Photobucket

Tuesday, June 19, 2012

Usrah: Memori Terindah buatku TerSENYUM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:44 PM 2 comments


Saat melangkahkan kaki ke sana, saya seperti mereka. Merasakan perbezaan antara kami. Negeri yg berbeza. Bahasa pertuturan yg berbeza. Bahkan opsyen yg berbeza.


Saya kelas Pengajian Malaysia,

InsyaAllah saya bakal Kaunselor,


Ana ambil Pendidikan Islam,

Saya ambil kos Biologi,

Opsyen ana Lughah Arabiah,

Saya opsyen Matematik.


Benar. Kami berbeza. Kelas yg berbeza. Tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Saat itu, kami rasa terasing. Saya lebih rasa terasing. Krn mereka bukan sahabat yg seiring bersama saya. Bukan sahabat sekelas. Bukan sahabat seopsyen. Saya datang dgn tudung segi tiga. Mereka datang dgn tudung labuh. 

Kaki terasa ingin melangkah keluar krn merasakan tempat itu bukan utk saya. Krn saya berbeza.

Namun, hati rasa terikat utk terus kekal di sana. Seperti ada suatu daya yg menahan diri drpd meninggalkan mereka. Setiap pengisian menyentuh jiwa. Murobbi² saya sememangnya hebat berkata². 

Namun, bukan kepetahan mereka berkata² yg saya kagumi. Tapi kehebatan kata² itu yg terus sampai ke dlm hati. Benarlah kata seorang ulama, kata² yg lahir dari hati akan sampai juga kpd hati.

Setiap minggu ada liqa'. Saat pertemuan umpama suatu keramaian bersama keluarga. Makan setalam. Minum segelas. Ukhuwwah yg lahir terasa indah. Lebih² lagi apabila ia lahir bukan atas faktor yg lain melainkan krn Allah.

Sehingga saat ini, setelah hampir 4 tahun bersama, saya semakin menyedari bahawa tiada lagi perbezaan antara kami. Mungkin secara zahir, kami sememangnya berbeza opsyen, berbeza negeri. Tapi kami mempunyai lebih banyak persamaan.


Kami mempunyai fikrah yg sama.

Kami mempunyai matlamat yg sama.

Kami mempunyai semangat yg sama.

Kami mempunyai Kekasih yg sama.

Dan kami mempunyai Islam bersama.


Semoga berusrah hingga ke syurga =)

I miss this word 
U S R A H

Wana PRODUK KELUARAN mereka

2 123 Bingkisan Sahabat:

USRAH tempat dimana kita meningkatkan iman, saling menasihati, saling memahami Islam, memantapkan fikrah, memenuhi muwasofat tarbiah juga membincangkan soal Islam dan seisinya..Best dan indahnya berUSRAH..(^_^).....

betul2...bnyk yg indah itu m'buat sentiasa terkenang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...