Friday, June 22, 2012

Teruskan Mujahadah Wahai Mujahidah!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:04 AM No comments


Hidup itu memang bergelora. Sebagai dugaan utk manusia dlm mencapai keredhaan Allah, hidup itu ada naik & ada turunnya. Itu perlu utk hidup yg indah. Hidup itu memang bergelora & ia perlu ditangani bila hidup bermatlamat. Perlunya hidup kpd matlamat, ibarat perlunya kapal yg sedang berada di tengah laut bergelora & pada malam yg gelap gelita kpd 'light house'.

Sesugguhnya dlm hidup ini ada dua pilihan. Pilih hidup sekadar bertahan atau pilih hidup utk berjaya. Namun untuk berjaya hidup perlukan matlamat. Dan pilihan tu ada di tangan kita.

DUNIA ni umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg berlayar di lautan yg telah ramai karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah IMAN & layarnya TAQWA, nescaya kita tidak akan tersesat di lautan hidup ni.

P/S: Nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah utk istiqamah. Tutup ruang² utk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dgn kebaikan. Berkawan dgn kawan² yg baik. Usaha & terus usaha. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa² kita. [Airmata kesedihan tidak dapat dibendung. Ya Allah berilah daku kekuatan]

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...