Photobucket

Monday, June 11, 2012

Aku Tinggalkan Cintaku krn Allah

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:31 PM 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Alhamdulillah masih dipinjamkan oksigen oleh Allah utk meneruskan hidup sebagai hamba Allah. Terima kasih ya Allah.

╔══╗
╚╗╔╝
╔╝(¯`v´¯Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·
╚═ `.¸ALLAH..


Hari dah mula sesi persekolahan utk semester kedua. Agak penat. Meletihkan tapi best sebab tak perlu berperap kat rumah. Adalah  juga aktiviti meningkatkan kadar metabolisme. ^__^


Tengok tajuk entri je mesti para pembaca tak sabar nak baca. Kalau boleh tak perlu cik Wana melalut buat mukadimmah yg panjang. Betul tak? 


Dulu kisah Cinta versi Budak Sekolah Agama (Cinta: Naim Budak Sekolah Agama). Kali nie peringkat yg lebih tinggi sikit.


Kisah kat bawah ni cik Wana tujukan khas buat semua pelawat setia Teratak Pendidik. Wana suka baca. Moga dapat dijadikan ikhtibar supaya tidak berlaku pada diri. Kisah benar ini di petik dari www.ukhuwah.com.


Nak tahu kisahnya? Jom terjah =)


Aku tinggalkan cintaku krn Allah…

Salam utk semua. Saya terkejut krn cerita saya walaupun tergantung tapi mendapat sambutan yg saya tidak sangka. Oleh krn pada hari itu saya tergesa² dlm menulisnya lantaran kelas yg menghambat, maka saya ambil keputusan utk menulisnya kembali dari mula. Saya harap para pembaca yg sudi melihat tidak bosan dgn cerita saya.

Wahai teman² sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yg saya rasa & apa yg saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud utk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yg telah Allah s.w.t tetapkan kpd saya & kita semua orang yg beriman dgnNya. 

Kisah ini saya khabarkan agar apa yg saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi & tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri utk hari² kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan utk menyayangi & disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya utk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita utk dijadikan kekasih, tapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yg boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa & yg paling penting wanita yg amat saya percayai utk mendidik anak² saya kelak & generasi yg akan lahir drpd keluarga kami nanti. 

Utk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita utk hadir dlm hidup saya & dialah orangnya.

Dlm masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yg telah saya pelajari. Yg paling penting buat saya ialah bagaimana saya mula mengenali wanita² dlm hidup saya krn saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dgn seorang wanita pun & saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki & wanita krn saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. 

Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati utk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama² terpilih utk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yg telah saya ceritakan, bertudung labuh & sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki & tangannya. Itulah perkara pertama yg membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati² dlm mengatur butir bicaranya, bersopan santun dlm mengatur langkahnya, wajah yg sentiasa berseri dgn iman & senyuman, malah tidak pernah ke mana² tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dlm mesyuarat krn dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan & tidak sebelum itu. 

Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yg amat menjaga peribadi & maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap² dgnnya kecuali dia punya teman di sisi & atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan²kan. Saya seorang yg amat kuat bersembang & sentiasa punya modal utk berbual² seperti kata teman saya, tapi dgn dia saya menjadi amat pemalu & amat menjaga. 

Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dgn hanya menjadi dirinya tanpa perlu berkata² walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yg perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya & semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yg terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang utk berbual² dgn dia. Saya bertanya perihal keluarga & apa yg dia rasa bertugas di samping saya utk waktu yg amat sekejap itu. 

Alhamdulillah dia memberikan respon yg baik & dari situlah saya mula mengenali dgn lebih dlm siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yg memang boleh saya nampak dgn jelas, dia amat pemalu & dia amat kekok semasa bercakap dgn saya. 

Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yg pernah berbual² dgn dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu drpdnya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali & menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dgn baik & hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. 

Kadang² saya terlalai dlm menjaga hubungan kami & dialah yg mengingatkan. Dialah yg meminta agar kami mengehadkan mesej² kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami & bagi saya dialah teman hidup yg sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak²nya bercinta tapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. 

Tapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya & ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yg serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dgn saya pada satu hari. 

Saya masih ingat lagi kata² ummi yg buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male & female except for what is very important & official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now & I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.



Not a single phrase, nor a word.



 My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong & proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy & blessed family come from Allah, & you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, & you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Saya tiada kata utk membalas krn semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu tapi saya tak mampu utk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dgn apa yg dipanggil fitrah & apa yg dipanggil sebagai keperluan manusia. 

Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dlm lingkungan yg Allah redha. Tiada cinta yg Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yg telah saya pelajari lama dahulu & dari semua kitab Fiqh yg saya baca, tiada satu pun yg menghalalkannya.

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tapi saya tidak kuat utk menegakkannya. Saya tidak mampu utk menundukkan kemahuan hati saya. & kata² ummi memberikan saya kekuatan utk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: 
It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.

Saya percaya, itulah yg terbaik buat saya  dia. Dgn kekuatan itulah saya terangkan kpdnya & alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yg tidak berhenti mengalir tapi dia tahu itulah yg terbaik buat kami. Dia meminta maaf kpd ummi krn menjalinkan hubungan yg tidak sah dgn saya tapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. 

Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah Dia akan temukan kamu dlm keadaan yg jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang krn tiada apa yg menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci & saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dgn lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. 

Bagi saya & dia, inilah saat utk kami muhasabah kembali diri kami & kami betulkan kembali segala kesilapan yg telah kami buat. Inilah saat utk kami kejar kembali cita kami & sediakan diri utk menjadi seorang ibu & ayah yg berakhlak mulia & berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu & memohon moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yg sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yg tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yg tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya utk sementara. Saya telah berjanji dgn diri saya sendiri, dialah yg akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya utk seorang calon isteri telah berakhir. 

Insan seperti dia hanya satu dlm seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yg amat berharga yg pernah hadir dlm hidup saya. InsyaAllah sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik saja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia & melamarnya utk menjadi permaisuri di hati saya.

InsyaAllah saya akan setia menunggu saat itu & saya akan berusaha sedaya upaya saya utk mengekalkan kesetiaan saya.



Sekiranya kita telah bertemu dgn seorang insan yg amat mulia sebagai teman dlm hidup kita, janganlah lepaskannya krn kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dgn insan yg seumpamanya.


 Siapakah lagi dlm dunia ini yg menjaga adab berjalan antara lelaki & perempuan sebagaimana yg ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s & puteri Nabi Syuaib a.s beribu² tahun dahulu?



Renungkanlah diri kita. Pernahkah perkara serupa berlaku dlm kehidupan kita. Semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan.:)
Wallahualam.

2 123 Bingkisan Sahabat:

:) jarak antara 2 insan yang haram tu ada kasih syg dr Allah..

bila da halal indahnya Subhanallah...

subhanallah

semua perkara yg ditetapkan Allah ada hikmahnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...