Photobucket

Tuesday, October 4, 2011

Talkin Perlu Dihayati

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 11:37 PM 4 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Nak kongsi bacaan talkin utk dibaca & dihayati bagi peringatan kita yg hidup.

Moga ambil ikhtibar supaya kita membuat persediaan bagi menempuh alam barzakh seterusnya alam akhirat.

Masa baca tu, cubalah sebut nama sendiri.


Bukanlah perkara yg  mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..



Bismillahhirrahmannirrahim.

Mahasuci Tuhan yg Engkau bersifat dgn Baqa’ & Qidam, Tuhan yg berkuasa mematikan sekalian yg bernyawa,


Mahasuci Tuhan yg menjadikan mati & hidup utk menguji siapa yg baik & siapa yg kecewa.


Mahasuci Tuhan yg menjadikan lubang kubur sebesar² pengajaran utk menjadi iktibar kpd orang yg lalai & sebesar² amaran kpd orang yg masih hidup.


Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam & binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yg Mahabesar kuasa  menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA, wahai SAYA Binti IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji² Allah yg mana kamu ada bawa bersama² dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar²nya melainkan Allah & bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.


Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA, apabila datang kpd kamu 2 orang malaikat yg serupa dgn kamu iaitu Mungkar & Nakir, maka janganlah berasa gentar & takut, janganlah kamu berdukacita & risau serta janganlah kamu susah hati & terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya Mungkar & Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 

Siapakah Tuhan kamu? 


Siapakah Nabi kamu? 


Apakah agama kamu? 


Apakah kiblat kamu? 


Siapakah saudara kamu? 


Apakah pegangan iktikad kamu? 


Dan apakah kalimah yg kamu bawa bersama² kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan² mereka dgn cermat & sehabis² terang, tepat & betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak & janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang & berhati². Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, 


Muhammad nabiku,


Islam agamaku,


Kitab suci Al-Quran ikutanku,


Baitullah itu qiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat & mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. 


Semua orang Islam & orang yg beriman adalah saudara aku, 


Bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".


Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yg paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dlm alam Barzakh, sehingga sampai 1 masa kelak, kamu akan dibangunkan semula utk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya;

Mati ini adalah benar,


Soalan malaikat Mungkar & Nakir di dlm kubur ini adalah benar,


Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,


Berkumpul & berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,


Dihisab & dikira segala amalan kamu adalah benar,


Minum di kolam air nabi adalah benar,


Ada syurga & neraka adalah benar.


Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,


Begitu juga Tuhan yg maha berkuasa akan membangkitkan semula orang² yg di dlm kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah & selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.


Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kpd kamu. Tuhan jua yg menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah²an Allah Taala menjinakkan hati kamu yg liar & Allah menaruh belas kasihan kpd kamu yg berdagang seorang diri di dlm kubur ini.


Mudah²an Tuhan akan memberi keampunan & memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu & bermohon kepadaMu supaya tidak disiksa mayat ini dgn kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


"Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin."


Setiap yg bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"



Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar² berada di dlam kerugian, kecuali orang² yg beriman & beramal soleh, yg ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran  &  yg ingat-mengingati dgn kesabaran." …Surah Al-A’sr .


Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...