Now Syaaban, Ramadhan is coming!!!
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hari ni cik Wana nak kongsi kisah tentang ✿Ta'labah: Cita-citanya hanya Syurga. Jom ambil ikhtibar. Moga kita juga jadi sepertinya.
✿Ta'labah salah seorang drpd para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yg punya misi & visi yg sangat agung. Seorang remaja yg begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W.
Namanya ✿Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah S.A.W berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kpd ✿Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah S.A.W menyuruh ✿Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dlm perjalanan mencari barang yg Rasulullah S.A.W hajati itu, ✿Tha'labah telah melalui sebuah rumah yg pintunya terbuka. Angin yg bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, & ketika itu ✿Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yg sedang mandi.
❝ A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kpd Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat Al-Quran yg menyenaraikan aku dlm golongan orang yg berbuat dosa! Ya Allah... ❞
Rintihan ✿Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri & terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yg dipuncaknya ada sebuah gua.
✿Tha'labah masuk ke dlm gua tersebut & asyik menangis. ✿Tha'labah menangis & menangis, beliau kesal amat dgn dosanya.
✿Tha'labah masuk ke dlm gua tersebut & asyik menangis. ✿Tha'labah menangis & menangis, beliau kesal amat dgn dosanya.
Pada masa yg sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan ✿Tha'labah beberapa hari namun ✿Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA utk mencari ✿Tha'labah & beliau terjumpa ✿Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata,
❝ ✿Tha'labah, Rasulullah S.A.W mahu berjumpa kamu. ❞
Kata ✿Tha'labah dlm ketakutan yg amat sangat,
❝ Kenapa? Sudah turunkah ayat Al-Quran tentang dosaku, sudahkah Jibril beritahu kpd Rasulullah. Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka! ❞
❝ Kenapa? Sudah turunkah ayat Al-Quran tentang dosaku, sudahkah Jibril beritahu kpd Rasulullah. Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka! ❞
Oleh sebab ✿Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah.
Apabila Rasulullah S.A.W menziarah ✿Tha'labah, ✿Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah S.A.W meriba kepala ✿Tha'labah.
Apabila Rasulullah S.A.W menziarah ✿Tha'labah, ✿Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah S.A.W meriba kepala ✿Tha'labah.
Tapi ✿Ta'labah mengetepikan kepalanya.
Rasulullah S.A.W bertanya,
❝ Kenapa wahai ✿Tha'labah? ❞
Jawab ✿Tha'labah,
❝ Wahai Rasulullah S.A.W, kepala yg penuh dosa ini tidak layak utk berada di ribamu. ❞
❝ Wahai Rasulullah S.A.W, kepala yg penuh dosa ini tidak layak utk berada di ribamu. ❞
Tanya Rasulullah S.AW lagi,
❝ Apa yg kamu mahu ✿Tha'labah? ❞
✿Tha'labah menjawab,
❝ Ya Rasulullah S.A.W, aku mahukan keampunan Allah ❞
Cita²nya hanya Syurga
❝ Apa cita² kamu wahai ✿Ta'labah? ❞
❝ Cita² aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa²ku. ❞
Lalu Rasulullah S.A.W berkata,
❝ Wahai ✿Tha'labah, aku menjamin kpdmu apa yg kamu mahu & cita²mu. Inilah bukti taubatmu. ❞
Tidak lama selepas itu, ✿Tha'labah menghembuskan nafasnya yg terakhir di riba Rasulullah S.A.W.
Ketika mayat ✿Tha'labah siap dikafan & tiba masa utk dikebumikan, Rasulullah S.A.W datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kpd Rasulullah S.A.W utk rapat ke kubur ✿Tha'labah.
Tapi Rasulullah S.A.W berjalan merapati kubur ✿Tha'labah dlm keadaan berjalan yg perlahan & seperti tersekat².
Sahabat² bertanya,
❝ Wahai Rasulullah S.A.W, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah S.A.W berjalan dgn tidak selesa? ❞
Rasulullah S.A.W menjawab,
❝ Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yg hadir menghantar ✿Tha'labah ke kubur. ❞
❝ Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yg hadir menghantar ✿Tha'labah ke kubur. ❞
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama ✿Tha'labah. Betapa takutnya beliau dgn azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yg sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah S.A.W, begitu mengharap keampunan Allah SWT & akhirnya menhembus nafas yg terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, & jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita.
✐ Apakah kita menyesal & bertaubat setelah berbuat dosa yg sengaja?
✐ Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yg tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa² kita.
Wallahualam
3 Syaaban 1433H
R.U.M.A.H.K.U
Wallahualam
3 Syaaban 1433H
R.U.M.A.H.K.U
2 123 Bingkisan Sahabat:
Ya Allah, byk dh dosa2 yg dh dibuat samada dlm sedar, dlm tak sedar.. mahu jadi seperti Tha'labah yg cita2nya hanya menghrapkan syurga Allah.. Tq 4 sharing,
samalah..moga Allah mengampunkan dosa2 kita samada dlm keadaan sengaja atau tak sengaja..sama2..moga bermanfaat =)
Post a Comment