Photobucket

Friday, January 29, 2010

Corat Coret PRK: Aku MENANG

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:58 AM 4 comments

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum & salam sejahtera.


Syukur ke hadrat Illahi kerana Pilihanraya Kampus (PRK) dapat dijalankan dgn baik walaupun banyak perkara yg perlu dibaiki dari semasa ke semasa.






Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua yg membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang PRK yg bermula 22 Januari 2010 yg lalu.


Terima kasih kpd sahabat saya, NUR HAFIZAH ABDUL HALIM merangkap sebagai pencadang & PA saya sepanjang PRK yg lalu. 


Terlalu banyak perkara yg dilaluinya seperti dimarah tatkala aku ke kelas atau makmal sendiri. Semua orang menjaga keselamatanku. Tidak pernah aku merasakan perhatian drpd sahabat² sehebat itu. Aku hanya memberitahunya tidak perlu risau tentang diriku krn Allah sentiasa bersamaku.


Utk Adik PUTERI NOR AISYAH, syukran atas menjadi penyokong akak menjadi calon MPP. Semoga pengalaman yg amat berharga ini menjadi titik tolak utk adik terus maju ke hadapan.


Kpd Adik-beradik IMAN saya, tiada kata dapat diucapkan. Kalian semua memberi kata² semangat tatkala perasaan gelisah & resah.


Kpd sahabat² yg membantu membuat banner, memasang poster, membuat flyer & lain². Jazakallahu Khairan Kathira.


Kpd wakil² calon saya yg sentiasa berkempen utk saya: Cikgu Fadh, Tarmimi, Azlina, Kak Atta & Kak Afifah terima kasih saya ucapkan.


Tiada apa-apa yg dapat kuhadiahkan kpd kalian semua melainkan mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hanya Allah yg dapat membalas segala²nya. Semoga segala titik peluh antum semua menjadi saksi di akhirat kelak.


Buat Sahabat AT14, sayang kalian semua. Semangat kalian turun bila saya membuat rapat umum.


Terima kasih kpd budak² Sabah yg sentiasa memberi dorongan padaku walaupun tidak mengenali insan lebih mendalam.


Kpd yg para pengundi HERWANA HERMAN, syukran krn mengorbankan undi² kalian pada saya. Terima kasih memberi saya kepercayaan kpd saya utk menjadi wakil kalian dlm FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI.


Buat sahabat SMSL yg kurindui, terima kasih atas sokongan kalian semua. Mesti kamu terkejut melihat perubahan HERWANA. InsyaAllah kalau tiada aral melintang sama kita jumpa sebelum NAJLAA keluar negara.


Buat penyokong MAHASISWA PENDIDIK, mantaplah kalian semua. Kudoakan kita semua menjadi pendidik yg dapat mencorak generasi masa hadapan bukan sahaja dgn ilmu dunia tapi ilmu akhirat juga. Amin






Tidak putus² ucapan tahniah & takziah aku perolehi drpd kakak² & sahabat² apabila mendapat tahu aku menang dalam Pilihanraya Kampus.

Ya Allah, entah bagaimana hendak mengambarkan perasaanku menjadi salah seorang pemimpin.

Suatu perkara yang tidak pernah aku impikan. Biasanya aku selalu menjadi orang bawahan. Kini aku berada di atas untuk membawa suara² mahasiswa.

Ya Allah, permudahkan urusan hambamu ini.

"Setiap kamu adalah pemimpin & setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin & akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin & akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya & akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kpd harta benda yg diamanahkan kpdnya & dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap² kamu adalah pemimpin & kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu." (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi & Ahmad)

Bukan mudah menjadi pemimpin. Kelak akan dipertanggungjawab atas segala yg dipimpinnya. Setiap salahlaku & perkara tidak syarak yg berlaku di bawah kepimpinannya, maka sang pemimpinlah yg akan bersama² menanggungnya.

Pemimpin bukanlah suatu jawatan yg perlu direbut²kan & dibangga²kan; sebaliknya ia perlu diinsafi & digeruni akan tanggungjawab besar yg menanti.

Drpd Abu Musa r.a. katanya: Aku & dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kpd Nabi s.a.w.. Salah seorang drpd dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Yg seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya kami tidak melantik dlm urusan ini sesiapa yg memintanya atau bercita² utk mendapatkannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)



 Kpd sahabat yg menang pilihanraya, jangan terlalu gembira & jangan pula terlalu sedih. Sama²lah kita berusaha utk menjalankan amanah yg bakal kita pikul.

 Bagi yg kurang berjaya La Tahzan, itu adalah yg terbaik utk kalian. Mungkin kalian mempunyai peranan yg penting lagi dlm posisi yg lain.

Maaf sekiranya sebarang kesalahan saya lakukan sepanjang PRK yg lalu.

Semoga sahabat² sekalian dapat memberi semangat, tunjuk ajar & pertolongan tatkala aku memerlukannya.

Saya tidak ingin sahabat di belakang saya tapi berada di sisi saya bersama² dlm kabinet MPP. Jangan biarkan diri ini terumbang-ambing. Tanpa anda semua siapalah saya.

Intelektual Mencorak Mahasiswa Pendidik

Wallahualam

4 123 Bingkisan Sahabat:

InsyaAllah kami akan sentiasa disisi wana susah dan senang...

Sama-sama kita bawa suara Islam dan meletakkan Islam ditempat yang paling mulia

salam cik her..

congrats sbb menang pilhanraya.menjadi pemimpin itu bukanlah mudah,tapi ak tau ko boleh buat.moga Allah bersama mu..muhajadah2!!ingatlah,seorang hamba itu tidak akan dibebankan melainkan dengan kemampuannya

:)

salam dik...

Selamat memulakan satu medan baru...
Kena jadi seorang y sangat tersususn terutamanya dr management masa..spun terkadang kita akan ada jugak tertekan..
itu lumrah...
Ingat jaga emosi..
Mengadu pada Allah kerana DIA kekasih yang satu y paling setia jika kita setia...
Jangan putus kebergantungan pd ALLAH..
Tetapkan prinsip..Jaga ibadah dan akhlak...
Ingat bersabar, bersabar dan bersabar!!!
Banyak hikmah jika kita bersabar..tp tengok situasi...

Melangkah dengan yakin kerana ALLAH sentiasa disisi

baru perasan ada komen yg xbalas lg..
huhuhu..
dah jd mantan baru perasan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...