Photobucket

Friday, October 14, 2011

Graduan Pendidikan Tanam Anggur

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:52 AM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Malas nak ulas panjang. 
Just nak share RUMUSAN HASIL PERJUMPAAN ANTARA WAKIL GGIM (GABUNGAN GRADUAN  MALAYSIA) DGN KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA).

--> ISMP = IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Tarikh: 12 Oktober 2011
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Mesyuarat Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya



______  9 Tuntutan Saman ______


Hasil perbincangan antara wakil GGIM (Gabungan Graduan ISMP Malaysia) dgn KPPM (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) & Pegawai khas TPM yg berkaitan maka rumusan & jawapan pihak KPPM terhadap 9 TUNTUTAN tersebut adalah seperti berikut:-

TUNTUTAN 1:
Meminta pihak Kementerian Pelajaran Malaysia membuat satu pekeliling rasmi tentang tarikh penempatan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Ulasan KPPM:
Kata pihak mereka, semuanya masih dlm perancangan & terlalu awal utk diumumkan. Segalanya mesti mengikut prosedur. Jawapan yg tergantung & tiada kata putus yg konkrit. Harap semua graduan pendidikan sentiasa peka dgn segala makluman di laman web KPM bermula bulan November ini. 


TUNTUTAN 2:
Meminta penempatan graduan GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA) disegerakan. Kerana graduan ISMP tidak dapat bersaing dlm industri krn ditolak oleh majikan.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Segalanya mesti mengikut prosedur yg telah ditetapkan. Muktamad: Tahun 2011 - Tiada penempatan graduan ISMP. Masalah graduan ISMP ditolak oleh majikan, itu adalah soal majikan sendiri. Tiada kaitan dgn KPM. Graduan perlu pandai mencari peluang kerja yg boleh menerima mereka dlm pasaran kerja. Bagi yg terikat dgn kontrak biasiswa KPM: Anda bebas drpd kontrak jika tidak dipostingkan dlm masa 2 tahun & tiada sebarang ganti rugi dikenakan. 


TUNTUTAN 3: 
GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA) meminta TPM menyediakan satu slot bersama Graduan & Mahasiswa ISMP berkenaan isu penempatan GST (GURU SANDARAN TERLATIH).

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Bermula tahun hadapan, GSTT (GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH) akan dimansuhkan. 2011: Tahun terakhir kewujudan GSTT (GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH). Manakala bermula tahun 2012, GRADUAN GST pula tiada lagi jaminan diserap terus (diberikan penempatan) bila keluar nanti (penempatan berdasarkan tempat kekosongan) 

TUNTUTAN 4: 
GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA) meminta agar TPM merangkap Menteri Pelajaran memantau dari semasa ke semasa ke atas talian hotline KPM memandangkan terdapat percanggahan maklumat & talian tidak berjawab kerap berlaku.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Pihak Pengurusan Sumber Manusia berjanji akan memantau & mengambil tindakan yg sewajarnya tentang masalah ini. 


TUNTUTAN 5:
Graduan ISMP yg telah berkahwin memohon agar TPM mempertimbangkan penempatan mereka di satu daerah yg sama. Tidak kira di Semenanjung Malaysia atau Malaysia Timur.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Masalah utama terjadi kes ini, pihak KPM tidak mendapat status terkini graduan pendidikan samada mereka sudah berkahwin atau masih bujang. Kemungkinan pasangan suami isteri ditempatkan di daerah yg sama atau sekolah yg sama ada, itu pun jika wujud kekosongan tempat yg sesuai dgn option subjek yg diajar. Kalau sekalipun tidak diletakkan di tempat atau daerah yg sama, pihak KPM akan berusaha utk menempatkan pasangan suami isteri di tempat yg agak berdekatan seperti isteri di Terangganu, suami mungkin di Pahang. Dlm hal ini, penting bagi graduan pendidikan supaya kemas kini status terkini masing² sebagai makluman kpd pihak KPM supaya mereka boleh pertimbangkan dlm penempatan nanti. *Untuk rakyat Kelantan, tiada kemasukan penempatan ke Kelantan melainkan apabila anda sudah sampai umur hendak pencen. 


TUNTUTAN 6:
Graduan ISMP IPTS meminta agar Pekeliling Khas dpt dikeluarkan berkenaan status penempatan mereka.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Graduan IPTA/IPTS tidak akan diabaikan. Tetapi sekarang fokus KPM adalah terhadap graduan IPTA. Terdapat juga dlm kalangan IPTS yg tidak merujuk kpd KPM semasa membuat unjuran berkaitan dgn kuota pengambilan bakal graduan pendidikan dlm satu² tahun. 


TUNTUTAN 7:
Mahasiswa ISMP meminta Menteri Pelajaran merangkap TPM mengeluarkan kenyataan sekiranya terdapat jaminan yg mahasiswa ISMP IPTA & IPTS akan mendapat penempatan. Ini disebabkan isu posting ini sentiasa berulang² sepanjang tahun.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Penempatan graduan ISMP IPTA/IPTS tetap ada. Perkara ini masih dlm peringkat penyelerasan, jadi semuanya bersifat off record


TUNTUTAN 8:
Memohon kesamarataan & keadilan dlm penempatan ISMP sebagaimana IPG, DPLI & KPLI.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
KPLI/DPLI/IPG: diwujudkan atas dasar ‘keperluan semasa’ atau ad-hoc & mereka adalah terasing drpd graduan ISMP. Penempatan KPLI/DPLI/IPG adalah tidak menganggu ‘periuk nasi’ graduan ISMP krn option semua graduan telah ditetapkan oleh pihak KPM. Maknanya, KPLI/DPLI/IPG & ISMP ada bahagian masing² dlm penempatan.


TUNTUTAN 9:
Memohon TPM menghapuskan ujian INSAK serta menggunakan temuduga sebagai platform untuk pengambilan guru baru memandangkan graduan & mahasiwa telah melalui ujian MeDSI & temuduga sebelum masuk ke Universiti.

Ulasan KPPM (KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA):
Beza ujian MeDSI & INSAK ialah MeDSI: ujian yg dibuat oleh KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) utk kemasukan ke Universiti bagi kursus pendidikan. Tertakluk di bawah bidang kuasa IPT itu sendiri. INSAK: Ujian yg dibuat oleh KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dlm proses penempatan graduan pendidikan. Tertakluk di bawah bidang kuasa KPM sendiri. Untuk itu, ujian MeDSI yg dibuat oleh KPT tiada kaitan dgn pihak KPM krn itu tertakluk di bawah bidang kuasa pihak KPT sendiri. Jadi KPM tidak ada kuasa utk mendesak pihak KPT memansuhkan ujian MeDSI. Ujian INSAK tidak akan dihapuskan krn itu akan digunakan sebagai kayu ukur utk menilai keberkesanan & personaliti bakal guru. Matlamat KPM: Mereka hanya mencari guru yg terbaik. Jadi ujian INSAK adalah platform utk mereka mencari bakal-bakal guru yg mereka inginkan. 


RESOLUSI:
Hasil jawapan yg diberikan oleh pihak KPPM & pegawai semasa pertemuan tersebut maka wakil-wakil GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA) telah sepakat membuat beberapa Resolusi drpd hasil pertemuan ini iaitu:

Meminta pihak KPM membuat penyelarasan unjuran berkaitan dgn kuota penempatan guru. Masalah penyelarasan unjuran dilihat sebagi ‘ibu’ kpd semua masalah yg berlaku. Ini disebabkan krn sepanjang hal itu dibangkitkan didapati pihak KPM & KPT saling tidak membuat penyelarasan antara mereka berkaitan dgn kuato penempatan guru. Oleh sebab itu, timbul percanggahan penyelarasan berkaitan kuota guru yg diperlukan di mana ini telah mewujudkan isu lambakan graduan pendidikan. 

Meminta KPPM memberikan jawapan konkrit utk isu penempatan krn dari hasil pertemuan ini adalah positif kpd KPM tetapi tidak kpd GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA). GGIM (GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA) berasakan bahawa graduan ISMP seperti “tikus makmal” kpd KPM. 

Meminta campur tangan TPM merangkap Menteri Pendidikan Malaysia & Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri KPT) utk selesaikan kecelaruan penempatan graduan ISMP. Meminta pihak BPG (Bahagian Pengambilan Guru) menyatakan jumlah kekosongan jawatan Guru Baru utk pengambilan masa hadapan. 

ABDUL RAHMAN USMAN
PENYELARAS GGIM


0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...