Saturday, April 30, 2011

"Ayah! saya dah bersedia..."

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:32 AM

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yg menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yg engkau akan kandungkan semata²  dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yg terkemuka di Dunia & di Akhirat, dan ia juga dari orang² yg didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). & ia akan berkata² kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, & semasa ia dewasa, & ia adalah daripada orang² yg soleh." [Ali Imraan 3: 45-46]


Moga cerita ini bermanfaat pada semua yg membaca. Moga Allah rahmati kalian..

Ceritanya bermula di sini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam & anaknya yg berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu & menyebarkan risalah bertajuk "Jalan²  Syurga" & beberapa karya Islamik yg lain.

Pernah dengar cerita nie?
Jom kita teruskan membaca..


Pada satu Jumaat yg indah, pada ketika Imam & anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah² Islam itu, hari itu menjadi amat dingin & hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yg masih kering & panas, seraya berkata:
:)"Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut & berkata:
:)"Bersedia untuk apa?" 


Si anak berkata:
:)"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

Si Ayah:
:)"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu & hujan juga agak lebat"

Si anak:
:)"Ayah bukankah masih ada manusia yg akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah: 
:)"Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu: 
:)"Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu² namun menyerahkan risalah² itu kepada anaknya:
:)"Pergilah nak & berhati²lah. Allah bersama² kamu!"

Si anak:
:)"Terima kasih Ayah" 

Dengan wajah bersinar² anaknya itu pergi meredah hujan & susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah² tersebut kepada sesiapa pun yg dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah & memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing² ke sana & ke mari mencari siapa yg akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yg agak terperosok di jalan itu & mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar & ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. 

Ada sesuatu yg memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50-an. Mukanya suram & sedih. 
:)"Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar² seolah² malaikat yg turun dari langit.
:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini & makcik adalah orang yg paling bertuah". 

Dia senyum & tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
:)"Terima kasih nak & Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yg lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya:
:)"Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba² sekujur tubuh bangun dengan perlahan & berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 


:)"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yg kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim."


:)"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas & meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" 

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


:)"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi & tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas & hujung satu lagi diketatkan di leher."


:)"Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba² loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yg menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan & loceng ditekan sekali lagi".


:)"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yg tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher & terus pergi ke pintu"


:)"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yg comel itu. Senyumannya benar² ikhlas & suaranya seperti malaikat".


:)"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yg ALLAH amat sayangkan makcik & sentiasa memelihara makcik. Itulah kata² yg paling indah yg saya dengar".


:)"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu & terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi & tali yang hampir² menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


:)"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yg bahagia, yg menjadi hamba kepada Tuhan yg satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini & itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yg datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yg berteriak & bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yg berada di kaki mimbar & menangis sesungguh² hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yg paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yg amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yg sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yg seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Saya abadikan petikan kisah ini di dalam blog saya, dengan satu pertanyaan: "Apa yang telah aku lakukan untuk bawa diri & manusia lain dapat mengabdikan diri kepada Allah?"

Hanya airmata yg telah menjawabnya... Oh Allah!


Wallahualam..

Friday, April 29, 2011

Mesti Kita Tak PERASAN

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:06 AM

Mari merenung berfikir sejenak...




:/Tahukah anda

Kalau orang yang kelihatan begitu tegar hatinya, adalah orang yang sangat lemah dan PERLU pertolongan...




:/Tahukah anda

Kalau orang yang menghabiskan waktunya untuk melindungi orang lain adalah justeru orang yang sangat PERLU seseorang untuk melindunginya...


:/Tahukah anda 

Kalau orang yang suka berpakaian hitam adalah orang yang ingin tidak diperhatikan, PERLU bantuan dan pengertian anda...


:/Tahukah anda 

* Kalau orang yang terlihat selalu bahagia adalah orang yang mempunyai banyak masalah dalam hidupnya...


:/Tahukah anda 

* Kalau orang itu pendiam dia lebih bahaya daripada orang lain...


Adakah anda setuju dengan kenyataan saya?

Mari sama-sama kita "check" sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Belajarlah memahami orang lain agar lain juga belajar memahami diri kita

"Ya Allah berilah kejayaan di dunia & kebahagian di akhirat untuk sahabat-sahabatku"

Menyayangi anda semua kerana Allah. 


Aku belajar dari pengalaman hidup

Thursday, April 28, 2011

Dia Digelar “Elephant Man”

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:26 AM

Dia digelar “Elephant Man” kerana tumor di mukanya. Lelaki ni berumur 31 tahun & mendapat tumor dimukanya sejak lahir. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal malah membawa kesan dari segi mental & emosi dirinya. Dia terpaksa membawa tumor ni ke mana-mana & mengalami kesukaran untuk berjalan.

Tetapi baru-baru ini, dia mengambil keputusan untuk membuang tumor dimukanya. Kata doktor, kes seperti ini adalah paling jarang & pelik pernah berlaku walau bagaimanapun membuang tumor tersebut tidak menjadi masalah buat mereka.

echina 02 Dia Digelar “Elephant Man”
echina 03 Dia Digelar “Elephant Man”
echina 04 Dia Digelar “Elephant Man”
echina 05 Dia Digelar “Elephant Man”
echina 06 Dia Digelar “Elephant Man”
Kasihan kat dia kan???
Wallahualam

Wednesday, April 27, 2011

Kata² POSITIF Membina Peribadi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:09 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Jom baca dialog antara 2 orang ayah dgn 2 orang anak kecil mereka di tepi sebuah sungai.

Ayah 1: Adik, marilah masuk dalam air ni, janganlah takut. Air ni tak dalam pun. Marilah.

Ayah 2: Adik, marilah masuk dalam air ni. Ikut macam ayah. "Best" ni.


Soalan (macam nak exam je kan?)

Antara kedua anak² itu, anak kepada ayah 1 & anak kepada ayah 2, yang mana satukah akan turun sungai mengikut ayahnya?




Anak 1: Tak nak! Tak nak! Saya takut. Air tu dalam. Saya tak tahu berenang!!! (sambil menangis² & berlari ke belakang ibunya)

Anak 2: Terus berjalan perlahan² ke arah ayahnya, tanpa memandang ke belakang.


Sungainya sama, kedua² ayah ini berada di tempat yg sama, kedalaman yg sama, Tetapi anak 1 tidak berani utk masuk menyertai ayahnya, manakala anak 2 tidak takut utk menyertai ayahnya.

Apakah yg membezakan keduanya???

"Kata-kata."

Ayah pertama, mengajak anaknya, dgn menggunakan kata² negatif. Janganlah takut, tak dalam pun. 

:: Dalam fikiran anak 1 terus berasa takut & terus rasa air itu sangat dalam. 

Samalah bila kita kata pada seseorang janganlah nangis, confirm dari tak nangis terus nangis. Betul tak?

✿ Pentingnya dlm hidup kita mempunyai Positive Attitude atau pun berpandangan positif. 

✿ Jika kita mulakan sesuatu dgn pandangan negatif, maka negatiflah hasilnya. 

Bayangkan sebelum mengambil peperiksaan, awal² dah kata susah & merasakan akan gagal, padahal tak duduk pun lagi. 

Adakah pandangan negatif itu akan membantu kita menghadapi peperiksaan? 

Tambah cuak adalah (betul tak???).

Sama juga dalam apa² yg kita lakukan. 

✿ Jika kita awal² dah mengatakan kata² negatif dlm fikiran kita, semakin sukarlah utk mendapatkan sesuatu yg positif. 

✿ Kalau kita katakan ia susah, maka susahlah yg kita nampak. Kalau kita nampak kegagalan, makin dekatlah kita ke arah kegagalan. 

✿ Tanamkan kata² yang positif. Orang di sekeliling kita bila melihat kita positif pun akan merasakan kepositifan (ada dalam kamus tak ayat nie) itu!



Sekadar berkongsi apa yang saya pelajari pada hari ini. Berjaya menaikkan kembali semangat saya. Harap anda juga.

 Yes! Be positive! I can do it! Wachaa...


Nie saya copycat dari blog SAMBAL TERUNG memandangkan situasi saya sekarang memang sentiasa berfikiran negatif iaitu 

BOLEHKAH SAYA MENGAJAR NIE? TAKUTNYA...  

Tapi Alhamdulillah entry nie sekurang²nya menaikkan semangat saya nak pi praktikum dalam masa 13 hari lagi..

CIKGU HERWANA boleh!!!

Tamat...

Tuesday, April 26, 2011

InsyaAllah PETUA Bermakna

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:49 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Nak kongsi beberapa petua.


Kadangkala banyak perkara yg berlaku dlm hidup kita mempunyai jalan penyelesaian tapi kita selalu mengatakan tidak boleh. Mengapa??? 


Mungkin ini berkaitan dgn minda kita. Apabila kita telah menetapkan dlm otak bahawa kita boleh utk melakukannya maka secara automatik otak menghantar isyarat kepada anggota badan supaya tidak melakukannya & begitulah juga sebaliknya.

Stress tak pembuka kata? 


Macam nak tekan X saja pada tetingkap laptopkan? I know what u think.

Kali ini saya nak berkongsi  sedikit petua mengatasi perkara mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak tapi sesetengah pihak menganggap ia penting kerana berkait dgn nyawa. 


Alhamdulillah buat masa ni petua saya berjaya dgn pertolongan Allah. Kita kembali ke agenda yg lebih serius. (",)



Jika Terlekat Tulang

Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dgn berselawat sebanyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut & hisap jari itu perlahan². InsyaAllah tulang yg terlekat akan keluar dgn mudah.

:: Jangan salah sangka. Bukan niat nak makan tulang tapi begitulah akibatnya kalau makan tengok TV. 

Hilangkan Kesakitan & Bengkak Pada Badan

Campurkan sedikit kapur sirih dgn parutan ibu kunyit & air, buatkan seperti krim. Bubuh tempat yg terkena gigitan serangga & biarkan kering. Kesakitan akan reda & bengkak akan hilang.

:: Apa macam murah tak bahan-bahannya? Cuma perlukan kunyit, kapur sirih & air. Jimat duit.



Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yg berdaun buang kulitnya kemudian celup dlm minyak & panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yg terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. InsyaAllah baik.

:: Kalau terpijak paku nie dah biasa terutamanya pi kenduri kahwin masa kecil dahulu. Budak nakalkan. Nasib baik saya tak kancing gigi sebab pijak paku berkarat selalu.

Apa²pun semua ini bergantung dgn kehendak Allah utk menyembuhkannya. YAKIN pada ALLAH. 

Wallahualam.

Monday, April 25, 2011

Wahai Wanita Yg CANTIK, PERASAN CANTIK, TAK CANTIK

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:36 AM


Assalamualaikum & salam sejahtera. 


Moga kita masih dlm nikmat Iman & Islam. Memandang musim MALAS sedang bertakhta di hati maka hari ni nak kongsi tak pasti artikel @ sajak @ lagu bertajuk Wahai Wanita Yg Cantik Dengarkan Ini yg diambil diciplak dr blog iNTiSYaRuLiSLaM.


Tapi sebelum tu, sebenarnya saya tak setuju dgn artikel @ sajak @ lagu yg diambil dr blog iNTiSYaRuLiSLaM sebab ia hanya ditujukan pd wanita yg CANTIK.


Kalau macam tu macam mana dgn wanita yg TAK CANTIK & PERASAN CANTIK (bukan macam saya)?


Oleh itu, tanpa izinnya saya tukar artikel @ sajak @ lagu yg diambil bukan diciplak dr blog iNTiSYaRuLiSLaM kpd yg di bawah (rujuk artikel @ sajak @ lagu asal di sini).


Kalian semua bolehlah baca dgn nada mendatar @ nada bersajak @ nada berlagu. Ikut keselesaan masing².


Maka supaya adil kpd semua wanita sekalian saya tukar kpd tajuk Wahai Wanita Yg CANTIK, PERASAN CANTIK, TAK CANTIK Dengarkan Ini(bolehkan? Moga Bermanfaat)


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
 Engkau yg diciptakan dgn sangat sempurna oleh Rabbmu
 Indah dgn segala kelebihanmu yg ada


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
 Sering kali "aku" melihatmu berjalan dgn baju yg sangat sederhana
 Bahan yg sederhana, & ukuran yg sangat² sederhana
 Hingga bahagian auratmu yg harusnya tak tampak menjadi tampak


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
 Acapkali "aku" melihat engkau berjalan di hadapan para lelaki dgn pakaianmu yg tidak sempurna
Para lelaki itu menatapmu dr hujung kakimu sampai ke hujung rambutmu
 Mengikuti langkahmu hingga hilang dr pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan!


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
 Suaramu sungguh merdu
 Mendayu² layaknya putri duyung yg sedang bernyanyi
 Bening sebening sumber mata air yg mengalir


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
 Ketahuilah
 Engkau begitu berharga 
 Terlalu berharga
 Engkau bagai intan berlian yg terpelihara di dlm sebuah kotak kaca indah berkunci & terbungkus rapi


Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik

Engkau bukan emas campuran murahan yg diletakkan sebagai pertunjukkan di mana pembeli itu datang, memandang, menyentuh, & memakaimu sewenang²nya lalu meninggalkanmu seandainya hatinya tidak berkeinginan terhadapmu!!


* Bukan, engkau bukan itu (emas campuran murahan) wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik!!


* Engkau intan berlian yg terpelihara di dlm kotak kaca indah berkunci & terbungkus rapi..  Orang yg menginginkanmu tidak berhak menyentuhmu, bahkan mencuba memakainya!


* Tidak, mereka terlalu kotor utk itu… 


* Mereka harus terlebih dahulu membelimu dgn harga yg sangat 'mahal', setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yg utuh, yg belum pernah di‘cuba’ org lain sebelumnya










Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
* Engkau sungguh indah…Bagai bunga mawar yg ketika org ingin mengambilnyaterlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yg kau punyai.

* Bagai bunga edelweiss yg ketika menginginkanmu,  terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, Menantang keberanian & cuaca yg tak bersahabat.

* Engkau bukan bunga bangkai,yg terlihat begitu indah dr kejauhan dgn warna yg menyala yg membuat para serangga tertarik dgn warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk. Ahh… Baumu saja sudah membuat org mual, apalagi memilikimu, mereka pun enggan.

Wahai wanita cantik, perasan cantik & tak cantik
Jagalah amanah keindahan yg ada pd dirimu. Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yg sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu & menampakkan apa yg tak seharusnya tampak. Jagalah itu semua saudariku.

Tutuplah auratmu.
Agar tak ada yg berkeinginan lain terhadapmu. Lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dgn memandangimu dgn pandangan menjijikkan itu! Mereka terlalu kotor untukmu!


Jagalah kehormatanmu saudariku
Lelaki manapun yg belum halal bagimu tak selayaknya menyentuh tubuh & kehormatanmu, walau atas nama cinta sekalipun. Sungguh, cinta & nafsu itu berbeza.

:/Apakah kau khuatir tidak ada yg menyayangimu & menjagamu atas nama cinta?

:/Apakah kau takut tidak akan ada yg mengharapkanmu & merayumu atas nama cinta?



Wahai saudariku, sesungguhnya lelaki yg baik itu adalah utk wanita yg baik
Lihatlah

"Aku" di sini 

"Aku" sangat sedih melihat keadaanmu sekarang 

"Aku" sedih melihat para lelaki itu menzalimimu 

Diri ini terasa tercabik²

Lihatlah di sekitarmu
Bukan hanya "aku" yg menginginkan semua ini yg terbaik untukmu

Lihatlah saudara² semuslimmu 
Walau "aku" tahu, diri ini turut tidak sempurna 
Tapi inilah luahan hatiku agar kau sama² mengikutiku menuju ke jalanNya

Lihatlah kami
Sungguh engkau membuat air mata kami mengalir & menitis dr mata² kami 
Kami di sini sedang memikirkan & berbuat sesuatu untukmu
Agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun
Lihatlah kedua orang tuamu
Apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? 
Sungguh engkau bagai mutiara bagi keluargamu
Mutiara yg mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa
Apakah dgn ini engkau membalasnya?


✿ Jika kau masih kurang dgn ini, Maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yg Menciptakanmu, Yg tiada henti²nya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa dgnNya. 


Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fizikal dr tubuhmu yg indah itu.


Bayangkan, jika Ia tidak menyayangimu, mengapa tidak cabut sahaja nikmat wajahmu yg cantik & tubuhmu yg indah? 


Tapi tidak


Meskipun engkau sering kali melupakanNya, nikmatNya tetap terus mengalir.


Wahai saudariku 
✿ Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yg dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak
✿ Ketika ikatan antara kalian halal & meraih keredhaanNya
✿ Ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala.
✿ Hanya dia yg layak, saudariku.


Wahai saudariku
✿ Sungguh tidak ada alasan lain yg membuat "aku" melakukan ini selain cintaku yg begitu tinggi kepadamu.
✿ Cintaku yg membuak yg membuatkan "aku" memikirkanmu hingga kata² ini kugoreskan. 
✿ Cintaku yg menangis ketika melihat keadaanmu yg terzalimi oleh perbudakan hawa nafsu.
✿ Cintaku yg akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya.
✿ Mari berjalan bersamaku, saudariku.
✿ Temani "aku" dlm perjalanan indah yg tak singkat ini, menuju kepadaNya.



 Jangan keliru antara cinta & nafsu.. 

 Wahai wanita yg cantik, perasan cantik & tak cantik, pelihara dirimu seeloknya agar kumbang yg datang itu turut kumbang yg memelihara dirinya seeloknya dr maksiat. 

 Jadilah kau muslimah acuan Al-Quran :)


Moga bermanfaat.


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...