Assalamualaium & salam sejahtera.
Alhamdulillah, begitulah yg telah diungkapkan seusai menjawab soalan Falsafah & Dasar Pendidikan di Malaysia semalam. Pejam celik, pejam celik hari ini telah masuk 156 hari berada di bumi UPSI & akan terus di sini sehingga jika dipanjang umur cuti sem hadapan baru boleh berjumpa keluarga tercinta.

Tatkala melihat pelajar lain sibuk menarik beg roda utk pulang ke kampung halaman hatiku sayu tapi wajah seperti biasa mengukir senyuman agar orang lain tidak dapat mengesan gelora di hati. Adakah ini dibilang hipokrit?
❝ I don't care whatever people want to say... InsyaAllah I can handle it.❞
❝ I don't care whatever people want to say... InsyaAllah I can handle it.❞
Paling tak tahan, apabila Afaf bertanya padaku 'Wana, bila balik?' Sunyi tanpa jawapan tapi dijawab oleh Erda 'Ui, jangan tanya. Wana tak balik, nanti dia nangis.' Waktu itu saya tak ambil peduli sebab tengah mengantuk akibat tidak tidur malam tadi, maka tak jadi apa² masalah pun. Saja nak cerita.
Seusai menyempurnakan segala urusan saya merehatkan diri di atas katil yg banyak berjasa padaku pada sem ini utk meng'qada' tidur. Penatnya hanya Allah yg tahu. Entah berapa kali deringan telefon diselangi beberapa pesanan ringkas langsung tidak kusedari kehadiran sepanjang masa beradu. Bila mata terbuka, kubaca lihat telefon 4 missed calls & 4 messages.
Astaghfirullah al-azim itu sahaja dapatku ungkapkan. Minta maaf kak Dayah Osman. Dgn lancarnya kutaip pesanan ringkas utk memohon maaf kpd kak Dayah Osman.
Astaghfirullah al-azim itu sahaja dapatku ungkapkan. Minta maaf kak Dayah Osman. Dgn lancarnya kutaip pesanan ringkas utk memohon maaf kpd kak Dayah Osman.
Aku pening macam mana nak letak barang². Bilik tv dah mampat semampatnya, rumah Kak Nisa pun dah jadi gudang, rumah Ilya dah jadi store & nak letak tempat lelaki tapi kata Fiezah tak boleh sebab Hanis & Rina terkantoi oleh JMK sebab minta tolong Herie letak barang kat situ.
Aku makin pening. Di mana nak letak ni? Betapa banyaknya barang aku. Kalau ada orang tanya kenapa barang aku banyak, aku jawab saja 'Kamu senanglah nak bawa balik barang ke rumah aku kena bawa sikit² itu pun kalau balik' Tiada sesiapa dapat memahamiku. Biarlah apa mereka nak kata. Yg penting Allah ada tempat kuluahkan perasaan.

Malamnya aku & Fiezah menghantar barang ke rumah Tikah di hadapan Stesen Bas Tanjung Malim. Itu saja jalan terakhir setelah berbincang dgn pemilik rumah (Tikah) yg mengizinkan kami meletakkan barang ke rumahnya walaupun bilik tempat barang telah penuh diisi dgn barang² housematenya. Terima kasih Tikah & keluarga, Firah pinjamkan kereta, Farah & Fiezah tolong saya angkat barang.
Tatkala memeluk mak Tikah, rindu pada ibu di kampung bertandang lagi. Kebaikan, keramahan & lain² lagi terletak pada diri ibu Tikah. Persoalan ibu Tikah yg dilontarkan padaku membuat aku segan krn berasa malu pada diri sendiri. Tapi aku tetap mencari alasan dgn bergurau 'Tikah tak ajak balik pun'. Apa²pun 'Ketika susah baru nak cari rumah Tikah' itu sahaja ayat yg dapat aku rumuskan.
Lenaku pada malamnya ditemani dgn pinggang yg sakit & otak yg sentiasa berfikir dgn persoalan yg belum terungkap jawapannya.
Apa²pun aku redha dgn ketentuan Illahi. Aku insan yg lemah. Aku perlukan petunjuk dariNya.
Wallahualam.
2 123 Bingkisan Sahabat:
Salam..
Pengalaman akak time study dulu..kenangan pergi,kenangan datang..yg pergi tetap pergi.Moga sukses selalu..ameen
syukran kak...
betul2 banyak benda yg wana belajar kat cn...
Post a Comment