Saturday, October 8, 2011

Cinta Monyet, Cinta yang Indah?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:07 AM 4 comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...



Amaran keras!!! 



Entry nie tiada kaitan dgn saya. Hurmm... Pernah terfikir nak cerita tentang Cinta Monyet waktu sekolah tapi tak pernah mengalami. Kawan² pula tak pernah cerita pengalaman mereka. 



Apa erk sebenarnya CINTA MONYET?


No idea...



Tapi saya nak kongsi kisah tentang seorang banat (muslimat) yg pernah hanyut, kini insaf, mengharap cinta Allah .



Agak menarik...



Saya rasa kisah nie kategori CINTA MONYET kot. (Kalau silap tolong betulkan)



______JOM BACA, MOGA AMBIL IKHTIBAR______



Assalamualaikum awak.



Awak, saya minta maaf atas segalanya. Mungkin ini khilaf saya. Saya tak tahu, saya harap sekarang awak bahagia. Awak, awak ingat tak masa first time kita kenal? Ye, saya akui, saya memang tak pernah jumpa awak. Kita kenal dekat cyber je. Masa tu, kawan awak yg merupakan member kelas saya, bagi number saya dekat awak. Kita masing² dlm tingkatan 1. Awak ingat lagi kan?



Huuu, masa tu, awak beriya² nak kenal dgn saya. Awak selalu hantar mesej, awak selalu call saya. Tapi masa tu, saya bukan jenis yg suka berkawan dgn lelaki. Saya tak suka dibayangi lelaki dlm hidup saya. Saya pernah couple tapi lepas tu saya clash, ada sebabnya. Sejak tu saya tak nak berkawan dgn lelaki. Tapi awak tak putus asa. Awak asyik hubungi saya. Even kita tak pernah jumpa, awak selalu kata yg awak nak sangat² kenal dgn saya. Maaf awak, masa tu saya takda perasaan dekat lelaki. Saya cuma bergaul dgn budak lelaki dlm kelas, itu pun sikit², saya cuma bergurau dgn lelaki yg ada pertalian darah dgn saya.



Awak tetap degil. Saya terus menerus biarkan awak. Saya tak pedulikan awak langsung. Setiap kali awak call, saya off handphone. Tapi lepas tu awak tukar number lain, awak kacau saya lagi. Banyak kali awak buat macam tu. Saya pun tak tahu apa tujuan awak. Saya teringin nak tanya, tapi tak pernah. Sebab saya jenis yg suka pendam perasaan. Lidah saya kelu bila bercakap dgn awak.



Kadang² awak mesej saya berkali², sampai saya rasa nak layan je. Tapi saya tahan. Lama² saya tak boleh dah. Saya bengang dgn awak. Saya marah awak, saya tanya kenapa awak kacau saya. Awak diam, tapi seminggu lepas tu, awak mesej saya semula, dgn letak smiley pelbagai. Eh, awak tak marah saya?



Saya pun biarkan. Dlm hati saya tertanya. Siapa awak nie sebenarnya? Akhir sekali saya mengalah. Setiap kali awak mesej, saya balas. Setiap kali awak call, saya angkat. Kadang² saya sendiri yg mulakan mesej dgn awak. Saya tak tahu kenapa. Ouh, baru saya tahu. Awak pelajar maahad yg khas utk lelaki je. Saya jadi kagum, dlm hati je la. Saya tak reti berkata² sangat. Tapi kemudian saya tertanya². Kenapa dgn awak? Tak betul dah ke? Takkan pelajar maahad tak tahu hukum agama? Mana boleh bergaul rapat dgn perempuan ajnabi melainkan ada hal tertentu yg penting. 



Saya jadi keliru. Tapi saya biarkan perasaan tu berlalu. Kita terus contact. Dari handphone, tukar ke friendster. Tapi saya tak ingat sangat pasal tu. Yg saya tahu, awak suka mesej saya, hantar ayat² yg sweet. Saya pun layan je la. Sebab saya anggap awak kawan saya, sebab saya memang takda perasaan pada awak.



Akhir tahun tu, kita jadi rapat semacam. Saya rasa biasa je, takda apa yg pelik. Tapi bila naik tingkatan 2, saya jadi bingung. Awak menghilangkan diri. Awak tahu tak? Saya masih ingat lagi 11 Februari tu, birthday awak kan? Saya wish awak segala bagai. Kita mesej seharian hari tu. Tapi kemudian, kita terus lost contact. Awak langsung tak hubungi saya. Dan saya pun, al-maklumlah jenis yg malas nak hubungi lelaki nie. Jadi saya diamkan diri je. Saya biarkan awak.



Tapi dlm hati, diam² saya rasa dah mula sayangkan awak. Saya terus nafikan. Saya tak boleh ada perasaan macam tu. Saya tegaskan pendirian saya. Saya masih budak² lagi, saya bukan sembarangan perempuan, saya dah dididik dlm keluarga yg ada agama. Percintaan sebelum nikah adalah haram. Dan lagipun saya masih kecil, tak tahu apa² lagi, awak pun sama kan?



Saya teruskan hidup saya tanpa awak. Even makin hari saya jadi makin kerap ingat awak. Saya jadi keliru, tapi saya tetap teguhkan diri. Saya sibukkan diri & dekatkan diri pada Allah. Saya minta jauhkan dari segala yg dilarang-Nya. Alhamdulillah, usaha saya berhasil. Saya langsung tak ingat dekat awak.



Tapi semua berubah bila saya naik tingkatan 3. Saya masih insan yg dahulu, yg selalu buat tak endah bila lelaki nak berkawan lebih dari hadnya. Saya berkawan macam biasa dgn semua orang, lelaki & perempuan. Saya rasa tak salah, selagi saya pandai jaga batas pergaulan. InsyaAllah. Dan fokus saya utk PMR tahun nie.



Apa yg berubah? Satu hari, awak mesej saya tiba². Saya jadi terkejut sangat². Saya tak faham, kenapa awak mesej saya? Saya tak balas, saya diamkan diri. Tapi esoknya baru saya teringat, semalam birthday awak. Saya memang terlupa langsung tapi saya tetap tak mesej awak. Saya diamkan diri je. Seminggu lepas tu, awak mesej saya semula. Saya jadi bingung. Akhirnya saya balas juga mesej awak tu. Saya buat macam biasa, macam tak pernah lost contact, like always.



Kemudian lepas tu, kita makin rancak berhubungan semula. Saya tak tahu kenapa saya rasa gembira. Dlm hati saya rasa macam ceria selalu. Macam biasa, saya tak tunjukkan.



Tapi satu hari tu, awak mesej saya & awak tanya. "Awak dgn siapa sekarang?". Saya pelik, setahu saya, saya pernah beritahu awak yg saya anti-couple. Hmmm mungkin awak lupa. Tak apalah. Saya buat² tak tahu. Saya balas "Takda dgn sesiapa, forever alone". Kemudian awak tak tanya dah pasal hal tu.



Mungkin awak dah faham. Alhamdulillah. Tapi hati saya hancur suatu hari. Malam tu, saya tengah study. Esok ada exam. Saya tak layan handphone sangat. Masa saya tengah study, ada mesej masuk. Saya biarkan sebab mungkin tak penting. Tapi hati saya memang nak baca mesej tu. Saya pun ambil handphone & terus buka. Drpd awak. Saya tersenyum.



Kita mesej macam biasa. Namun tiba², awak mesej. "Awak, awak nak couple dgn saya tak?" Tersentap hati saya masa tu. Hancur sangat². Saya fikir awak ikhlas sayangkan saya sebagai kawan. Saya ingatkan awak anggap hubungan kita tak lebih drpd kawan biasa. Tapi awak dah fikir jauh. Awak mungkin tak sedar, saya tak suka dapat pertanyaan macam tu. Saya budak lagilah.



Saya tak balas. Esoknya awak minta maaf. Saya cuma maafkan awak macam tu je, lepas tu kita kawan macam biasa semula. Tapi diam², saya dapat rasakan yg saya sayangkan awak. Astaghfirullah, saya rasa berdosa sangat bila jadi macam tu. Saya cuba sibukkan diri, saya layan awak macam biasa. Tapi saya tak dapat lupakan perasaan saya. Saya tak tahu kenapa tiba² saya jadi macam nie. Ya Allah, mungkinkah iman saya lemah?



Tapi persoalan sebegitu tak timbul pada masa tu. Saya terus menerus melayan perasaan pada awak. Walaupun awak tak tahu, tapi saya rasa bahagia bila contact dgn awak. Saya rasa pelik sangat², kita tak pernah berjumpa pun, kan awak? Hmmm. Tu la masalah anak remaja zaman sekarang. Sampai saya pun terlibat. Saya tak tahu nak kata apa.



Satu hari tu kan, saya stalk facebook awak. Saya tak tahu kenapa saya buat macam tu. Ishh jahatnya saya. Lepas tu, saya tengok album profile picture awak, saya tahu awak handsome, tapi saya tak kisah pun semua tu. Saya dah lama kenal awak, kan? Bila saya scroll down page tu, saya tengok semua comment dekat album tu. Saya click salah satu gambar, kalau tak silap saya, gambar last dlm album tu. Tiba² saya jadi bengang. Awak main comment dgn seseorang, dia perempuan. Awak bincang dgn dia tentang seorang gadis yg awak minat, gadis tu kawan dia. Seingat saya nama dia Athirah, maaf kalau saya silap. Hmmm, awak tak kenal dia sangat, tapi awak nak berkenalan dgn dia lebih rapat, awak kata awak suka Athirah tu.



Serta merta saya jadi cemburu, dlm otak saya dah fikir macam². Pelajar agama pun playboy ke, tak sangka langsung. Awak nak saya, dia pun awak nak juga? Aaya tak tahu kenapa saya tak dapat kawal diri saya. Saya hantar mesej dekat awak. "Sampai hati awak buat saya macam nie, saya betul² tak sangka!"



Tak sampai seminit, awak call saya. Tapi saya tak angkat, saya biarkan je. Saya tak sanggup bercakap dgn awak. Saya tahan sebak dlm dada tapi saya tak mampu. Akhirnya mutiara jernih tu jatuh berguguran jua, saya dah tak daya nak menampung. Buat pertama kali selepas sekian lama saya anti dgn lelaki, last² ego saya jatuh di tangan awak. Saya tak tahu, kenapa mesti awak ?



Kemudian awak hantar mesej. "Awak, angkat please, saya nak cakap dgn awak". Tapi saya still tak balas. Saya dah menangis teresak² masa tu. Seandainya awak tahu perasaan saya. Awak call saya lagi. Sampai 6-7 kali, saya tetap biarkan. And then awak dah give-up. Awak mesej saya.



"Saya minta maaf if ada sakitkan hati awak, saya tak tahu apa salah saya pada awak. Saya cuma nak awak tahu, saya bukan lelaki yg suka mainkan hati & perasaan orang lain. Sebab bila saya buat macam tu, saya tahu Allah akan balas balik benda yg sama dekat saya. Minta maaf. Assalamualaikum"



Saya biarkan. Saya tidur dlm keadaan menangis malam tu. Esoknya, petang, awak mesej saya. Awak tanya khabar tapi saya takda mood nak balas. Malam tu awak mesej lagi. Awak call banyak kali juga. Hmmm, saya pun dah fedup. Saya angkat je la, tapi saya diam.



Awak bercakap sorang². Awak tak tahu kan? Hati saya bergetar dengar suara awak masa tu. First time, padahal sebelum nie biasa je. Saya menangis, tapi saya kawal suara saya. Saya cuba buat suara macam biasa. Awak tak perasan.



Kita berbual macam takda apa yg jadi semalam. Tiba² awak tanya, "Awak, awak suka saya eh?" Saya terkedu. Macam mana awak tahu? Tapi saya masih nafikan. Saya jawab "Takda la, mana ada. Haish awak nie, jangan fikir bukan²". Pelik, sempat lagi saya gelak. Hmmm padahal nak cover tengah nangis.



Tapi suara awak serius. Awak tanya saya lagi. "Hmmm, awak sayang saya?" Saya diam. Awak ulang balik soalan yang sama. 4 kali awak ulang, saya ingat lagi. Saya tahu awak tak ingat. Takpa la awak.



Tapi awak ingatkan jawapan saya? Hmmm... "Saya tak suka kat awak la, saya sayang awak sebagai kawan je, kenapa awak cakap macam tu?" Saya masih nak menafikan. Awak terus desak saya.



"Betul² la. Saya tahu, awak sayang saya kan? Saya dapat rasa. Kalau tak kenapa awak hantar mesej macam semalam. Macam ada sesuatu je."



Saya tetap tak nak mengaku. Kemudian dgn alasan 'penat', saya tamatkan perbualan.



Awak tak putus asa, awak terus mesej saya lepas tu. Saya tak ingat apa awak hantar. Tapi seingat saya, saya ada balas. Saya kata: "Saya hantar mesej macam tu sebab saya ingatkan awak ikhlas kawan dgn saya, awak ikhlas sayang saya sebagai kawan & tak lebih dari tu. Saya cuma tak sangka yg awak cakap pasal couple apa semua tu, saya tak suka. That's all, takda apa pun actually. Saya minta maaf. Maassalamah"



Dlm hati saya Allah je yg tahu betapa beratnya saya nak hantar mesej macam tu. Saya terus nafikan perasaan saya yg semakin sayangkan awak. Saya tak nak awak tahu, sebab nanti mesti kita hanyut dlm cinta duniawi. Saya masih 'sedar' masa tu, awak. Lagipun kita nak PMR kan.



Namun, benteng yg cuba saya bina tak bertahan lama. Awak jarang hubungi saya dah saya rasa sepi, saya tak tahu la, rasa jauh dari Allah. Na'uzubillah. Tapi masa tu saya jadi makin leka. Saya asyik teringatkan awak. Saya benci diri saya sendiri bila teringat perkara tu. How i wish i can delete it from my memory.



Awak, awak tahu tak? Saya dah mula kesunyian bila awak takda. Sampai suatu tahap, saya jatuhkan ego saya, saya biarkan nafsu menguasai diri, saya lemah!



Saya hantar mesej pada awak, saya suarakan hasrat hati saya. Saya beritahu perkara yg sebenarnya. Saya ceritakan perasaan saya pada awak. Tapi saya betul² tak jangka. Awak tak marah saya. Awak cakap yg awak pun sebenarnya sayangkan saya. Saya rasa gembira sangat² masa tu. Saya jadi lupa diri. Rasa macam cahaya baru masuk dlm hidup saya.



2 minggu awak, 2 minggu hubungan kita. Tapikan, kita tak couple, kan awak? Kita just being platonic. Lebih dari kawan, tapi bukan kekasih. Saya rasa happy dlm tempoh 2 minggu tu. Kita letak status dekat facebook 'in a relationship' masa tu. Ramai kawan awak add saya, tapi saya tak approve pun, saya just me'not now'kan request mereka. Kawan saya pun ada yg add awak, tapi awak selamba je approve, saya tak kisah. And awak ada cakap dekat saya, ayah awak tanya siapa saya sebab dia nampak dekat facebook awak, then awak gurau dgn ayah awak. Saya pun tak ingat apa dia.



Kenapa 2 minggu? Ehh, saya kira? 2 minggu 2 hari la. Awak mesti ingatkan? Satu hari tu awak call saya, tanya tentang folio geografi, tapi tak sempat saya jelaskan, awak dah tutup handphone. Saya rasa pelik dgn sikap awak. Saya cuba hubungi awak lagi, tapi tak dapat. Phone awak tak on. Saya biar je la. Tak nak cari gaduh dgn awak. Yeah mungkin awak sibuk. Perasaan risau tu ada, tapi saya pendam.



Then suddenly awak hantar mesej lepas 3 hari. Saya terkejut. Awak kata: "Maaf, ana telah menyebabkan anti terjebak dlm kegiatan maksiat, assalamualaikum."



Saya directly call awak, mesej awak. Tapi satu pun awak tak jawab, satu pun awak tak angkat. Saya sedih, saya menangis puas². Pedih sangat² hati saya masa tu.



Bila hati dah tenang, saya cuba berfikir dgn waras. Saya tak boleh. Saya jadi bengang. Saya terus mempersoalkan. Kenapa awak beriya² nak dapatkan saya 2 tahun lalu? 2 tahun! Tapi lepas tu, awak dah dapat awak tinggalkan saya macam tu je? Kenapa awak? Apa salah saya?



Alhamdulillah, bila dah lama kita tak berhubung. Saya semakin tenang. Saya dapat lupakan awak. Awak nak tahu? Result exam pertengahan saya melonjak naik. Saya gembira sangat. Markah saya meningkat mendadak drpd exam bulanan yg lepas. Saya bersyukur. Mungkin ada hikmah kita tak berhubung? Maybe saya lebih fokus dlm pelajaran? Entahlah. Masa tu, saya nak sangat² share berita nie dgn awak. Saya lupa semuanya. Saya dah siap taip mesej dekat handphone saya .



Bila saya nak hantar mesej tu, saya cari nama awak tapi tak jumpa. Ouh, baru saya teringat. Saya dah tukar nama awak dlm phone saya .



Saat tu menitis lagi air mata saya, laju je. Baru saya tahu betapa pedihnya kehilangan awak. Selama nie saya cuba nafikan, saya ingat 'cinta' kita yg baru² nie main² je. Sebab tu saya cuba sibukkan diri belajar utk lupakan awak. Tapi saya tak sedar yg saya terlalu sayangkan awak.



Sebulan kita tak contact, saya mengalah, saya tak nak berharap lagi. Namun kehadiran awak secara tiba², menggugat sekali lagi ego saya. Saya kalah. Awak mesej saya, takda salam, takda mukadimah. Terus lirik lagu Samsons, masuk inbox saya.


"Walau ku masih mencintaimu, ku harus meninggalkanmu, ku harus melupakanmu; meski hatiku menyayangimu, berani membuntukanmu, ku harus merelakanmu"


Saya hampir tergelak dlm tangisan. Sebab awak salah lirik. Tapi takpa la, asalkan maksud dia sampai. Saya teragak² nak balas. Sebab saya betul² nak lupakan awak. Tapi, saya tak nak jadi insan yg memutuskan silaturahim. Jadi saya balas je la.



Kita mesej, tapi saya rasa awkward. Entah la awak. Bila awak tanya "Awak masih sayang saya lagi?" Sebenarnya saya tak tahu nak jawab apa. Tapi saya jawab apa yg terlintas di hati saya masa tu.


"Saya tak pernah berhenti menyayangi awak"



"Kenapa awak sayang saya?"


"Sebab Islam yang awak pegang & saya harap awak dapat tunjukkan saya ke arah Jannah-Nya"



Awak, saya tersilap masa tu. Saya betul² menyesal. Redha Allah hanya akan diberi pada hamba yg beriman kan? Saya dah salah tafsir. Saya ingat dgn 'bercinta cara Islam' nie boleh la kan? Nasihat satu sama lain ke arah kebaikan. Tapi, ternyata memang salah awak. Sekarang baru saya sedar.



Tapi dulu, saya buang jauh² apa yg saya rasa tu. Bila awak contact saya balik, saya rasa happy. Kadang² saya teringat semula usaha yg saya dah buat utk lupakan awak. Tapi saya tak endahkan langsung. Saya biarkan diri saya terus hanyut & awak pun sama sahaja!



Saya pernah tanya awak. Kenapa awak putuskan hubungan kita masa tu? Awak kata sebab masa tu awak baru balik dari Kem Motivasi & Ibadah. Awak tanya brother kat situ apa hukum couple nie? Dia pun jelaskan semuanya. Kemudian awak tanya macam mana nak putuskan hubungan couple tu? Brother tu suruh la awak buat, yg macam awak hantar mesej kat saya tu.



0uuh, baru saya faham. Terima kasih awak.



Bila saya cakap dekat awak, sebulan lebih kita tak contact. Awak jawab. "Ouh, tu pun nak kisah ke?"



Masa tu baru saya rasa macam baru bangkit dari mimpi. Awak memang dah betul² berubah ke arah yg lebih baik. Alhamdulillah. Saya harap saya pun dapat buat macam tu. Saya akan cuba.



And then, cuti pertengahan tahun pun tiba. Awak balik rumah.



Hmmm, awak nak tahu? Masa malam tu, awak dekat tuisyen. Awak bagi saya number phone ibu awak. Saya bergurau je mula². Tapi awak bagi betul². Awak suruh saya berborak dgn ibu. Saya ikut je la. Tapi saya cakap sikit je awak, saya tak reti la. Balik tuisyen, awak tanya apa jadi. Awak gelakkan saya, happy sangat² masa tu.



Tapi, bila awak balik. Tengah malam tu awak text saya. Saya pun balas la. Kita tengah bergurau. Tapi tiba² awak marah saya. Awak kata "Apa yg awak faham ha? Kalau tak faham cakap je la tak faham!"



Tersentap hati saya, awak. Saya online, saya cuba chat dgn awak tapi awak kata takda mood. Hmmm... Okay fine saya tak nak cari gaduh, saya biarkan awak tenang dulu.



Pagi tu, hujung minggu saya try mesej awak. Tapi awak buat tak layan je. Last² saya pun dah malas. Saya cakap "K".



Tengah hari baru awak balas. Tapi saya rasa bengang, awak tahu tak. Tak perlu balas kalau setakat nak cakap "Buat apa nak sedih, takda kerja nak sedih² nie, buang masa je".



Awak memang tak memahami. Awak memang dah jauh berubah. If awak lost contact dgn saya, saya rasa lagi senang hati kot. So tak perlu la awak nak perli saya sampai macam nie, kan?



Saya tak tahu apa yg saya dah buat. Saya ingat bila kita dah kawan semula macam dulu, macam biasa, and takda hal² merepek love² nie antara kita. We can just be cool and awesome, like nothing had happened, right? We did , yeah lepas lost contact tu kita kawan macam biasa, macam tak pernah gaduhkan?



Tapi kenapa awak tiba² jadi macam nie. Bingung saya.



Awak, awak ingat tak? Hari tu, awak marah saya lagi. Awak marah saya teruk sangat². Nasib baik saya tengah duduk dgn family ramai² masa tu. Kalau tak confirm air mata mengalir deras waktu tu juga.



Masa tu, saya start mesej. Saya tanya awak, "Dah siap belum folio sejarah?" Awak kata "Belum". Sepuluh words saya bagi, satu jea awak balas. Baik tak payah, kan awak.



Then suddenly jea. awak hantar .



"Kalau awak dah takda apa² hal lagi dgn saya, tolong jangan bazirkan credit awak mesej saya boleh tak? And tolong jangan perabiskan duit mak bapa saya nak mesej awak. 0kays ?"



Cool! That's it! awesome!



That's the last message you had ever send to me, right? Memang saya terus naik bilik & nangis puas². Haish, so unmatured. Tapi awak tak tahu kan? Awak tak tahu saya sedihkan? Awak tak tahu saya menangiskan? Awak tak tahu saya sakit hatikan? And the most important thing is, awak tak pernah tahu siapa sayakan.



Sejak hari tu, saya terus decide tak nak ambil tahu apa²pun pasal awak lagi. Saya tak nak terlibat lagi dlm gejala tak bermoral macam nie. Cinta sebelum nikah? Astaghfirullah. Semua nie hanya mengundang dosa drpd Allah. Layak ke kita nie jadi hamba yg mengaku beriman kpdNya?



Saya terus diamkan diri & tak buat apa lagi. Kadang² saya kutuk diri sendiri, kenapa ego yg selama nie saya pertahankan, boleh jatuh dekat tangan lelaki yg langsung saya tak pernah jumpa! Kenapa? Saya tak tahu, yg saya tahu setiap perkara yg terjadi Allah adakan hikmahnya. Perkenalan kita tak sia² awak. Suatu hari nanti kita akan tahu hikmahnya. Cuma masanya tak sesuai, sebab kitakan budak² lagi. Baru tingkatan 3 la, study dulu.



Awak. Awak tak pernah tahu yg saya pernah 'lupa' pasal awak kan? Hari tu, saya terlibat dlm incident sikit, tak serius pun tapi effect my brain a little bit. Saya jadi lupa ingatan, err sedikit je la. Tentang pelajaran alhamdulillah, semua okays. Tapi nak tahu? I lost all my memories & everything about you.



Ouh , how i wish i can go back to that time and never remember about you again...



Bila dekat sekolah je, kawan yg dulu saya selalu cerita pasal awak dekat mereka. Mesti tanya, saya dgn awak macam mana? Saya tak tahu nak jawab apa, sebab saya langsung tak ingat awak. Waktu tu saya jadi macam orang asing. Blurr sangat². Saya langsung tak kenal awak even kawan saya suruh saya tengok gambar awak. At that time, how i really struggle to get back my memory about 'who are you' but i couldn't . It's just too hurts maybe?



Tapi lama kelamaan, saya dapat ingat awak semula. Sikit², saya cuba mengenali awak. Tapi saya tak pernah cuba contact awak semula. Saya tak nak menangis macam dulu lagi. Saya biarkan semuanya, saya berjalan terus ke hadapan, saya tak menoleh ke belakang lagi.



Saya takkan hiraukan awak lagi, biarlah awak dgn kehidupan awak. Asalkan awak bahagia, saya tak kisah. I will just keep moving forward.



Hari tu, saya ada online facebook. Ada banyak notification sebab saya dah lama tak buka facebook. Then, saya nampak ada satu notify drpd kawan awak yg add saya. Dia ada comment dekat status awak, dia tag nama saya.



Awak buat status lebih kurang macam nie la: "Teringat dekat dia, menyesalnya. Apa aku dah buat kat dia, sampai dia... oh tidak!"



Kawan awak tu comment: "*nama saya* ??"



Kemudian awak balas: "Takda la, cantik lagi dari dia."



Masa tu kan awak, saya tersenyum je. Tapi awak nak tahu tak? Saya tak sedar langsung air mata saya menitis. Sampaikan adik saya tegur kenapa saya menangis, baru saya tersedar.



Saya tahu saya tak cantik macam 'teman baru' awak. Saya sedar saya tak layak utk awak. Tapi awak, saya bersyukur sangat² sebab Allah selamatkan saya drpd dilukai awak dgn lebih teruk.



Hari demi hari, saya terus fokus utk PMR. Saya anggap apa yg awak dah buat selama nie, sebab ego awak sebagai lelaki. Saya cuba sedaya upaya utk lupakan awak.



Setiap kali kawan² saya tanya tentang awak, saya cepat² tukar topik. At last mereka faham, & mereka tak cerita tentang awak lagi. Saya lega.



Walaupun secara lisan saya kata kpd kawan² saya yg saya dah maafkan awak. Tapi dlm hati saya, Allah je yg tahu, awak. Maaf, saya masih tak dapat terima semua nie. Saya dah cuba, tapi mungkin belum masanya.



Baru sahaja tadi, awak call saya. Saya tengah study masa tu. Awak call saya guna unknown number. Saya angkat je call tu. Saya ingat siapa la, tak kenal langsung.



Tiba² awak suruh call balik, saya cakap "insyaAllah". Dah la masa tu saya tak tahu awak yg call.



Saya call awak semula. Saya tanya, "Nie siapa?". Bila awak sebut nama awak, saya terus terdiam. Saya tak tahu nak cakap apa awak.



Awak tanya saya, "Kenapa? Terkejut ke?" Of course saya terkejut, sebab awak menghilang punya la lama. Then tiba² awak contact saya semula. Kali terakhir awak contact saya, time awak marah² saya tu. Saya ingat lagi awak. Saya tahu awak tak ingat pun.



Awak, awak tahu tak. Masa tu saya rasa geram sangat². Awak bercakap dgn saya, macam tak pernah berlaku apa² antara kita. Slumberland je kan? Awak tanya hidup saya macam mana, itu ini itu ini. Saya pun jawab ala kamdar je.



Memang saya sakit hati sangat. Saya menangis masa tu & awak boleh kesan saya menangis. Tak sangka awak masih tak lupakan apa saya buat kalau kita calling. Hmmm?



Awak boleh pula tanya saya, "Awak, awak nangis ke? Awak jangan la nangis. Kenapa nie awak?"



Ya Allah, luluh hati saya dengar. Memang sweet suara awak masa tu.



Tapi, sweet awak dah tak mampu nak buat apa². Hati saya dah keras, awak. Saya rasa macam saya dah benci sangat² dekat awak.



Bila saya cakap, "Ye la. Dah awak hari tu marah² saya, sekarang call saya pulak"



Awak just cakap 'sorry awak' banyak kali. Awak, your sorry don't mean anything anymore to me.



Saya terus letak phone tadi. Saya tak mampu nak berbicara dgn awak lagi. Biarlah kisah kita terhenti sampai di sini. Saya tak nak ulangi kesilapan lalu. Apa yg dah jadi biarkan berlalu.



Awak text saya: "Semoga berjaya dapat straight A. Buat yg terbaik. Doakan utk saya ye. Saya pun doakan utk awak, kalau saya ingat la. k salam"



Saya balas: "Maaf, saya masih tak dapat terima perbuatan awak. Assalamualaikum"



Kemudian saya terus off handphone saya. Saya menangis teruk betul tadi. Saya tak mampu nak tahan lagi, saya tak daya nak menampung sebak nie lagi.


Orang pernah kata, "Jika hari ini anda membenci seseorang itu setengah mati, itu bererti anda pernah mencintainya setengah mati suatu ketika dahulu."



YA. memang saya sedang melaluinya. Dulu saya sayang bagai nak rak dekat awak. Hari nie, saya memang benci sangat² dekat awak.



Saya minta maaf atas segala kesilapan saya selama ini terhadap awak. Even salah awak atau salah saya. Memang saya yg selalu mengalah. Jadi, kosong² okays.



Saya doakan yg terbaik untuk awak. Mungkin ambil masa utk luka ini sembuh sepenuhnya.



Tapi saya yakin dgn adanya Allah, saya tidak sendirian. Semoga awak berbahagia. Saya tinggalkan awak krn saya lebih cintakan Allah. Saya harap awak berubah suatu hari nanti.



Assalamualaikum, awak.






P/s: Mungkin menghabiskan masa je saya menaip nie. Tapi sekurang²nya, beban di hati saya luntur jua walaupun tidak semuanya. Jika awak ada terbaca surat saya ini di mana², kemungkinan besar di ruang cyber, ketahuilah bahawa insan ini hanya mengharapkan keredhaan Allah.


Terima kasih kerana pernah memberi saya sebuah erti 'kasih sayang' suatu ketika dahulu.


<Artikel ni ditemui dlm Facebook>


✔ Agak panjangkan
Penat nak baca.
Apa²pun


~Islam Is The Way Of Life~


->Pandangan Dr Zainur Rashid Zainuddin tentang CINTA MONYET

4 123 Bingkisan Sahabat:

err...adalah hampir sama kisahnya dgn saya. Tapi saya kenal cinta lewat skit dr awk.

Boleh pulak sye suka kat sorg mamat ni. ntah cmne leh tertarik.. hahaha..tp bgus juga ditolak. sye bersyukur. Walaupun smpai sekarang masih xpernah merasai cinta at least dah pernah thu laa dulu. dan sye perlu bercinta lps kawen shj..:D

Pembetulan..
Nie bukan kisah saya..huhu..

kisah seorg gadis tak dikenali..

apa2pun

"NO COUPLE BEFORE NIKAH"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...