Assalamualaikum & salam sejahtera...
❝ Nak bagitahu satu rahsia. Sebenarnya cik Wana tiada ✿Facebook ^__^ ❞
Agak² ada orang percaya tak statement nie. Hihihi. Sebenarnya cik Wana ada ✿FB lah. Dulu nama Calon Jenazah, sekarang nama Herwana Herman.
![]() |
Ni pulak Facebook versi Kelantan. Hanya anak Kelate sahaja dibenarkan mempunyai akaun Facebook ni. Jika anda nak mendaftar jugak, sila bermastautin di Kelate terlebih dahulu. |
![]() |
Facebook untuk anak Terengganu. Bagi semua yang BUKAN warga negeri Terengganu, anda dilarang unuk mendaftar! |
Rasanya, hari ini hampir semua orang di antara kita punyai akaun ✿Facebook. Namun berapa orang yg menilai & mengambil berat tentang sumbangan saham pahala atau dosa yg sedang berjalan dari profile ✿Facebook masing²?
Ada orang berkata,
❝ Eh, aku main ✿FB suka² jer, tak kan berdosa kot? ❞
Kita harus faham setiap saat dlm hidup, kita tidak akan terlepas dari 6 keadaan iaitu:
☑ Halal
☑ Haram
☑ Wajib
☑ Sunat
☑ Makruh
☑ Harus
Hukum menggunakan ✿FB adalah ‘harus’. Namun apa yg kita kongsikan dlm ✿FB itulah yg akan menentukan samada ia ‘halal’ atau ‘haram’, memberikan kita saham dosa atau pahala.
Antara dosa yg sering dilakukan dlm ✿FB tanpa sedar adalah:
✐ Meletakkan gambar sendiri yg tak menutup aurat.
✐ Menyebarkan gambar orang lain yg tak tutup aurat.
✐ Menyebarkan fitnah & umpatan.
✐ Berbual mesra (chatting) antara lelaki dgn perempuan dgn kata² yg boleh menaikkan syahwat.
✐ Mengurat anak gadis (dgn cara yg salah) atau isteri orang.
✐ Membuka aib diri, keluarga & orang² yg dikenali.
✐ Menggunakan bahasa² yg kesat.
✐ Menyakitkan hati orang lain.
Renungkan kesalahan² yg disenaraikan di atas & semak balik cara kita menggunakan ✿FB selama ini.
❝ Adakah ✿FB kita memberikan sumbangan pahala atau sumbangan dosa kpd kita? ❞

Cik Wana kagum tengok ✿FB sahabat²ku yg telah kembali kerahmatullah (Al-Marhum Fadhiri, Al-Marhumah Fatini, Al-Marhumah Hidayah & Al-Marhum Shahrizan). Alhamdulillah sepanjang hidup mereka dulu, mereka menggunakan ✿FB mereka dgn sebaiknya & memberi manfaat kpd sahabat yg melihatnya. Al-Fatihah buat mereka.

Ketahuilah hampir setiap hari ada puluhan, ratusan malah mungkin ribuan orang yg melihat & membaca ✿FB kita. Sanggupkah kita menanggung semua dosa yg diterima dari setiap orang yg menjengok ✿FB kita?
Mereka bukan setakat menjenguk segala post & gambar kita tapi mungkin akan tag & share gambar & semua post yg kita tulis kpd rakan² mereka.
Tindakan yg Harus Diambil Sekarang!

✔ Buang semua gambar yg tidak menutup aurat, tabbaruj & gambar² yg tidak sopan.
✔ Buang gambar² orang lain seperti artis, wanita cantik & mana² gambar yg tidak menutup aurat, seksi, aksi lucah & seumpamanya.
✔ Buang semua status yg berbentuk umpatan, fitnah, tiada kebenaran & mungkin punyai kata² yg menyakitkan hati orang.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Mohon maaf di atas semua kesalahan yg dilakukan. Tegurlah cik Wana kalau terlepas pandang akan kejahilan mengendalikan ✿FB.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
❝ Seandainya ✿FB kita membawa saham dosa, maka jika ditakdirkan esok kita meninggal dunia, saham dosa itu akan terus berjalan selagi orang melihat & berkongsi apa jua yg kita letakkan dlm ✿FB itu. ❞
❝ Sebaliknya jika saham pahala yg kita perolehi, bersyukurlah kpd Allah krn saham pahala itu tidak akan putus selagi orang lain memanfaatknnya. Insya Allah ❞
Subhanallah…
Ayuh kita ISLAH!!!
Wallahualam

0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment