Photobucket

Thursday, October 4, 2012

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga: Siri 4 (Akhir)

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:05 AM 6 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini adalah sambungan dari cerpen Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 3. Bagi sesiapa yg belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari:




Aiman terpisat² bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yg hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.

Sayang. Aiman memangku Syahirah yg lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu.

Ha, ini tuan yg membunuhnya! terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dlm rumahnya.

Bukan saya.

Dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa. Tangan Aiman bergari.

Bukan saya! Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu.

Abah! Bukan Aiman! Abah! Anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dgn air mata berlinangan.

Kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni. sayu abahnya berbicara.

Bukan Aiman bah! Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi, umi & alongnya.

Abi, bukan saya, umi! Meronta² Aiman.

Sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yg waras nak mengaku kau bunuh adik aku! herdik abang iparnya yg mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta.

Bukan saya! Abi! Umi! Percaya saya.

Cepat bawa dia! arah alongnya.

- - Ya Allah dugaan apa yg KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dgn isteri hamba. Ya Allah, semoga dia selamat. - -

Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang. Bantu hamba Ya Allah.



******************************


Haji Amran melawat menantunya di penjara.

Abi, percayalah saya. Haji Amran senyum.

Sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah.

Abi, macam mana keadaan Syahirah? Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya.

Abi kenapa dgn isteri saya? Haji Amran hanya senyap & senyum terpaksa.

Bersabarlah Aiman, berdoa banyak². Doa itu senjata muslim gunakan sebaik²nya. Haji Amran bangun dari kerusi itu.

Abi, jawab saya abi. Syahirah macam mana? Mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.

Abi, kena pergi dah ni. Banyak²kan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum. Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata² abinya itu.

Ya Allah, hamba tak kuat.



******************************


Encik, saya nak sejadah & tafsir Al-Quran. kata Aiman pada warden yg menjaganya itu.

Alhamdulillah, sepanjang dia di penjara itu warden² di situ berlembut dgnnya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.


Al-Quran, the love letter from Allah – isterimu.


Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat² suci itu. Basah tafsir itu dgn air matanya. Allah.

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN


******************************


Alhamdulillah. Berulang² ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.

Bebas juga saya abi. kata Aiman.

Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dgn anggota polis yg menemui kain yg menerkup kamu itu & dompet perompak yg tercicir itu. Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah.

Abi, jom jumpa Syahirah. Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. 

Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. Abi, kenapa di sini?

Turun dulu Aiman. Jom. Ajak Haji Amran.

Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doktor.

Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu.

Maaf, dia tak dapat diselamatkan. Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.

Barah hatinya dah kriktikal. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.

Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu & dikucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah.

Ya Allah beratnya ujian ni.

TAK!!! jerit Aiman & terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu.

Sabar Aiman, bawa mengucap.

Bukan Ira abi. Bukan dia. tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman.

Dah ditentukan ajalnya. Sebak Haji Amran.

Tak…Tak…Bukan dia. sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.

Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah? Syahirah.

Air mata lelakinya deras mengalir.



******************************


Hmmm... Kenapa harus begini?

Aiman menutup buku agama yg dibacanya itu. Buku itu diletak di sisi katil. Pelipisnya digosok. 

Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke realiti. Abah & abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. 

Waktu itu, hanya Tuhan sahaja yg tahu betapa sedihnya dia kehilangan orang yg disayangi dlm sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.

Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa membacakan Yassin utk isterinya. Isterinya yg solehah. Inspirasi hatinya. 

Aiman turun dari katil & keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah & mamanya di villa mereka.

Aiman, nak pergi mana? Dia senyum.

Ma... Aiman menghampiri mamanya & dicium tangan wanita itu.

Nak keluar.

Pergi mana malam² ni? soal abahnya pula. Aiman bersalaman dgn abahnya pula.

Hmmm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.

Waalaikumussalam.



******************************


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat & solat sunnat yg lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.

Assalammualaikum. Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya.

Waalaikumussalam.

Anak musafir ke? Dah lewat malam ni. Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam.

Saya ingat nak tidur sinilah pak cik.

Oh, kalau begitu pak cik balik dululah ya. Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil utk dijadikan bantal. Aiman membaringkan badannya.

Aiman menadah tangannya utk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba dilelapkan. Tiba², mata Aiman terpandang seseorang.

Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yg senyum memandangnya dgn siap bertelekung.

Sayang. Aiman menggenggam tangan Syahirah.

Jangan tinggal abang lagi. Tangan itu dikucup. Syahirah hanya senyum & menarik tangan Aiman agar mengikutinya.



******************************


Lemah lutut Dato Rahimi & isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yg dikatakan pemanggil itu.

Tuelah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan jelah. Tak tahu pula saya yg ajalnya dah makin tiba. Sebak Dato Rahimi mendengar.

Terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia utk bangun Subuh tapi tak bergerak², tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.

Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung & menantunya di bawah rahmatMU. Al-Fatihah.


**************** TAMAT **************



Alhamdulillah tamat juga. 

Kadang² dlm hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yg kita rancang terkadang tak sama dgn apa yg kita akan dapat. 

Utk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yg baik sebab dia sempat mendekati dirinya dgn ALLAH, dia juga dlm keadaan yg bersih. 

Bagi kita? 

Wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah diazan atau diiqamatkan. Ayat pertama yg kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga diakhiri dgn kalimah yg indah. 

Mari kita berusaha menjadi hamba yg baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yg menanti.

Keseluruhan cerita dipetik dari blog AKU ISLAM.

6 123 Bingkisan Sahabat:

sedihnya ending.., tp itulah realiti kehidupan.. xsmua yg kita mahu kita dpt sbb Allah nk bg yg kita lebih perlukan.

sedihnya ending.., tp itulah realiti kehidupan.. xsmua yg kita mahu kita dpt sbb Allah nk bg yg kita lebih perlukan.

sedihnya ending.., tp itulah realiti kehidupan.. xsmua yg kita mahu kita dpt sbb Allah nk bg yg kita lebih perlukan.

Hakikat Hamba >> semangat komen sampai 3..hihi..betul2x..sedih gak msa edit hr tu..T_T..kita merancng Allah juga merancng.. perancangan Allah plg baik ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...