Photobucket

Saturday, July 23, 2011

Petua² Sana Sini

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:59 PM 3 comments


Orang² tua Melayu pd zaman dahulu memang kaya dgn petua yg berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis & macam² lagi petua yg berguna & menarik. 

Adakah petua² yg diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? 

Bagi saya tentulah petua² tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kpd genarasi yg seterusnya. Ianya merupakan satu warisan Melayu yg tidak ternilai yg ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja & menyelesaikan masalah yg dihadapi pd zaman tersebut. 

Di bawah merupakan antara petua yg ringkas, mudah & berkesan yg boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan Wanita & Surirumah. Selamat mencuba..

  1. Petua menghilangkan bau nasi hangit. Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yg berisi nasi hangit hendaklah ditutup dgn daun pisang. Alas dgn surat khabar kemudian barulah ditutup dgn penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.


  2. Petua menghilangkan bau hanyir ikan, sotong & udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga. Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang & sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya & disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan & kepala kanak².


  3. Petua untuk mudah kupas kulit bawang. Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.


  4. Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut. Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.


  5. Petua mengelakkan hati lembu yg dimasak menjadi keras. Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah & rencah yg diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit & terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.


  6. Petua untuk menanggalkan getah buah²han yg terkena pada pakaian. Pakaian yg terkena getah buah²han jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yg baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali & kesan getah akan hilang.


  7. Petua mencuci pakaian yg terkena minyak. Mencuci pakaian yg terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yg terkena minyak & sental untuk seketika sebelum digosok dgn limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dgn sabun.


  8. Petua menuang air yg mendidih pada gelas kaca. Air yg baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yg betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang air.


  9. Petua untuk mengelakkan jemput² daripada menjadi keras. Untuk mengelakkan jemput² daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.


  10. Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat. Kuali baru atau yg tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa² makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak & biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing.

3 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...