Photobucket

Thursday, April 21, 2011

Hati, Akal & Jasad

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:07 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera bagi yg sudi menjenguk blog saya. 


Jom baca artikel ini, moga bermanfaat



Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada sifat kemanusiaan.

Manusia & kemanusiaan, hakikatnya dua benda berbeza.

Manusia diciptakan Allah, bukan utk bermain² atau tiada tujuan.

Ramai manusia kabur & tidak nampak apa tujuan dia hidup.

Maka, dia mudah berputus asa. Hidupnya sukar, penuh dgn duka, tidak kenal erti ketenangan & tidak bahagia.

Jiwanya kosong, tercari² matlamat hidup.

Faktor utama ialah kerana tidak tahu.

Moga² artikel pendek ini berjaya merubah keadaan kita yg "tidak tahu" menjadi  "tahu".

Firman Allah dlm surah Al-Mukminun:11
"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain² (tanpa ada maksud) & kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"




Suatu ayat sindir, Allah tujukan kpd kita utk kita sama² muhasabah diri.

Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dgn 3 komponen, iaitu Hati, Akal & Jasad.

Ketiga² komponen ini ada tugas & peranan. 


✔ Peranan hati ialah utk membuat pilihan

Firman Allah dlm surah Al-Kahfi: 29
" ... maka sesiapa yg mahu beriman, hendaklah ia beriman; & sesiapa yg mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."

Dlm hidup, manusia diberi pelbagai  pilihan.

Pilihan samada utk: 
☑ mengalihkan pandangan atau tidak apabila ternampak aurat manusia, 
☑ membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila mendengar azan, 
☑ membuat pilihan samada mahu menegur atau lari apabila mendengar org mengumpat, & lain².

Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yg kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud ''dosa terpaksa".

✔ Peranan Akal pula ialah untuk berfikir. Berfikir akan baik buruk sesuatu benda. Memikirkan kesan, akibat & memikirkan bagaimana mahu mendapat redha Allah. 

Firman Allah dlm surah Al-Isra': 36 
"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yg kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran & penglihatan serta hati, semua anggota² itu akan ditanya tentang apa yg dilakukannya".

Sangat jelas, peranan akal utk berfikir & menilai sesuatu, sebelum bertindak. Contohnya:
 jika aku tinggal solat, apa kesannya kpd aku? 


☑ Jika aku bercouple, apa kesannya kpd aku?

☑ Jika aku tengok filem tu, apa kesannya kpd aku? 


Semua persoalan ini harus dinilai oleh akal.

✔ Akhir sekali, peranan jasad iaitu utk beramal


☑ Tipulah jika kita mengaku kita beriman, tapi tidak beramal.

☑ Tipulah jika kita mengaku beriman tapi tidak dibuktikan dgn perbuatan.

Rasanya tidak perlu huraian yg panjang bagi amal. Cukuplah kita faham bahawa kita tidak dikira beriman selagi kita belum melaksanakan tuntutan iman.

Dgn wujudnya 3 komponen penting ini dlm diri manusia, layaklah manusia menjadi sebaik² makhluk, berbeza dgn haiwan. Namun, dgn anugerah hati, akal & jasad ini, Allah telah memberi kita amanah  sejak kita di alam roh hingga hujung nyawa.

Amanah yg memerlukan kpd pengorbanan & perjuangan.

Apakah amanah² itu?

Ia adalah tuntutan ibadah & menjadi khalifah.

Firman Allah dlm surah Adz-Zariyat: 56
"Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".






Tiada persoalan, tiada bantahan. Jelas.

Selain beribadah, kita juga adalah khalifah di muka bumi ini. 

Ini dinyatakan dgn jelas oleh Allah dlm ayat ke 30 surah al-Baqarah;
"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".

Sesuatu yg kita harus hayati ialah bagaimana utk kita melaksanakan 2 perkara dlm satu masa, iaitu beribadah & menjadi khalifah.

Secara teori, ia mudah krn menjadi khalifah itu sendiri ialah ibadah krn segala perbuatan kita adalah ibadah kpd Allah s.w.t. Kita diperintah oleh Allah utk memakmurkan bumi.

Maka, jika org tanya saya apa matlamat hidup saya, saya akan menjawab saya mahu menjadi manusia yg bermanfaat.

Matlamat hidup, tujuan hidup & apa yg saya kejar di dunia ini hanyalah apa yg Allah suruh iaitu menjadi manusia yg bermanfaat & sentiasa beribadah kpd-Nya.

Akhir sekali, selepas kita diberikan amanah, Allah menyediakan balasan kpd kita. Jelas, orang² yg berusaha menunaikan amanah, Allah sediakan syurga & bagi manusia yg tidak tahu, tidak mahu & tidak peduli dgn amanah ini, Allah sediakan neraka. (Nauzubillah).


Kesimpulan


Saya juga masih mencuba² utk menjadi manusia. Manusia yg ada "fungsi", ada matlamat & ada tujuan.


Ia memang tidak mudah, tapi cukuplah jika Allah tahu saya berusaha & akan terus berusaha sehingga saya mati.

Semoga usaha saya ini diterima Allah s.w.t.

Sumber: ILUVISLAM

Kumerenung jauh sejauh mana telah menjalankan AMANAH dari PENCIPTAKU...http://www.emocutez.com

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...