Photobucket

Tuesday, January 19, 2010

Zainab Al Ghazali: Tauladan Buat Muslimah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:51 PM No comments

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Mulianya Zainab Al Ghazali Tauladan Buat Muslimah
Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki & wanita, wanita yg pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya utk Allah dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini & dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tapi dakwah akan sentiasa bertunjang dlm diriku…  


Kenyataan di atas adalah Untaian hikmah dari al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting namun ia tidak lagi sepenting itu lagi baginya jikalau ia bertembung & menyimpang dari tujuan dakwah. Beliau menuntut janji demi sebuah perjanjian rabbani yang abadi.

Pada 30 November 2009 aku telah mula membaca buku yg bertajuk: Hari-Hari Dalam Hidupku. Sedikit demi sedikit akhirnya aku tamat membaca buku ini walaupun tidak hadam. Kesusahan utk menghayati kandungan buku amat sukar. Geram seperti ingin saja diketuk² kepala orang yg suka menghukum orang lain tanpa periksa.

Alhamdulillah akhirnya dapat 19 Januari 2010 "Hari-Hari Dalam Hidupku - Zainab Al-Ghazali" telah berjaya kuhabisi. Buku yg berkisar tentang kehidupan seorang pejuang muslimat di Mesir dlm era pemerintahan kuku besi Jamal Abdul Nasir.

Buku ini menceritakan bagaimana seorang mujahidah berjuang bersungguh² utk menegakkan kalimat suci di bumi suci Mesir. Bagaimana dgn pendirian & Ikrar suci kpd Allah rabbul'alamin serta usaha yg bersungguh² ke arah mengembalikan bumi Mesir utk berada di bawah naungan Islam yg begitu murni & indah, membuatkan beliau di humban ke dlm penjara tentera milik Jamal Abdul Naseer.


Pada era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, puluhan ribu, malah ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara & diseksa. Zainab al Ghazali dgn sepenuh kemampuan yg dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan keluarga mereka yg dipenjarakan. Pelbagai bantan kebendaan & rohani dihulurkan.


Rancangan utk membunuhnya telah dilakukan. Akhirnya beliau ditangkap & dipenjarakan & bermulalah siri penyeksaan ke atasnya tapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat² penyeksaan di dlm penjara, Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar beliau diseksa dgn penyeksaan yg berat.


Beliau dipukul dgn tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dgn anjing² yg ganas, direndam seharian dlm penjara air, dipenjara dgn tikus & pelbagai lagi seksaan yg berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dgn penuh yakin akan janji Allah: 


"Cukuplah Allah menjadi penolong kami Allah adalah sebaik² pelindung".


Di sana, beliau diseksa seperti binatang utk mengaku merancang pembunuhan Jamal Abdul Naseer. Beliau juga dipaksa utk melontarkan tuduhan² palsu terhadap kepimpinan Ikhwan Muslimin di Mesir atas tuduhan bersubahat dlm rancangan membunuh Jamal Abdul Naseer.


Namun demikian, berbekal iman yg jitu beliau tetap dgn pendirian beliau bahawa yg Haq tetap yg Haq & g batil tetap batil.


Beliau juga tetap dgn pendirian bahawa beliau tidak akan sama sekali mengkhianti sahabat² beliau yg juga bersungguh² menegakkan syariat Islam di bumi Mesir sekali pun beliau di seksa dgn 1000 macam seksaan.


Sehingga akhirnya, sebahagian besar drpd sahabat² seperjuangannya ada yg dihukum gantung sampai mati, antaranya adalah as-Syahid Sayyid Qutb & juga as-Syahid Abdul Fatah Ismail& ada juga yg dihukum utk dipenjarakan seumur hidup. Beliau tetap dgn pendirian bahawa tujuan asal mereka adalah mengembalikan kegemilangan Islam di bumi Mesir, bukan seperti yg di tuduh oleh Jamal Abdul Naseer & konco²nya utk menggulingkannya.


Akhirnya beliau keluar drpd penjara pada tahun 1971. Semangat serta keyakinan terus membara & beliau tetap thabat di jalan dakwah.



Zainab al-Ghazali - Hamidah Qutb (1965)

Bila saya habis membaca buku ini, saya terfikir sejenak. Terbayang saya bagaimana seorang wanita yg dikatakan lemah & lembut dlm perlakuan begitu tegas & berani bila mana perihal berkaitan dgn Islam dicabar & digugat.

Beliau tidak pernah gentar utk berhadapan dgn lelaki² ganas yg kabur dgn permainan dunia & tipu helah taghut ketika diseksa mereka dlm penjara tentera selama setahun.

Bandingkan beliau dgn wanita² masa kini, amat jauh sekali perilaku mereka. Dewasa ini, jarang saya menjumpai wanita² yg begitu teguh iman mereka mungkin saya juga termasuk dlm golongan mereka. 


Astaghfirullahalazim. Ya Allah berikanlah aku hidayahmu.

Alangkah dahsyatnya fitnah yg berlaku dewasa ini. Moga kita dijauhi drpd tergolong dlm golongan ini.

Dgn tindakan umat Islam masa kini yg tidak menjadikan Al-Quran & As-sunnah sebagai perlembagaan tertinggi dlm hidup, Islam kini di pandang hina oleh sebilangan besar masyarakat dunia.

Islam seolah² boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja yg difikirkan berkuasa. Bahkan terdapat juga dlm kalangan umat Islam itu sendiri, sanggup membelakangi Al-Quran & As-Sunnah hanya semata² utk memenuhi jiwa yg dikuasai kegelapan taghut.

Namun demikian, penghinaan yg ummat Islam terima hari ini tidak semestinya berlanjutan. Tidak semestinya kita kekal dgn penghinaan ini. Kita boleh ubah penghinaan ini dgn membawa kemuliaan semula kpd umat dunia seperti mana baginda Rasulullah SAW & orang² yg mengikutinya membawa kemuliaan Islam kpd seluruh dunia suatu ketika dahulu.
Bagaimana hendak mendapatkan kemuliaan ini? 


Bagaimana hendak mengembalikan maruah umat yg tercalar ini?

Jawapan itu hanya terdapat dlm diri setiap Individu yg bergelar muslim.


Seperti yg ingin disampaikan oleh Zainab Al-Ghazali di dlm bukunya.
Menanamkan keimanan yg dlm di hati serta kembali kpd Al-Quran & As-Sunnah.



Saidana Umar Al-Khattab pernah berkata:


Kita adalah umat yg dimuliakan oleh Allah krn Islam. Dan barangsiapa yg mencari kemuliaan selain drpd itu (Islam) maka ia akan mendapat penghinaan

Firman Allah SWT:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik² umat yg dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (krn) kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik & melarang drpd segala perkara yg salah (buruk & keji), serta kamu pula beriman kpd Allah (dgn sebenar² iman). [Al-'Imran, 3 :110]

Moga Islam akan tertegak suatu hari nanti & kita menjadi peneraju² yg membawa kpd kegemilangan ini.

Biarlah hidup ini mulia dengan Islam atau mati sebagai syuhada'.

Wallahu'alam.


Selepas keluar penjara, Zainab al-Ghazali kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi Islam, berpidato lantang & segar menyedarkan para pemuda & pemudi, membimbing ummah ke arah keredhaan Allah. Al marhumah Zainab Al-Ghazali juga terkenal sebagai penulis yg hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yg pernah diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh".


Pengabdiannya kpd Islam & umat sentiasa dikenang dgn penuh penghargaan, kasih & kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi & jasa al marhumah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yg mulia diiringi ribuan rakyat, disolatkan di masjid Rabia'tul Adawiyyah, namanya tetap segar di lubuk hati setiap pejuang agama walaupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan sekalian alam.


Al fatihah buat al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili.

[zainab-al-ghazali.jpg.bmp]

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...