Photobucket

Wednesday, October 3, 2012

Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 3

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:18 AM 9 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ini adalah sambungan dari cerpen Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 2. Bagi sesiapa yg belum mengikuti kisah ini, boleh mengikuti  kisah ini dari:




Aiman, kamu nak jadi apa ni! tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting.

Kamu dengar tak ni? Hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? Ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni! Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.

Abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.

Dato Rahimi memandang sinis anaknya. Bukan kamu jolikan semua duit tu?

Abah.

Dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settlekan semua bil² ni! Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu.

Abah, saya takda duit banyak tu.

Abah tak peduli. Kamu buat apa yg patut! Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah…


Tiba² telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.

Assalammualaikum. Lemah Aiman menjawab.

Waalaikumussalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang!

Errr, kenapa along?

Kau balik je! Tersentap Aiman tatkala talian dimatikan. Tak tahu pula dia yg abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cutilah. Syahirah seorang ustazah yg mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.

Along, tolonglah jangan buat kecoh dekat sini. Rayu Syahirah.

Eh, kau diamlah dik. Aiman melangkah masuk ke rumah.

Assalammualaikum.

Hah, sampai pun kau. Aiman menghulurkan tangan utk bersalam dgn abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.

Kenapa along?

Aku nak bawak Syahirah balik. Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yg telah pun berair mata.

Tapi kenapa?

Kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan! herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.

Along tak boleh buat macam ni.

Apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dgn dia kau dah berubah rupanya hampeh je.

Along, kenapa along cakap macam tu? Syahirah yg tadi berair mata membela Aiman.

Kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami! Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.

Saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!

Hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur! Marah Syahir lagi.

Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yg abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!

Abang, tolong. sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.

Saya izin. Sebak.

Saya izinkan awak balik.

Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata dipejam.

Abang. Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yg membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah, beratnya dugaanMU.


******************************


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil²nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau ditekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.

Awak. Esakkan itu masih lagi berbunyi.

Ira. Awak.

Sampai hati abang. Aiman senyap.

Saya buat macam ni agar awak senang.

Takda istilah senang kalau saya kena tinggalkan abang sorang² lalui kepayahan.

Awak tak faham. sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi.

Abang, biarlah susah senang kita bersama. Aiman senyap.

Abang, tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yg solehah. Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dgn kata² isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.

Abang, tolong jangan senyap macam ni. Saya bersalah sangat ni.

Sayang tak perlu rasa bersalah. Terdiam Syahirah. Ya Allah...

Abang, cuba tengok kertas yg saya tampal dekat meja study saya itu. Aiman bangun & menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja².

Cuba abang baca.

Rasulullah s.a.w bersabda: Mukmin yg kuat lebih baik & lebih dicintai oleh Allah drpd Mukmin yg lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal² yg bermanfaat bagimu & minta tolonglah kpd Allah & janganlah engkau menjadi tak berdaya. (Muslim)

Aiman beristighfar. Mata dipejamkan seketika.

Sayang, abang betul² tak kuat. Buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga.

Abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah & senang.

Tapi abang tak kuat nak berhadapan dgn along & semua orang.

Abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa utk membawa saya kembali. Aiman hanya diam.

Istikharahlah abang, minta petunjukNYA. Assalammualaikum. Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian dimatikan. Aiman menarik nafasnya.

YA ALLAH...


******************************


Nasihat Nabi s.a.w kpd Ali r.a: 

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda²nya:
1) Jujur dlm berkata².
2) Menjauhi segala yg haram. 
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang JUJUR itu ada 3 tanda²nya:
1) Merahsiakan ibadahnya. 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang BERTAKWA itu ada 3 tanda²nya:
1) Takut berlaku dusta & keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yg halal krn takut jatuh dlm keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda²nya:
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyak ibadah kpd Allah s.w.t.

Assalammualaikum. Aiman menoleh.

Waalaikumussalam. Eh, ustaz. Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.

Baca artikel apa itu?

Nasihat Rasulullah pada Ali.

Oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik? Aiman senyum.

Tenang duduk dekat masjid ni.

Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut? Aiman sentap.

Hmmm, dia balik kampung.

Oh. Eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.

Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama.

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya, Rasa bahagia dgn ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiyah Allah, tersiram rahmat & hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayangNya.

Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dgn isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yg banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek utk membayar semua bil² syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong tapi dia yg mensia²kan. Tapi itu dulu, sekarang lain.

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu & senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dgnnya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yg masuk. – Aiman

Solat Dhuhalah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa & berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu.

InsyaALLAH. – Aiman


******************************


Assalammualaikum, abi. Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran.

Waalaikumussalam. Aiman, kenapa ni? Nada risau.

Abi, saya… saya... Tak terluah oleh kata².

Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati & kamu fikirlah baik². Bersabar ya Aiman.

Terima kasih abi. Selepas salam berbalas. Talian dimatikan. Syukur, abinya seorang yg memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden krn seorang dekan di sebuah universiti terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat.

Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati & kamu renung²kanlah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Astaghfirullahalazim.


******************************


Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dlm rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.

Abang please, jangan tinggalkan saya lagi. esak Syahirah. Aiman yg terkedu itu mengesat air mata Syahirah.

Shhtt, abang dah datang ni. Jangan nangis lagi ya. mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk & memandang abi & uminya.

Jaga dia baik² Aiman. Pesan Hj. Amran.

Terima kasih abi, umi. sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat dgn alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini.

Kami balik dulu abi, umi. Aiman bersalaman dgn kedua mertuanya itu dituruti Syahirah.

Assalammualaikum.

Waalaikumussalam.



******************************


Saya sayang abang. Luah Syahirah sewaktu mereka dlm kereta perjalanan utk pulang ke rumah. Aiman yg tengah memandu itu senyum.

Saya pun sayang awak juga. Syahirah senyum senang.

Ira… panggil Aiman.

Ya? Syahirah memandang suaminya yg tengah memandu itu. Aiman diam sekejap.

Thanks.

Thanks utk apa?

Sebab awak saya dah banyak berubah. Syahirah ketawa kecil.

Bukan sayalah tapi Allah. Allah yg ketuk pintu hati abang.

Tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah.” kata Aiman. Syahirah senyum.

Saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz. Aiman mengangguk dgn mata yg masih lagi fokus memandu.

Thanks lagi sekali.

Dahi Syahirah berkerut. Utk apa pula?

Settlekan bil² syarikat tu.

Kita suami isteri kena saling membantu.

Mana Ira dapat wang banyak macam itu? Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yg dikumpul sebelum kahwin lagi utk dia menunaikan haji & utk kos perubatan barah hatinya yg dia rahsiakan drpd abi, umi & along. 

Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung krn dia akan sentiasa mengingati mati & bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah, hanya dia & Allah yg tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

Sayang, mana awak dapat wang banyak macam itu? Syahirah terkelu.

Hmmm, rezeki Allah.

Dari mana? Tak akan turun dari langit kot? soal Aiman lembut.

Abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya. Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yg dia soal tadi. Kereta dibelokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.

Tiba², Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.

Awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum.

Biasalah ni, panas tu yg berdarah tekak tu.

Kita pergi klinik. Syahirah dah pening.

Tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.

No, nampak serious ni. ujar Aiman yg melutut di sisi Syahirah yg duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yg dibuat².

Abang ni, panas je lah ni. Saya nak pergi toilet jap. Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba² berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dgn pandangan dia menghantar isterinya itu.

Sebak tiba² hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik² sahaja.


******************************


Abang, bangun. Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya.

Encik Aiman, bangun. kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni? Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.

Abang, abang bangun. Aiman membuka matanya perlahan².

Hmmm, kenapa sayang?

Abang, jom buat qiamullail berjemaah. Kita tak pernah qiamullail berjemaah. Aiman duduk menghadap Syahirah.

Dah pukul berapa?

Hmmm, 4.30 pagi.

Jom. Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin utk menjadi imam tidak sia² dia ke pondok agama hari itu.

Sayang ambil wudhuk dulu.

Okay.

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.

Mimpi ke reliti ni? seloroh Aiman & memegang pipinya yg di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus & masuk ke bilik air. Selesai berqiamullail & membaca doa Aiman bersalaman dgn Syahirah.

Abang, saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa & menyakitkan hati abang. Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat.

Halalkan semua makan minum. Aiman menarik Syahirah dlm pelukkannya.

Abang pun nak minta maaf tersalah kata & menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.

Allah makbulkan doa saya utk dapat suami yg soleh. Kata Syahirah & senyum. Aiman hanya senyum.

Hmmm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak? Syahirah geleng.

Boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah. Aiman mengangguk.

Oklah. Nanti abang belikan sarapan.

Okay, saaaaayang abang! lirih Syahirah & senyum.

Sayang awak juga.


******************************


Aiman memasukkan keretanya ke dlm porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yg mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!!

Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam & bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yg pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.

Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya.

Sayang!!! jerit Aiman melihat Syahirah yg menahan sakit akibat ditikam dgn pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dgn kain yg mengandungi bahan kimia yg membuatkan Aiman tidak bernafas & pengsan.


bersambung...


=> Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga – Siri 4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...