Photobucket

Monday, October 10, 2011

Sujud Syukur, Tanda Terima Kasih

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:28 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah sepanjang hidup saya terlalu banyak nikmat kejayaan dalam peperiksaan diberikan dalam saya bermulalah dari keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), keputusan Matrikulasi & keputusan setiap semester di Universiti.

Entri nie bukan bertujuan nak berlagak tapi nak muhasabah diri.

Kalau anda ditempat saya, sejauhmana anda menunjukkan rasa SYUKUR pada Allah? Jawab jangan tak jawab.

Adakah setakat mengucapkan Alhamdulillah?

Ya, sudah pasti ramai antara kita yang kata gitu. 

Saya pernah tanya kat beberapa orang sahabat CARA NAK BUAT SUJUD SYUKUR. Tapi pelbagai jawapan diterima sehingga kini saya pun tak pasti betul tak cara saya buat sujud syukur tu.

Kalau tak silap saya kat movie KETIKA CINTA BERTASBIH II, ada satu part tu Anna SUJUD SYUKUR bilamana Azam lamar dia sebagai isteri. Mana tau boleh buat juga nanti.

Sebenarnya point utama tulis entri nie untuk share tentang SUJUD SYUKUR yang mana saya dapat artikel nie dari page MUFTI BRUNEI. Jauh tu... Sebelah kampung saya Labuan.  



______APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?______

SUJUD SYUKUR ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yg dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.



______HUKUM SUJUD SYUKUR______

Jumhur ulama berpendapat bahawa SUJUD SYUKUR itu adalah sunat berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yg maksudnya:
“Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w keluar menuju ke dalam bangunan² tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat & sujud, & memanjangkan sujud Baginda. 


Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: 
“Sesungguhnya Jibril mendatangiku & memberi khabar gembira kepadaku. 


Jibril berkata:
“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yg memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya & siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yg lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud & selainnya bahawa Baginda s.a.w 
Jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yg mengembirakannya, Baginda akan melakukan sujud. 
(Syarah Al-Minhaj)



______PELAKSANAAN______

SUJUD SYUKUR di dalam mazhab As-Shafie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Menurut Dr Wahbah Zuhaily di dalam al-Fiqh al-Islami (2/118), SUJUD SYUKUR di dalam Mazhab As-Shafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan di atas kenderaan jika seseorang di dalam  permusafiran.

Terdapat 5 rukun di dalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
c. Sujud satu kali sahaja
d. Duduk selepas sujud tanpa bertasyahud
e. Memberi salam.

Di dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud & salam yg pertama. Takbir semasa sujud & bangun darinya.

Cara SUJUD SYUKUR di dalam Mazhab Hanafi & Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram & bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja & semasa bangun dari sujud.


Ibn Qudamah juga menyatakan bahawa cara SUJUD SYUKUR adalah sama dengan Sujud Tilawah/Sajadah di luar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "SUJUD SYUKUR dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yg dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat & sebahagian ulama' mengatakan wudhu' & Takbir diperlukan, ada beberapa yg lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud & berdo'a setelah berkata: 


"Subhaana Robbiyal A’laa."



______PENUTUP______ 

SUJUD SYUKUR seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yg tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah. Dari itu, suka diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w & tidak mengabaikan ajaran Islam.

Ayuh jadikan amalan kita utk bersujud syukur setiap hari =)


Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...