergiang² kata Ustaz Isham..
Yang best lakonan kot. Rasanya semua gelak tengok pelajar lelaki tu membawa watak perempuan.
O°o. .o°O__________________________ ____O°o. .o°O.
(✿◠‿◠)*.: ♥ Rindu Zaman Praktikal ♥ .:*(✿◠‿◠)
.°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ °o.O.o°
(✿◠‿◠)*.: ♥ Rindu Zaman Praktikal ♥ .:*(✿◠‿◠)
.°o.O.o° ¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯ °o.O.o°
Rasanya cukup sampai sini saja celoteh saya dalam Corat Coret Praktikal IV. InsyaAllah bertemu kembali dalam Corat Coret Praktikal V iaitu minggu terakhir di SAMSHSB. Minggu airmata tak malu turun secara tiba².
InsyaAllah panjang umur jumpa lagi.
Yang kurang harap dimaafkan..
Wallahualam.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment