Monday, November 30, 2009

Hari-Hari Dalam Hidupku

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:39 PM

[Hari-hari+dalam+hidupku.jpg]

"Hari-hari dalam hidupku - Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili ".
Begitulah tajuk sebuah buku yang sedang aku baca...
Moga-moga Allah mempermudahkan urusanku...
Moga-moga aku mendapat sesuatu yang berharga...
Nantikan hari mendatang setelah kuhabis tamatkan bacaan...
InsyaAllah akan kukongsi ulasan hasil pembacaanku...
Wallahualam

Sunday, November 29, 2009

Kem Bina Insan Kuala Lipis, Pahang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:02 AM


Alhamdulillah, akhirnya aku tamat mengikuti dua kursus sekaligus dalam masa 5 hari. Kepenatan yang dirasa tidak dapat diungkapkan dengan bibir kerana penat bukan hanya dari segi fizikal malahan dari segi emosi, intelek, rohani & sosial. Sebelum itu ingin memohon maaf sebab telah lama tidak muncul. H[e]h[e]

Sebelum itu, ingin aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA terutama buat keluarga yang berada jauh di mata tapi dekat di hati, sahabat perjuangan yang kini berada di samping keluarga tercinta & seluruh umat Islam. Sambutan raya kali ini merupakan kali ketiga aku beraya di perantauan.

Tapi itu semua mengajar aku menjadi seorang yang tabah, berdikari & melakukan sedikit pengorbanan untuk menuntut ilmu di bumi UPSI. InsyaAllah. Apa yang penting sempena sambutan raya haji ini marilah sama² kita menghayati erti pengorbanan yang sebenar. 


Jika dibandingkan pengorbanan yang pernah kita lakukan selama ini pasti ia masih tidak setanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim & keluarganya.

Menyebut tentang pengorbanan, inginku berkongsi tentang kursus yang kuhadiri sebelum ini. Secara jujurnya ia berlaku tanpa kupinta & dirancang. Bak kata pepatah kot "kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan." 


Barulah kurasai bukan semua yang aku suka baik untuk aku. Allah sudah menyusun cantik perjalanan hidupku dengan sebaik²nya.

Malam sebelum kursus, aku langsung tidak melelapkan mata walau seketika kerana sibuk bersama housemate tersayang mengemas rumah. Pengalaman didenda RM10 semester lalu membuatkan aku serik didenda lagi walaupun itu bukan salahku. 


 Tapi pandanganku itu salah kerana menjadi salah satu adat apabila kita duduk serumah perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan saling menolong dalam melakukan sesuatu tugas.

Sebenarnya didenda sebab rumah tidak kemas bukan suatu yang baru bagiku kerana sejak tingkatan 1 lagi dormku sering didenda. Tapi alhamdulillah sejak aku menjadi senior kira² tingkatan 3 aku dapat mendisiplinkan diri & dormateku dalam hal kemas mengemas bilik. 


Tapi entah mengapa semakin aku meningkat taraf pendidikanku semakin kurang rasa kerajinan dalam hal kemas mengemas. Terasa rindu akan menerjah bila bercerita tentang zaman asrama dulu dengan gelagat aspuri dan warden.

Berbalik kisah ke kursus....

21 November 2009
Seawal jam 7.30 pagi, aku melangkah kaki bersama sahabatku Jue ke bus stop KUO untuk menaiki bas pergi ke Auditorium Utama dengan hanya membawa satu beg garfield Fieza & beg sandang merahku. 


Semua yang memandangku akan berasa terkejut & hairan apabila melihat aku hanya membawa sedikit barang untuk kursus 5 hari. Sebenarnya aku ada poket Doraemon. H[e]h[e].....

Jam 8.45 pagi, bas UPSI mula bertolak ke Kuala Lipis seperti yang dimaklumkan dalam surat tawaran tetapi peliknya bas menuju ke KAB. Pada mulanya kami menyangka bas ingin mengambil lagi pelajar yang terkandas di KAB tetapi khabar angin mengatakan kami bakal berkampung di KAB selama 2 hari & hari berikutnya baru ke Kuala Lipis. Rupa²nya itu bukan khabar angin tapi kenyataan macam dalam cerita PENDEKAR BUJANG LAPUK 
"Ini bukan cubaan tapi betul²".

Dengan perasaan hampa kami berkumpul untuk mendengar arahan seterusnya dari pihak HEP. Baru sahaja aku merancang ingin tidur ketika dalam perjalanan ke Kuala Lipis tapi semua hanya tinggal angan². 2 hari akan datang baru kami berangkat ke Kem Bina Negara Kuala Lipis.

Telah lama aku tidak berasa terkilan tapi kali ini aku betul² terkilan & rasa malu. Apa tidaknya pada mulanya aku, Jue, K.Umie, Bayu, Dayah dan Iera merancang untuk duduk satu rumah. Tapi tiba² seorang akak menarik Jue, Dayah dan Iera utk satu bilik dengan mereka tanpa berbincang dengan kami. 


Aku betul² rasa terkilan dan tak tahu nak cakap apa dah. Nasib baik ada naluri kasihan dalam diri Jue. Jue mengajak aku duduk di rumah walaupun dia tahu kami bakal berkongsi katil yang sama dalam masa 2 hari. Ok, itu abaikan sajalah, saya tak marah pun Cuma terkilan gitu.

Jam 10 kami dikehendaki untuk berkumpul untuk taklimat kursus di mana taklimat ini dikendalikan oleh En. Amri. Slot aku janji mematuhi peraturan dikendalikan oleh En. Zulkifli Mamat iaitu pensyarah Pembangunan Sahsiah.

Pada petangnya kami slot ice breaking untuk memecahkan perasaan malu² antara kami.

Aktiviti demi aktiviti terus berjalan hingga tiba pada hari yang ditunggu² iaitu bertolak ke Kem Bina Insan Kuala Lipis. Aku berasa sangat teruja, maybe kerana pertama kali akan melangkahkan kaki ke Pahang Darul Makmur.

Perjalanan dari TM ke Kuala Lipis memakan 5 jam melalui lebuh raya Karak. Semua tidur dengan nyenyaknya di atas bas kecuali aku sibuk mengambil gambar orang tidur atas bas dengan posing yang pelbagai. H[e]h[e]...
Perjalanan memasuki Kem Bina Negara

Tidak dapat banyak gambar yang dapat diambil kerana handset & kamera diambil sepanjang program berlangsung. 


Kenapa erk??? Faham²lah sebabkan tak nak kantoi tue program UMNO.. H[u]h[u]...


Wallahualam 

Saturday, November 21, 2009

Tata Titi Tutu Selamat Bercuti Semester

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:15 AM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam Permai Bumi Tuhan

Hari ini saya akan berangkat ke program KURSUS KEPIMPINAN MAHASISWA 2009 ajuran HEP.

Ceh.

Macam nak pi menunaikan haji pula.

Moga Allah mengikhlaskan hatiku utk hadir ke kursus ini agar setiap langkahku diredhai Allah.

InsYaAllah.

Maknanya aku bakal meninggalkan bilik kesayanganku 1-8-11 utk semester ini.

Selamat Tinggal Kolejku.

29 November 2009 ni saya datang balik.

Minta maaf pada Stanley, Azmil & siapa² saja sebab saya ponteng gerak kerja.

Moga halalkan.

Saya dah buat buku skrap tentang Ekonomi & Politik tu.

Rasanya gerak kerja Teknikal pun nampak ketika program berlangsung.

InsyaAllah komitmen yg tinggi kuberikan sewaktu program.

Buat kakak² semester 7 yg akan berpraktikum selepas ini, 
"Moga² kalian semua berjaya mengharunginya"

Pada sahabat²ku yang pulang ke kampung halaman, 
"Hati² di jalan raya"

Pesanan bersama jaga diri, jaga Iman, jaga Islam.

Salam Sayang dari Wana Buat Semua

Friday, November 20, 2009

Terima Kasih....

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:51 PM

Jutaan terima kasih kepada pensyarah yang mencurahkan ilmu kepada anak muridnya yang ingin bergelar pendidik juga pada masa hadapan. InsyaAllah...

Tiada apa yang dapatku berikan melainkan doa agar Allah memberkati dan meredhai kehidupan anda semua...

Halalkanlah segala ilmu yang dicurahkan agar kelak nanti aku bergelar seorang pendidik yang dapat berbakti kepada agama Islam dll...

Ketika bermula pada semester 1, mereka yang kutemui
Puan Norsida binti Hasan
ajar saya Beginning Calculus

Encik Norazman bin Arbin
ajar saya Foundation Mathematics

Puan Norhayati binti Ahmat
ajar saya Introductory Statistics

Encik Mohd Ridhuan Bin Ismail
ajar saya General English


Cik Nur Hidayah Binti Rashidi
ajar saya Wacana Akademik Bahasa Melayu


Puan Zuraini binti Jamil @ Osman
ajar saya Kenegaraan



Ketika aku mula berhijrah ke semester 2, mereka kutemui


Puan Nor'ashiqin binti Mohd Idrus
ajar saya Advanced Calculus


Encik Shahrizal bin Shamsuddin
ajar saya Discrete Mathematics


Puan Nor Azian Aini binti Mat
ajar saya Linear Algebra


Puan Mazyani Binti Mat
ajar saya English for Communication 1

Encik Zulkifli Bin Mamat
ajar saya Pembangunan Sahsiah


Puan Roslinda binti Mustapha
ajar saya Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar


Aku terus melangkah ke semester 3, mereka kutemui



Puan Nor Zila binti Abd Hamid
ajar saya Multivariable Calculus

Puan Nor'ashiqin binti Mohd Idrus
ajar saya Algebraic Structure

Cik Aznum binti Shaikh Awadz
ajar saya tutor Algebraic Structure


Profesor Dr. Ramli bin Ibrahim
ajar saya Fundamental Chemistry I

Puan Faridah binti Yusoff
ajar saya dalam makmal Fundamental Chemistry I

Cik Mazlina binti Musa
ajar saya Chemistry Laboratory Management Techniques

Cik Mariyatunnitha binti Shari
ajar saya English for Communication 2

Encik Zaini Bin Abdullah
ajar saya Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Encik Sadzali bin Hassan
ajar saya Pengurusan Kokurikulum


Terdapat juga tenaga pengajar dari luar contoh Bahasa Jepun (Sensei Kobawa), Senamrobik (Puan Intan) dan Puteri Islam (Hajah Aizar)

Apa-apapun wana nak ucapkan syurkan atas ilmu dicurahkan....

1157720776_misc07.jpg (450×300)

Thursday, November 19, 2009

Badan Penat, Otak tak Berfungsi

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:13 PM

Assalamualaium & salam sejahtera.

Alhamdulillah, begitulah yg telah diungkapkan seusai menjawab soalan Falsafah & Dasar Pendidikan di Malaysia semalam. Pejam celik, pejam celik hari ini telah masuk 156 hari berada di bumi UPSI & akan terus di sini sehingga jika dipanjang umur cuti sem hadapan baru boleh berjumpa keluarga tercinta.

Tatkala melihat pelajar lain sibuk menarik beg roda utk pulang ke kampung halaman hatiku sayu tapi wajah seperti biasa mengukir senyuman agar orang lain tidak dapat mengesan gelora di hati. Adakah ini dibilang hipokrit? 

❝ I don't care whatever people want to say... InsyaAllah I can handle it.

Paling tak tahan, apabila Afaf bertanya padaku 'Wana, bila balik?' Sunyi tanpa jawapan tapi dijawab oleh Erda 'Ui, jangan tanya. Wana tak balik, nanti dia nangis.' Waktu itu saya tak ambil peduli sebab tengah mengantuk akibat tidak tidur malam tadi, maka tak jadi apa² masalah pun. Saja nak cerita.

Seusai menyempurnakan segala urusan saya merehatkan diri di atas katil yg banyak berjasa padaku pada sem ini utk meng'qada' tidur. Penatnya hanya Allah yg tahu. Entah berapa kali deringan telefon diselangi beberapa pesanan ringkas langsung tidak kusedari kehadiran sepanjang masa beradu. BItalicila mata terbuka, kubaca lihat telefon 4 missed calls & 4 messages

Astaghfirullah al-azim itu sahaja dapatku ungkapkan. Minta maaf kak Dayah Osman. Dgn lancarnya kutaip pesanan ringkas utk memohon maaf kpd kak Dayah Osman.

Aku pening macam mana nak letak barang². Bilik tv dah mampat semampatnya, rumah Kak Nisa pun dah jadi gudang, rumah Ilya dah jadi store & nak letak tempat lelaki tapi kata Fiezah tak boleh sebab Hanis & Rina terkantoi oleh JMK sebab minta tolong Herie letak barang kat situ. 

Aku makin pening. Di mana nak letak ni? Betapa banyaknya barang aku. Kalau ada orang tanya kenapa barang aku banyak, aku jawab saja 'Kamu senanglah nak bawa balik barang ke rumah aku kena bawa sikit² itu pun kalau balik' Tiada sesiapa dapat memahamiku. Biarlah apa mereka nak kata. Yg penting Allah ada tempat kuluahkan perasaan.

Malamnya aku & Fiezah menghantar barang ke rumah Tikah di hadapan Stesen Bas Tanjung Malim. Itu saja jalan terakhir setelah berbincang dgn pemilik rumah (Tikah) yg mengizinkan kami meletakkan barang ke rumahnya walaupun bilik tempat barang telah penuh diisi dgn barang² housematenya. Terima kasih Tikah & keluarga, Firah pinjamkan kereta, Farah & Fiezah tolong saya angkat barang.

Tatkala memeluk mak Tikah, rindu pada ibu di kampung bertandang lagi. Kebaikan, keramahan & lain² lagi terletak pada diri ibu Tikah. Persoalan ibu Tikah yg dilontarkan padaku membuat aku segan krn berasa malu pada diri sendiri. Tapi aku tetap mencari alasan dgn bergurau 'Tikah tak ajak balik pun'. Apa²pun 'Ketika susah baru nak cari rumah Tikah' itu sahaja ayat yg dapat aku rumuskan.

Lenaku pada malamnya ditemani dgn pinggang yg sakit & otak yg sentiasa berfikir dgn persoalan yg belum terungkap jawapannya.

Apa²pun aku redha dgn ketentuan Illahi. Aku insan yg lemah. Aku perlukan petunjuk dariNya.

Wallahualam.

Tuesday, November 17, 2009

Sang Murabbi: Mencari Spirit Yang Hilang

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 3:45 PM

Alhamdulillah, saya telah menelaah liku² Dakwah & Tarbiyah dlm tontonan filem Sang Murabbi: Mencari Spirit Yang Hilang,

sang-murabbi.jpg (213×300)

bersempena memperingati pemergian al-Marhum Ustadz Rahmat Abdullah,


Murabbi pendukung amal Islami di bumi Indonesia. Di sini saya ingin mengulas sedikit demi sedikit drpd hasil tontonan saya.



Sang Murabbi: Part oNe

Wahai para mujahidun di seluruh dunia di mana sahaja anda berada, "Buang rasa takut di dada kalian meskipun kalian berada dlm sempit & sedikit. Allah & para malaikat akan menolong anda dari jalan anda yg tidak diduga². Tidak ada kemuliaan dlm diri seorang melainkan mati syahid di jalan Allah."


Kembali pada as-solah. Pemimpin itu harus dibangunkan di atas dasar keaslian. Jangan otak cerdas, politik maju dgn panah² tapi kosong hatinya, sombong terjadi & shock (saya tak dapat dengar dgn jelas). Tidak bangga lagi dgn Islam, tidak bangga lagi dgn tarbiyah tapi bangga dgn sana-sini



Sang Murabbi (Izzatul Islam)

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

Kalau bicara tentang Nabi hati² bang, ada iktikadnya ada sopan santunnya. Abang jangan seperti bangsa Yahudi sudah ditolong oleh Allah dari kelaparan dari kepanasan masih lagi protes. Makanya Allah marah, dia (Yahudi) diusir dari tanah yg dijanjikan.


“Kalau gak mau jadi pegawai pemuda, lu mau kerja jadi apa sih”
“Mamat ngajar aja Bu”
“Gak Lepas tu omongan dari dulu. Sampai sekarang pengen jadi guru aja. Gak kepengen jadi orang berharte”
“Guru itu justeru hartenya banyak. Ngasih ilmu aja kerjaannya. “
“Ya udah. Jadi guru juga gak apa sih, bagus. Asal satu, Jangan Korupsi.”

Sang Murabbi: Part TWo






Ladang dakwah terhampar luas. Kewajipan kita utk menyirami tanah² yg tandus. Menyemai benih² unggul. Agar tumbuh pohon² kejayaan Islam. Dakwah ini akan terus mengalir menuju redha Allah. Jangan bersedih. Di mana kita berada, di situlah dakwah kita sebarkan.

Allah memberikan ganjaran yg sebesar²nya & darjat yg setinggi²nya bagi mereka yg sabar & lulus dlm ujian di jalan dakwah. Jika ujian & cubaaan yg diberikan Allah yg mudah² sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yg hebat. Di situlah letak hikmahnya yakni bagi seorang daie' yg sungguh & sabar dlm meniti jalan dakwah. Perjuangan ini tidak boleh dijalani dgn tidak kesungguhan, azam yg lemah & pengorbanan yg sedikit.


Tapi ada syaratnya. Kalau menuntut ilmu jangan tunggu hanya hari² kebesaran Islam sahaja tapi yg rutin.

Hajatan yg tiada tandingan di muka bumi. Hajatan yg bikin kita mabuk pahala. Kita boleh makan apa sahaja. Apabila kita mahu makan ketika itu juga datang makanannya. Kita boleh minum minuman yg mengalir seperti sungai² yg tidak ada penghujungnya. Kita tidak pernah dahaga, kita tidak pernah lapar. Semua itu datang dari Allah tanpa perantara.

Selonggok manusia terkapar, siapa yg mengaku bertanggungjawab. Bila semua pihak menghindar, biarlah saya menanggungnya semua atau sebahagiannya. Saya harus mengambil alih tanggungjawab ini, dgn kesedihan yg sungguh seperti saya menangisinya saat pertama kali menginjakkan kaki di mata air beradaban permodenan ini.

Sang Murabbi: Part THRee

"Wi, luka tamparan kau semalam mungkin esok sudah hilang, tapi luka di hati sukar utk hilang. Biar kata kau sudah minta maaf. Mungkin di depan kau, mereka mahu memaafkan krn mereka takut, tetapi dua orang yg kau tampar semalam akan sakit hati selama²nya. Itu yg menjadi penghalang di akhirat.

"Ini, reban ayam utk kau. Jangan cuma ayam yg kau masukkan, tetapi masukkan juga nafsumu."


Ada dua hal yg perlu kau ingat: Kebaikan orang lain pada kau & keburukanmu pada orang lain. Dan dua hal yg perlu kau lupai: Kebaikanmu pada orang lain & keburukan orang lain padamu.


Di antara sekian jenis kemiskinan yg paling memprihatinkan ialah kemiskinan azam & tekad, bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa pada ke'bankrup'an dari segi harta. Azam & kemahuan yg kuat kelak akan membuat kita berilmu & kaya. Tidak mungkin seseorang biasa keluar dari kejahilan & memperoleh darjat tinggi di sisi Allah tanpa tekad, kemahuan & kerja keras.


Buku ini gudang ilmu, makin banyak kita baca makin banyak kita dapat.

Sang Murabbi: Part FouR

Kita wajib membela agama yg diredhai Allah ini. Siapa yg patut dibilang teroris, apakah orang yg membela diri krn diserang atau orang yg ingin menyerang krn menghancurkan? Agama Islam itu tidak suka kekerasan. Agama Islam menghargai perbezaan. Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, tiada seorang pun disakiti bahkan penduduk yahudi mahupun nasrani. Bagaimana Salahudin Al-ayubi membebaskan Jerussalam, di mana satu titis darah pun tidak pernah membasahi bumi Palestin.

Kalau Islam ingin tetap tegak di muka bumi ini, tiada kata lain rapatkan barisan berjamaah. Sebatang lidi kalau sendirian tidak boleh buat apa², tapi kalau satu ikatan kotoran mana yg tidak boleh disapu.

Dakwah berkembang di tangan orang² yg memiliki keazaman, semangat juang tidak pernah pudar, ajaran yg di bawah bertahan melebihi usia mereka. Boleh jadi usia para mujahid pembawa misi dakwah tidaklah panjang tapi cita², semangat & ajaran yg mereka bawa tetap hidup sepeninggalan mereka. Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi sehingga kita kelak hanya akan diingat dgn tiga baris kata yg dipahatkan di nisan kita iaitu simfulan bin simfulan, lahir tanggal sekian & wafat tanggal sekian.

Kita harus bergerak, kitalah yg membangkitkan kesedaran umat ke jalan dakwah ini. Siapa yg akan merobah bukanlah orang² yg berada dipinggir dakwah, orang yg hidup dlm dakwah, yg mempergunakan dakwah ini, mengharapkan semua wang dari dakwah ini, Tidak. Rasulullah mengatakan perkataan semangat pemuda. Mulai dari mana? Mulai dari dlm diri kita sendiri kembalilah ke dlm jalan dakwah, bangkitkan semangat antum, contohilah Rasulullah s.a.w. Jadilah agen perubah dlm masyarakat kita. Kembalikan tiang² dakwah ini. Antum, berlarilah ke seluruh dunia utk mengkhabarkan dakwah & membangkitkan dakwah ini. Ketika kita sudah berazam di jalan dakwah, Allah telah mengatakan “Setelah berazam, bertawakallah (Allah yg mengurus segalanya, Allah yg menguruskan hidayah itu)

Sang Murabbi: Part FiVe

Allah mengatakan kita sesama Muslim itu bersaudara, kita dilarang saling memusuhi (Al-Hujurat: 10) 

Ketika risalah Al-Islam ini belum datang menyapa suku² bangsa di Arab mereka saling mengkhiyanati, saling memusuhi. Alhamdulillah Rasulullah membawa risalah Allah ini. Allah menyatukan hubungan orang yg budiman dari bangsa manapun Allah akan peduli, apakah dia orang kaya atau miskin, apakah dia bangsawan atau mantan, apakah dia ketua atau orang bawahan. Maka Allah meminta kita utk santun, lembut kpd sesama muslim tetapi kita tetap tegas kpd orang kafir. Jadi tidaklah pantas kita menyakiti hati & jasad orang muslim. Apalagi memusuhi sesama orang Islam, apalagi berkeinginan memberhentikan kegiatan orang Islam. Sementara kita bekerja dgn orang² kafir.


Orang itu membuat tipu daya. Allah membalas tipu daya itu & Allah sebaik² pembuat tipu daya.

Sang Murabbi: Part SiX

Sesama Muslim itu bersaudara. 
Dari manapun dia? 
Siapapun dia?

Kader yg tulus & bersemangat tinggi pasti akan memiliki wawasan, fikiran yg luas & mulia. Manusia yg memiliki akal akan bisa mengerti tentang berharganya cincin berlian. Tetapi anjing yg ada didekat cincin berlian tidak akan pernah bisa mengaprisiasi cincin berlian. Ia akan berlari mengejar tulang lalu mencari tempat utk memuaskan kerakusannya.

Dakwah ini ibarat kita buka sawah.
Kita cari benih yg baik.
Bila dapat kita tanam.
Tempat yg ditanam juga baik.
Bila dah tumbuh belut datang.
Sekarang kita mahu urus sawahnya atau belutnya?


Berapa banyak orang menguasai ilmu serta dikenal ilmuan, ulama atau dai'e namun kehilangan potensi hati nurani? Mereka yg hanya mengejar dunia, yg memiskinkan rakyat & menguras (bahasa Indonesia) kekayaan bangsa utk kepentingan sendiri adalah anjing yg tercebur (bahasa Indonesia) di telaga bening krn kebodohannya menerkam bayangan sendiri.


Sang Murabbi: Part SeVeN

Kalau hanya berdakwah, kita memang bisa. 
Adakah kita cinta dgn dakwah? Cinta itu butuh pergorbanan waktu, tenaga & harta. Allah telah mengirim kita kpd keimanan & dakwah saja merupakan satu kebahagian yg besar. 
Apa pantas kita mengharap imbalan yg lebih dari itu? 
Apalagi bila berubah jabatan, kesenangan atau kemewahan?

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dlm naungan cintaMu
Bertemu dlm ketaatan
Bersatu dlm perjuangan
Menegakkan syariat dlm kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan
²nya
Terangilah dgn cahayamu
Yg tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dgn karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dgn ma’rifatMu
Matikan dlm syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung & pembela

Ada jutaan tipu daya yg akan menyerang, musuh yg bukan bersenjata. Tapi bisa jadi diri kita sendiri. Kebahagian sejati akan diperolehi manusia bila dia tidak bertumpu pada seseuatu yg fana & rapuh. Dan sebaliknya justeru berorentasi pada keabadian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...