Photobucket

Monday, November 16, 2009

Air Liur Basi Berkhasiat ^__^

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:00 PM 4 comments


Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi, mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis baik yang membantu proses penghadaman makanan.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus & bisido bacteria yang berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bakteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di dalam usus besar.

Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzim yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.

4 123 Bingkisan Sahabat:

info yang sangat bagus kawan.. baru tahu nin kalau air liur bekas/ basi ada manfaatnya juga

kne slalu tid0 nie,,
biar bnyk air liur,,
haha,,

amboi tika..
tp dlm kelas xle tdur..
luar kelas boleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...