Photobucket

Friday, October 28, 2011

Islamic Borneo Jamboree (IBJ) 2011

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 5:59 PM 8 comments

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya dapat juga mengikuti Islamic Borneo Jamboree (IBJ) 2011 anjuran Markaz Siswa Siswi Islam Sabah (MARSI) yg diadakan di Janda Baik, Pahang pada 14-16 Oktober 2011 yg lalu.

Pada tahun yg lalu keinginan untuk ke sana terhalang atas sebab komitmen sebagai exco Majlis Perwakilan Pelajar. Alhamdulillah, rasa syukur kehadrat Illahi akhirnya dipilih juga oleh Allah untuk menghadiri kem ini untuk menTARBIYAH diri walaupun tidak sampai 24 jam berada di sana. 

Apa itu tarbiah?

Penulis Quantum Tarbiah, Pak Solikhin Abu Izzuddin menjelaskan bahawa tarbiyah itu ertinya berubah, tetapi perubahan tanpa program & perencanaan akan gagal. Tarbiyah bekerja sebagai langkah pendidikan, pembinaan & pembentukan peribadi yg teratur, terarah & sistematik.

"Gagal memprogramkan bererti memprogramkan kegagalan"




Sebelum mengorak langkah lebih jauh, objektif IBJ dijalankan adalah:

Meningkatkan kefahaman asas² Islam kepada mahasiswa Sabah.

Memberikan bimbingan hala tuju mahasiswa di kampus.

Mengeratkan ukhuwah dalam kalangan mahasiswa Sabah di Semenanjung.

Memperkenalkan MARSIS sebagai wadah kebajikan Sabah.


Seramai 9 orang Srikandi Islam (Kak Lasmi, Affidah, Kartini, Halimah, Sumarni, Asy'adah, Aisah, Wani & saya sendiri) menjadi pilihan Allah sebagai duta² ISLAM UPSI yg turut hadir dalam IBJ'11. Walaupun program nie khas untuk anak² Sabah tapi semangat 3 orang adik² nie (Asy'adah, Aisah, Wani) yg berasal daripada Semenanjung untuk turut hadir sangat dikagumi.

Kami bertolak dari UPSI pada Sabtu 3pm memandangkan ada antara kami yg mempunyai kelas kokurikulum sehingga jam 1pm. Sudah menjadi lumrah dalam perjalanan menuntut ilmu pasti ada halangan.

Kisah nie berlaku di atas bas 2 tingkat SKS-KL semasa perjalanan menuju ke KL. Kami duduk di bahagian tengah tingkat 2 bas & ketika itu jumlah penumpang berada ditingkat atas sedikit saja lebih kurang 15 orang termasuk kami. Sepanjang perjalanan saya tidak tidur memandang sedang bersms dengan Che 'Atiey tapi sahabat yg lain sedang lena.

Tiba² bas yang kami naiki berhenti di tepi jalan berhampiran dengan kawasan R&R Rawang. Pemandu bas naik ke tingkat 2 bas & menuju ke seat paling belakang bas. Dia (pemandu) memarahi sepasang kekasih memandangkan melakukan perkara tidak senonoh di atas bas. Dia menyuruh salah seorang daripada mereka untuk turun ke tingkat 1 bas & lelaki itu turun meninggalkan kekasihnya (perempuan).

Kejadian yang berlaku membuatkan kami (perserta IBJ) terkejut sehingga tidak mampu lagi untuk tidur semula. Takut. Fobia. Risau. Dan macam² lagi yang kami rasa. Perlu kita ingat walaupun hanya segelintir saja melakukan kemungkaran di suatu tempat tapi Allah akan menurunkan bala sehingga mereka yg tidak bersalah turut menjadi mangsa. Ingat tak kisah TSUNAMI di ACHEH dulu?

Dalam rasa takut melanda dalam hati, salah seorang daripada kami iaitu adik Halimah bangun menghampiri perempuan itu memandangkan keinginan untuk menasihati mengatasi segalanya.

Allahuakhbar!!!

Mampukah kita menjadi sepertinya?

Konklusi daripada kisah ini:
1. Jangan melakukan perkara yang tidak senonoh di atas bas sebab ada CCTV.
2. Amar makruf dan nahi mungkar perlu bergerak seiring.

“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yg makruf & mencegah yg mungkar, & beriman kepada Allah.” [Surah Ali Imran: 110]

Berbalik pada kisah IBJ... 

Setelah mengharungi perjalanan yang penuh memeningkan kepala, akhirnya sampai juga kami ke tapak perkhemahan dalam jam 7pm. Pada waktu itu peserta yang lain baru balik dari teratak Tuan Syed Hussein Al-Attas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib untuk slot riadah & perkongsian ilmu.

Kami bersiap² untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Tempat solat mengingatkan saya pada pondok terbuka yg terdapat di Kem Latansa milik Ustaz Dusuki.

Selepas itu, kami makan malam iaitu nasi goreng & telur dadar. Sejuknya makanan yg telah lama berhidang tidak mematahkan selera kami untuk makan memandangkan makan dalam talam. Allahuakhbar rindu makan dalam talam. 

Suapan pertama untuk SAHABAT ya....


Seusai solat Isya', ceramah yang bertajuk Mari Menjadi Hamba telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Jowel Nooh. Beliau merupakan orang Sabah menetap di Semenanjung memandangkan bertugas sebagai Kauselor PDRM cawangan PJ, alumni Marsis. Beliau memulakan ceramah dengan Surah Al-Mulk ayat 2, maksudnya:
Dialah yg telah mentakdirkan adanya mati & hidup (kamu)- untuk menguji & menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yg lebih baik amalnya & Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang² yg bertaubat).

Sedikit perkongsian ilmu yg saya dapat daripada ceramah beliau.

Sifat ketaQwaan:
1. Takut sama Tuhan
--> Jangan tertipu dengan kehidupan DUNIA

2. Beramal dengan perkaran yg disuruh dalam Al-Quran & Hadith
--> Semua orang ingin mati dalam keadaan yg baik & selamat
--> Perkara yg perlu dilakuan supaya mati dalam keadaan yg baik & selamat
Hidupkan budaya saling memperingati (Al-Ankabut: 69)
Kita ingin membantu orang lain dengan harapan Allah membantu kita.

Tinggalkan perkara maksiat

Kalau kita diperdengarkan seksaan KUBUR pasti tiada orang yg sanggup dikebumikan kecuali mereka yg banyak amal & ingin  cepat bertemu Allah.

Slot seterusnya adalah berkenalan dengan PIMPINAN MARSIS. Alhamdulillah mengenali segelintir daripada mereka memandangkan pernah mengikuti beberapa program Marsis sebelum nie.

Dalam sekitar 11pm, Akrab Discussion dijalankan di mana kami dipecahkan mengikut daerah besar di Sabah untuk membincangkan permasalahan yg berlaku di Sabah & cadangan mengatasi.

Alhamdulillah, slot yang sangat baik sehingga masing² sedar akan peranan besar di SABAH kelak.
"Sabah perlukan lebih ramai lagi pemuda² seperti kita"

Selepas melalui Akrab discussion, kami (peserta) mula mendapat pencerahan tentang;
Apa yg SABAH perlukan.


Apa yg mereka perlu "jadi" untuk membantu SABAH.


Program apa & di mana yg mereka boleh diikuti & berkhidmat di SABAH.


Saluran untuk mengikuti perkembangan dakwah & siasah di SABAH.


Proses Tarbiyah seterusnya di mana kami perlu menyusun diri dalam sebuah rumah sebesar 3 bilik KHAR untuk menempatkan hampir 100 orang peserta Muslimat supaya semua dapat tidur. Sepatutnya separuh tidur dalam khemah tetapi memandangkan dalam khemah yang dibanjiri air hujan semua peserta tidur dalam rumah bersama² AJK.

Zzzzzzzzz......................

4.00am di kala kebanyakkan peserta masih nyenyak dibuai mimpi, saya bangun untuk mempersiapkan diri memandangkan jam 5am kami dikehendaki berada di tempat solat untuk menunaikan solat Qiamullail secara berjemaah.

Suasana yg amat sejuk tidak menghalangkan kami untuk solat Qiamullail berjemaah, solat subuh berjemaah, bacaan Al-Mathurat berjemaah & tazkiah subuh.

Allahuakhbar betapa kuatnya apabila kita berada dalam jemaah. Mudah melakukan ibadat.


Perut yg lapar diisi dengan nasi lemak sebelum menjalakan aktiviti explorace dakwah yang dijalankan di sekitar kampung di Janda Baik.

Saya berada di kumpulan 5 & atas alasan senior (sem paling banyak) mereka pilih jadi ketua explorace dakwah. Dahlah datang lambat, ahli kumpulan pun tak kenal lagi.

Kami diingatkan supaya mengenali semua ahli yang terdapat dalam kumpulan itu sebelum sampai ke checkpoint 1. 

Berbekalkan barang amanah sepinggan tepung bercampur ikan bilis, gula & kacang hijau kami memulakan explorace dakwah menuju ke checkpoint 1.

Dalam perjalanan bermulalah proses taaruf antara kami.

Saya ringkaskan checkpoint yg kami lalui sepanjang explorace dakwah.

Checkpoint 1: Sedar dengan peranan kita untuk beribadat kepada Allah, menjadi khalifah seterusnya memakmurkan bumi. (Mencari perkara yg boleh dikaitkan dengan Allah)

Checkpoint 2: Ketaatan pada arahan ketua selagi tidak bertentang dengan syarak. (Membawa telur atas kertas)

Checkpoint 3: Kita perlu berpakaian yg mana ia boleh dibawa solat walaupun di mana kita berada. (Solat Dhuha dalam hutan)

Checkpoint 4: Strategi itu penting dalam melakukan sesuatu tindakan. (Mengasingkan tepung, kacang hijau, ikan bilis & gula)

Checkpoint 5: Ukhuwah dalam Islam itu menguatkan diri menempuhi onak & duri dalam perjuangan Islam. (Mengangkat seorang ahli kumpulan yg cedera).

Moga pengalaman yg sedikit sepanjang explorace dakwah mampu memasakkan fikrah kepada kami tentang ISLAM itu MUDAH.





Setelah berjaya melalui kesemua checkpoint kami melalui Teratak Pak Habib yg digelar University of Life  bersebelahan dengan Kem Semanggol (tapak perkhemahan) milik Puan Ainon Mohd (PTS). Sangat cantik. Gambar di atas kawasan rumah Pak Habib.

Setelah majlis penutupan kami bertolak kembali ke UPSI jam 3pm & sampai di UPSI jam 7.30pm

Sekadar ini saja perkongsian saya & yg pasti mungkin itu progam  MARSIS terakhir saya ikuti sebagai pelajar di Semenanjung Malaysia sebelum melangkah alam realiti di SABAH pada tahun hadapan.

Doakan saya.^_^


Mahasiswa UMP, UM, USIM, GMI Bangi, IIC, UKM Bangi, UIA Gombak, IPG Cheras, IPIS Bangi, METC (Malaysia Airlines Engineering Training Centre), KIST, UTHM, UTeM, UPSI & UITM Shah Alam yg dipilih Allah berada dalam IBJ 2011.


"Ukhuwah Tertaut, Islam dihayati"

Wallahualam

8 123 Bingkisan Sahabat:

salam kak.. sy student uitm shah alam. pergi jgak ibj hari tu. tp kak wana ni yg mana satu ya?

light 0F happiness nie nama apa erk?
yg mn satu?

oh.. yang jaga station solat dhuha tu ka? sy yang tergagap time debat tu :) pakai tudung purple baju biru. :)

bukanlah dik..
kakak pun jd peserta biasa jak..
kumpulan 5..^^

oh iyaka.. hehe x kenal la kak. kak pergi ka lamban nanti?

hihi..
nda apa la..
nda pi..
balik kg..
huhu..
lama sda nda balik kg..
setahun lebih..

hihi..
nda apa la..
nda pi..
balik kg..
huhu..
lama sda nda balik kg..
setahun lebih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...