Photobucket

Tuesday, November 17, 2009

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman 2

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:15 AM No comments


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi akhirnya saya dapat menamatkan bacaan buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dalam masa 8 hari sahaja.<click sini>

Perasaan ingin tahu membuatkan hatiku melonjak² ingin tahu kesudahan seterusnya. Buku ini kubawa ke hulu ke hilir agar masa yang terluang dapat kuisi dengan perkara yang bermanfaat.

Syukran pada sahabatku FIEZAH HALIM kerana sudi untuk meminjamkan bukunya ini walaupun saya tahu banyak rahsia di sebalik buku ini (nak tahu tanya FIEZAH HALIM sendiri)...

Subhanallah (Maha Suci Allah)... Saya amat teruja sepanjang membaca buku ini dan setiap orang yang bertanya serba-sedikit tentang buku ini akan kuulas dari mula hingga ke muka surat terkini yang dibaca.

Izinkan saya mengulas lagi sedikit perkongsian daripada bacaan dalam buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Penulis buku ini Professor Muhd Kamil Ibrahim merupakan seorang Professor Perakaunan di UiTM. Dalam kerjaya, beliau dianggap seorang high flyers, yang sentiasa berjaya & mendapat apa yang dihajati dalam hidup. Sepanjang hidup beliau sentiasa berjaya dalam pelajaran, menghabiskan pelajaran lebih awal dari orang lain. 


Beliau merupakan antara Professor termuda UiTM bila dilantik ke jawatan itu dalam usia 38 tahun. Apa lagi yang beliau tidak miliki. Namun jauh di sudut hati, beliau sedar mempunyai kekurangan peribadi yang sangat personal.

Beliau dengan terus terang mengaku kekurangan dari segi ilmu & amalan agama. Beliau mungkin mewakili ramai dari kita, jahil dari sudut ilmu & amalan agama. Kita ramai yang jahil agama tetapi tidak mahu mengaku, malah ada yang jahil tetapi berlagak alim, menipu diri & menipu orang ramai. Astaghfirullah al-azim...


Berlainan dengan penulis buku ini, beliau mengaku jahil tetapi tidak malu belajar semula di usia yang bukan lagi muda. Beliau belajar mengenal huruf Al-Qur’an sewaktu sudah bergelar Professor. Beliau mula mengenal ibadah khusus seperti solat dan puasa. Allahuakhbar (Allah Maha Besar)

Beliau bercerita di dalam buku ini, bahawa ibadah haji bukan bermula hanya bila menjejakkan kaki di tanah suci. Travelog Haji ini bukan bermula setelah memakai ihram. Ibadah haji sudah bermula apabila kita mula memasang niat untuk menunaikan haji. Niat itu mesti diikuti dengan persiapan jasmani dan rohani, jiwa & raga. Perjalanan Haji juga tidak berakhir tatkala sampai ke tanahair, tetapi ia sebenarnya baru akan bermula apabila pulang dengan gelaran Haji.

Travelog Haji ditulis dengan sepenuh jiwa. Perjalanan itu ditulis dengan penuh jujur, rasa ikhlas & tulus, kadang² terasa penulisnya sangat merendah diri, walaupun beliau sebenarnya cerdik & punya bekalan ilmu yang cukup untuk mengerjakan ibadah Haji.

Buku ini ditulis secara bersahaja, menyelitkan banyak panduan praktikal & berguna kepada yang akan menunaikan ibadah haji. Ia boleh meruntun jiwa & menarik² jiwa yang belum berfikir mahu ke sana. Ianya juga bakal menggamit kenangan bagi yang sudah menunaikan Haji.

Buku ini begitu berkesan di hati. Buku ini ditulis oleh penulisnya setelah memohon di depan Baitullah untuk merakamkan kisah perjalanan di Tanah Suci.

Syukran kasih Prof Muhd Kamil kerana mencatatkan nama jiwa rasa di permulaan buku ini. Rasa sungguh terkejut & terharu. Syukran kerana menulis buku ini.

Untuk menghayati kisah²h dalam buku ini, saya sarankan sahabat membacanya sendiri dengan perasaan yang tenang agar segala input mudah difahami.

Sahabat lain menyarankan saya membaca buku penulisan beliau yang lain iaitu Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. InsyaAllah...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Haji kepada semua para jemaah Haji. Moga² mendapat Haji yang Mabrur.

Dua in Arabic

Labbaikallahumma labbaik.. Labbaikala syariikalaka labbaik.. Innalhamda.. Wa nni'mata.. Laka wal mulk.. Laa Syariikalak..

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

Wallahualam....

P/s: Tips Haji dan Umrah <click sini>

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...