Photobucket

Sunday, June 10, 2012

"Rules of Life" = "Sunahtullah"

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 8:51 PM No comments

Assalamualaikum &salam sejahtera.


Wah, rajinnya cik Wana update blog sejak akhir² nie.


Jawapannya mudah & senang. 
Masa lapang time cuti sekolah nie perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Esok dah start sekolah, InsyaAllah cik Wana bakal sibuk dgn tugas sebagai guru ganti. Blog kembali bersawang kalau tiada masa nak update. Apa-apapun doakan tau supaya Allah permudahkan segala urusan.

Wow, macam vogue je tajuk entri hari nie. Nak baca pun macam tak menarik. 


Kalau tue yg pembaca rasa, saya mohon 5 minit saja baca entri nie. Lepas 5 minit masih tak bermanfaat buat dirimu tekan saja button X. (Wah, main pujuk memujuk pula =p)


Teruskan pembacaan!!!

Kadangkala kita menginginkan sesuatu berlaku, tapi yg lain pula yg terjadi. Sebaliknya, ada yg kita tidak inginkan sama sekali tapi itu pula yg berlaku. Betul tak?




Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah & kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dgn sebaik²nya?

:PPertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yg kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life' (sunahtullah). Nak tahu tentang Sunahtullah <tekan sini>

Siapa yg tidak mahu menerima hakikat ini maka tidak layaklah dia hidup?
´.✿ Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yg hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola .´

Begitulah juga dgn hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yg kita idamkan dapat dikecapi.
:)Yg kaya, kadangkala tidak sihat. 
:)Yg ternama, dimusuhi orang.
:)Yg sihat, terputus pula kasih sayang.

Inilah buktinya kita masih & terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh TuhanNya. Justeru, kita tidak boleh memberontak: 
☑ Kenapa jadi begini? 
☑ Kenapa gagal?

Jika itulah yg selalu bermain² di dlm fikiran. Itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai. Tuhan dgn ketentuanNya. Jadi, apabila diuji katalah aku ini hamba Allah


´.✿ Layaklah aku diperlakukan seperti hamba .´


Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga di dlm hati. Tapi jangan sampai marah², putus asa & kecewa.


Apa yg Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pd kita tapi lama kelamaan kelihatan positif pula? 


Itulah yg dikatakan tadi, apa yg kita sangka buruk kadangkala baik utk kita. Begitu juga sebaliknya. 
´.✿ Katalah, kita ingin berjaya, tiba² gagal. Bukan tidak berusaha. Kita sudah pun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi? .´

Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupa²nya dgn sebab itu, Allah beri kita kejayaan yg lebih besar lagi. Contohnya, dlm perniagaan. Kita ingin keuntungan besar tapi yg kita dapat hanya sedikit.

Namun krn kegagalan itu kita berusaha lebih gigih. Akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada org lain yg pd mulanya mendapat keuntungan yg besar tapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Krna dia mula relaks, over confident sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yg pertama?

Bijak & baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai,
´. ''kegagalan itu anak tangga kejayaan''. .´

Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit. Kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. 

Tapi krn kita faham & yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. 

Begitulah kita dgn sesuatu yg negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai & bijak menanganinya. Jadi dlm hidup kita harus belajar: 
☑ yg pahit jangan cepat diluahkan, 
☑ yg pedih jangan segera dirungutkan… 

Sering ada kejayaan, kemanisan yg lebih indah menanti selepasnya.


Dlm dunia hari ini ada kelompok yg: 
☑ seolah² kuat kepercayaannya kpd takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. 
☑ kuat berusaha tapi longgar ingatannya kpd takdir Allah. 

Kita mesti bebaskan diri drpd 2 ektsrim itu!!!


:PEkstrim pertama, bergantung kpd takdir kurang berusaha. Ini tidak betul krn Allah ada peraturan-Nya yg dipanggil sunnahtullah.

Dlm sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab & akibatnya (cause & effect). 

Utk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus krn sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dgn berdoa, solat hajat & minum air penawar sahaja. Ini tawakkal tidak berbekal namanya.

:PManakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kpd takdir. Dia percaya pd usaha ikthiarnya sahaja, langsung tak bergantung kpd kudrat & iradat  Allah. 


Ini salah. 


Krn usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkanNya.

☑ Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yg sombong, lupa diri krn disangkanya kejayaan itu drpd kepandaiannya. 


☑ Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa & putus asa


Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apa²pun hasil usahanya, kedua²nya merosakkan!


Sebaik²nya kita berusaha sungguh² & kemudian bertawakkal (berserah kpd Allah). Kata orang: 
´.✿ "hujung akal, baru tawakkal" .´ 


Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya
☑ Kita syukur
☑ Kita tawadduk
☑ Kita tidak sombong.  


Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha tapi Allah-lah yg memberi kejayaan kita.

Sebaliknya, kalau kita gagal pula kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yg menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga tentu ada hikmah yg tersembunyi. Kembalilah kita kpd "ujian hidup" seperti yg diperkatakan pd awal tadi… 
´.✿ Ya kita hamba!!! .´ 

Ada kalangan manusia yg apabila berjaya dia mengatakan, 
´.✿ “ini semua hasil usaha saya…” .´ 


Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, 
´.✿ “semua ini sudah takdir…” .´ 


Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.

Jika kita katakan, kalau berjaya krn kita, tapi bila gagal krn Tuhan. Itu tidak beradab dgn Allah. Seolah² kita lebih bijak drpd Allah.  Dgn kata² yg demikian, kita merobek²kan sifat kehambaan kita. 


Bukankah Islam mengajar kita, 
:)mengucapkan Alhamdulillah (puji bagi Allah) apabila berjaya
:)mengatakan Innalillah (kita ini milik Allah) apabila kita gagal

Ya, syukur & sabar inilah pakaian kita. 


Dgnnya,
☑ dapat atau tidak dapat, 
☑ jadi atau tidak jadi, 


Hati tetap sama…kita tetap memiliki  & dimiliki Allah!!!


P/s: Moga kita mampu menjadi HAMBA ALLAH yg BERTAQWA.


Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...