Photobucket

Sunday, November 29, 2009

Kem Bina Insan Kuala Lipis, Pahang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:02 AM 3 comments


Alhamdulillah, akhirnya aku tamat mengikuti dua kursus sekaligus dalam masa 5 hari. Kepenatan yang dirasa tidak dapat diungkapkan dengan bibir kerana penat bukan hanya dari segi fizikal malahan dari segi emosi, intelek, rohani & sosial. Sebelum itu ingin memohon maaf sebab telah lama tidak muncul. H[e]h[e]

Sebelum itu, ingin aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA terutama buat keluarga yang berada jauh di mata tapi dekat di hati, sahabat perjuangan yang kini berada di samping keluarga tercinta & seluruh umat Islam. Sambutan raya kali ini merupakan kali ketiga aku beraya di perantauan.

Tapi itu semua mengajar aku menjadi seorang yang tabah, berdikari & melakukan sedikit pengorbanan untuk menuntut ilmu di bumi UPSI. InsyaAllah. Apa yang penting sempena sambutan raya haji ini marilah sama² kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. 


Jika dibandingkan pengorbanan yang pernah kita lakukan selama ini pasti ia masih tidak setanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim & keluarganya.

Menyebut tentang pengorbanan, inginku berkongsi tentang kursus yang kuhadiri sebelum ini. Secara jujurnya ia berlaku tanpa kupinta & dirancang. Bak kata pepatah kot "kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan." 


Barulah kurasai bukan semua yang aku suka baik untuk aku. Allah sudah menyusun cantik perjalanan hidupku dengan sebaik²nya.

Malam sebelum kursus, aku langsung tidak melelapkan mata walau seketika kerana sibuk bersama housemate tersayang mengemas rumah. Pengalaman didenda RM10 semester lalu membuatkan aku serik didenda lagi walaupun itu bukan salahku. 


 Tapi pandanganku itu salah kerana menjadi salah satu adat apabila kita duduk serumah perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan saling menolong dalam melakukan sesuatu tugas.

Sebenarnya didenda sebab rumah tidak kemas bukan suatu yang baru bagiku kerana sejak tingkatan 1 lagi dormku sering didenda. Tapi alhamdulillah sejak aku menjadi senior kira² tingkatan 3 aku dapat mendisiplinkan diri & dormateku dalam hal kemas mengemas bilik. 


Tapi entah mengapa semakin aku meningkat taraf pendidikanku semakin kurang rasa kerajinan dalam hal kemas mengemas. Terasa rindu akan menerjah bila bercerita tentang zaman asrama dulu dengan gelagat aspuri dan warden.

Berbalik kisah ke kursus....

21 November 2009
Seawal jam 7.30 pagi, aku melangkah kaki bersama sahabatku Jue ke bus stop KUO untuk menaiki bas pergi ke Auditorium Utama dengan hanya membawa satu beg garfield Fieza & beg sandang merahku. 


Semua yang memandangku akan berasa terkejut & hairan apabila melihat aku hanya membawa sedikit barang untuk kursus 5 hari. Sebenarnya aku ada poket Doraemon. H[e]h[e].....

Jam 8.45 pagi, bas UPSI mula bertolak ke Kuala Lipis seperti yang dimaklumkan dalam surat tawaran tetapi peliknya bas menuju ke KAB. Pada mulanya kami menyangka bas ingin mengambil lagi pelajar yang terkandas di KAB tetapi khabar angin mengatakan kami bakal berkampung di KAB selama 2 hari & hari berikutnya baru ke Kuala Lipis. Rupa²nya itu bukan khabar angin tapi kenyataan macam dalam cerita PENDEKAR BUJANG LAPUK 
"Ini bukan cubaan tapi betul²".

Dengan perasaan hampa kami berkumpul untuk mendengar arahan seterusnya dari pihak HEP. Baru sahaja aku merancang ingin tidur ketika dalam perjalanan ke Kuala Lipis tapi semua hanya tinggal angan². 2 hari akan datang baru kami berangkat ke Kem Bina Negara Kuala Lipis.

Telah lama aku tidak berasa terkilan tapi kali ini aku betul² terkilan & rasa malu. Apa tidaknya pada mulanya aku, Jue, K.Umie, Bayu, Dayah dan Iera merancang untuk duduk satu rumah. Tapi tiba² seorang akak menarik Jue, Dayah dan Iera utk satu bilik dengan mereka tanpa berbincang dengan kami. 


Aku betul² rasa terkilan dan tak tahu nak cakap apa dah. Nasib baik ada naluri kasihan dalam diri Jue. Jue mengajak aku duduk di rumah walaupun dia tahu kami bakal berkongsi katil yang sama dalam masa 2 hari. Ok, itu abaikan sajalah, saya tak marah pun Cuma terkilan gitu.

Jam 10 kami dikehendaki untuk berkumpul untuk taklimat kursus di mana taklimat ini dikendalikan oleh En. Amri. Slot aku janji mematuhi peraturan dikendalikan oleh En. Zulkifli Mamat iaitu pensyarah Pembangunan Sahsiah.

Pada petangnya kami slot ice breaking untuk memecahkan perasaan malu² antara kami.

Aktiviti demi aktiviti terus berjalan hingga tiba pada hari yang ditunggu² iaitu bertolak ke Kem Bina Insan Kuala Lipis. Aku berasa sangat teruja, maybe kerana pertama kali akan melangkahkan kaki ke Pahang Darul Makmur.

Perjalanan dari TM ke Kuala Lipis memakan 5 jam melalui lebuh raya Karak. Semua tidur dengan nyenyaknya di atas bas kecuali aku sibuk mengambil gambar orang tidur atas bas dengan posing yang pelbagai. H[e]h[e]...
Perjalanan memasuki Kem Bina Negara

Tidak dapat banyak gambar yang dapat diambil kerana handset & kamera diambil sepanjang program berlangsung. 


Kenapa erk??? Faham²lah sebabkan tak nak kantoi tue program UMNO.. H[u]h[u]...


Wallahualam 

3 123 Bingkisan Sahabat:

Karim.

1st time ke g masuk kem bina insan? Standart la dek masuk kem.. telefon bimbit dan barang2 elektronik semua kena ambil.. untuk apa? supaya matlamat yang nak disampaikan dalam kem tu tercapai.. selain tu tok safety purpose.. tak nak ad kehilangan.. klu hilang ti adik salhkan pihak penganjur pula.. mungkin kalau hilang adik akan cakap program anjuran UMNO ada pencuri pula.. kah? pemikiran tu matang skit.. Ayat dah cantik dah semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat.. kan elok penulisan tu memberikan manfaat juga? kan?

terima kasih kerana MENGOMEN blog yg tak seberapa nie..bukan 1st pi tapi dah berkali..haha..

mungkin tak matang sbb umur p0n baru belasan tahun..haha

peace no war ^_^

Assalamualaikum, saya merupakan mahasiswi dari upsi juga. Saya ingin bertanya, mcmna akak boleh terlibat dengan program ke btn kuala lipis ni? Bagaimana untuk berhubung dengan pihak btn? Kerana saya ingin mencadangkan tempat ini kepada persatuan kami untuk membuat kem kepimpinan. Mohon akak balas lah yee hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...