Sunday, October 21, 2012

Aku bersama Su, Zu, As, Mag & Is…

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:13 PM No comments


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie nie cik Wana nak share kisah PERSAHABATAN dgn Su, Zu, As, Mag & Is.


Aku & Su
Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul² lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat² pukul 8. Kelam kabut aku bersiap utk ke kelas, mana tidaknya malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmallah, latihan Kaedah Berangkalah, ulasan bukulah. Tu belum lagi dgn preparation kuiz elektronik esok. Lecturer² ni pun satu, macam dah pakat ramai² je nak bagi assignment banyak². Mereka ingat aku ni apa? Robot ke?

Menyesal aku tak siapkan awal² assignment tu. Kalau tak, tiadalah ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau tapi kau faham² je lah keadaan aku. Bukan kau seorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk.

Aku & Zu
Kasihan Zu. 'Sorry' bebanyaklah, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul 1. Tu pun kalau tiada kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar² tu aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekena nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah terus tidur. Kadang² sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time²' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tahu kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku tiada masa, Zu.

Aku & As
As, kau seorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau saja sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang² aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap² ada je program. Aku kena jaga anak² buah aku tu. Mereka tu bukan tahu sangat buat kerja. 

'Meeting' pula tu, bukan tahu nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak² kosong lagi. Mereka ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswalah kononnya.

Aku & Mag
Mag pun aku dah ingat² lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yg lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat 'Coach' nak pilih pemain² handal saja utk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. 

Aku pula mestilah berlatih bersungguh². Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besarlah aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan² aku semuanya kaki bola. Mereka semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik seorang²lah aku. Aku dahlah menumpang motor orang. 

Balik saja dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak² penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member² aku semua ajak keluar makan.

Aku & Is
Aku tahu ada temujanji dgn Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member² aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti mereka kata aku sombonglah, macam². Tu yg aku tak nak dengar tu. Dah tu kami lepas makan, sembanglah pula. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam, layan pulak VCD Hindustan lepas tu dgn member². Is, 'sorry'. 'Last²', semuanya aku tinggalkan.

Kawan² semua utk pengetahuan kalian, nama sebenar kawan² aku tu Su, Zu, As, Mag & Is, masing² adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak

Kalian semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dgn sepenuh jiwa & raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yg sebenar, yg akan "backing" kita kat akhirat nanti. 


Semoga cerita rekaan yg tiada kaitan dgn sesiapa ni menjadi pengajaran & iktibar kpd kita semua.

Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...