Photobucket

Sunday, November 8, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:31 PM No comments

Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad Al-Fateh), bukan Tuanku yg membebaskan kota Konstantinopel tapi anak yg di dlm buaian itu (Muhammad Al-Fateh) - Syeikh Syamsuddin Al-Wali

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;  ..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik² raja, tenteranya adalah sebaik² tentera & rakyatnya juga baik… (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Alhamdulillah, akhirnya novel sejarah Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel hasil karya Abdul Latib Talib usai dibaca selama 31 hari bermula 7 Okt hingga 8 Nov.
phpThumb.php (250×383)

Pelbagai mehnah & tribulasi dihadapi sepanjang menghabiskan buku ini tapi syukur kehadrat Illahi krn tetap mengizinkan hambanya ini utk berusaha menghabiskannya.

Bukan niat utk membandingkan novel antara Salahudin Al-Ayub & Muhammad Al-Fateh tapi jalan cerita novel Muhammad Al-Fateh lebih menarik.

Pelbagai pengajaran & ilmu pengetahuan yg saya perolehi sepanjang membaca buku ini. Utk menghabiskan bacaan novel terlalu sukar bagi saya krn sejak dahulu lagi memang susah nak membaca apa² bahan bacaan termasuklah majalah, komik, surat khabar & lain².

Masa sekolah menengah pun, semua novel Timulak Kapal Perang, Seutai Kata Untuk Dirasa & lain² lagi (tak ingat dah) semua saya baca sekerat. Langsung tiada motivasi.

Di sini saya nak kongsi sesuatu yg saya perolehi drpd buku Muhammad Al-Fateh....

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria).

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun & memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481).

Baginda menerima pendidikan yg menyeluruh & bersepadu. 
:)Di dlm bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. 
:)Di dlm ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah & menunggang kuda oleh panglima² tentera.
:)Di dlm bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda baginda Sultan Murad II dgn tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, ayahandanya telah melantik baginda yg baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dlm usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Baginda seorang yg sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas & kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama' & selalu berbincang dgn mereka tentang permasalahan negara.

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Konstantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya.

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Istanbul (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kpd Masjid Aya Sofiya


Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran Al Fateh iaitu yg menang krn kejayaannya membebaskan Konstantinopel.


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yg layak menjadi IMAM. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, 
Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!!! 

Tiada seorang pun yg duduk krn tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, 
Siapa di antara kita yg sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!!! 

Sebahagian drpd tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, 
Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!!! 

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri.

Baginda tidak pernah meninggalkan 
☑ Solat Fardhu, 
☑ Solat Sunat Rawatib  
☑ Solat Tahajjud 
sejak baligh

Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik² raja yg telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dlm hadisnya itu.

Utk menghayati cerita ini, sahabat² sekalian bolehlah baca  buku ini krn mungkin perkongsian yg saya sampaikan tidak sepenuhnya seperti yg tertulis dlm buku.

Membaca Jambatan Ilmu, Tanpa Buku Gelaplah IQ"

Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...