Monday, October 8, 2012

Sahabat, Doakan Saya...

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:07 PM 6 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah sehingga saat ini masih dipinjamkan oksigen drpd Pemilik Mutlaknya yakni Allah s.w.t. Syukur sangat² sebab kalau oksigen dah ditarik tak sempatlah utk cik Wana menulis entri mohon sedikit doa drpd kalian semua.


Saya teringat satu kisah yg sangat² memberikan kesan dlm kehidupan saya. Guru² saya di semenjak sekolah rendah sangat menerapkan DOA. Jadi, saya sudah dibiasakan dgn Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu² doa yg mustajab seperti ketika hujan & sebagainya agar saya rajin berdoa & doa saya dimakbulkan. 

Jadi, bila Allah anugerahkan kejayaan, saya sentiasa rasa itu sebab saya doa dgn bersungguh². Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yg saya dengar itu begini:

Kisah seorang Abang & seorang Adik.
Kedua²nya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yg soleh. Kedua² anak dididik utk bergantung harap dgn Allah SWT.

Si Abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.

Dia meminta kpd ALLAH agar dipertemukan dgn isteri yg cantik lagi kaya. Dia juga meminta kpd ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yg buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dgn melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas & kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yg cantik lagi kaya dgn Abang. Perempuan itu jatuh hati kpdnya lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh & kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka & meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dgn ALLAH, melewat²kan solat, jarang membaca Al-Quran tapi tidak pernah lalai utk meminta kekayaan drpd ALLAH. 

Kalau masuk dlm bab perniagaan iaitu kekayaan dunia maka berbondong² doanya kpd ALLAH. Dan ajaibnya Allah beri apa yg dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si Adik pula hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana dgn kelemahannya sebagai seorang buta huruf. Dia hanya mendapat kerjaya sederhana & terus menjaga rumah pusaka. Si Adik juga rajin berdoa

Si Abang tahu si Adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat hidup adiknya tidak berubah². Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,

Si Abang berkata dgn sombong:
Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dgn Allah ni. Berdoa pun masih tengok² kertas. Tak cukup hebat.

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur krn padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana di dlm rumah pusaka, dgn doa melihat kertas saban hari & kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. 

Satu hari, Si Adik meninggal dunia.

Ketika Si Abang mengemas² rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yg adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak² apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:
Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dgn adiknya. Adiknya kekal taat kpd ALLAH & tidak meringan²kan urusannya dgn ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kpd ALLAH malah tidak meminta apa² utk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya bukan doanya yg makbul tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya & buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang² kita bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha² kita.

Aku buat beginilah yg jadi begini.

Doa aku makbul seh!

Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan kita tak tahu, mungkin yg makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat² kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru² saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat² karib saya, yg teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.

Kita ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yg lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yg makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. 

Sebab itu, jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yg makbul. Pulangkan semuanya kpd Allah.

Doa itu sebahagian drpd usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga bermanfaat post ini. Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dgn kita. 

Sumber:Anak muallaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...