Saturday, June 30, 2012

Loo Jo Yee Memilih ISLAM

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:52 PM


Now Syaaban, Ramadhan is coming...


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Hari nie cik Wana nak share tentang Loo Jo Yee. Cuba tengok mukanya. Comel & tenang saja tengok muka Loo Jo Yee (Selendang warna-warni)

Alhamdulillah Hidayah Allah telah sampai kepadanya.


Hidayah Allah itu datang dlm berbagai cara. Tapi ternyata Quran itu menyimpan sejuta satu rahsia. 

Iqra'...

Loo Jo Yee. Ada kisah menarik mengenainya. Mari kita kongsi ceritanya.

Dia tiada nama Islam krn sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dgn nama Islam & hanya perlu ber'binti'kan kpd Abdullah serta tak perlu tukar bangsa maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Dia telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang² utk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, dia terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yg kuat & dia bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarganya sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yg menarik.

Yg pertama adalah dia mempunyai ramai rakan² yg beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing². Ketika itu, dia bermatlamat utk membawa rakan² Islam utk masuk agama Kristian.

Namun utk berdebat dgn rakan², dia telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w & mengkaji kemunculan Islam utk mencari kelemahan Islam.

Semakin dia mengkaji, semakin lama dia mula tertarik dgn ajaran Islam. Dia sendiri mengaku bahawa di dlm Bible banyak perkara yg telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dgn lebih mendalam utk mencari perkara yg sebenar. Dgn itu, dia telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yg membawa hidayah keduanya adalah ketika dia menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit kanser. Dia merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan dia walaupun masih muda.

Rakan² Islam Jo Yee telah banyak encourage dia utk cuba berdoa kpd Allah taala. Dia cuba dgn menadah tangan, menangis & hanya berserah kpd Allah.

Keesokan harinya, ketika dia menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, dia yakin dgn kuasa Allah taala & pada waktu itu jugalah dia mengucap 2 kalimah syahadah. 


Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba krn dia berasa telah dipilih Allah utk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yg seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yg dia terima selepas bergelar muallaf hingga dipulaukan rakan² sendiri & keluarga tercinta. Dia sangat bersyukur krn mendapat keluarga angkat di Ipoh yg mengambil berat terhadapnya. 

Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang utk berdakwah kpd remaja rakan yg seusia dgn cara tersendiri.

Jom kita saksikan video di bawah.



Wallahualam


Kisah Loo Jo Yee memilih Islam mengingatkan aku Kisah Kak BalQis Khairina memilih Islam. Jom baca kisah kak BalQis  DI SINI.

Friday, June 29, 2012

Corat-coret Guru Ganti [Bas]

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 7:38 PM


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Alhamdulillah bulan ke-5 dah habis & insyaAllah minggu depan masuk bulan ke-6 mengajar di SKRR. Tempoh masa yg lama buat saat ini bergelar sebagai seorang pendidik. 

Memikul amanah & tanggungjawab sebagai guru ganti sementara menunggu penempatan sebagai seorang guru sebenar.

Posting!!! Posting!!! Posting!!! Datanglah padaku.



Graduan Ijazah Pendidikan tapi gaji ikut taraf SPM

Gaji? [Mata duitan juga cik Wana nie]

Sebenarnya bukan gaji yg jadi persoalan besar dlm entri hari nie. Tapi, sebenarnya perjalanan hidup bergelar guru ganti. Rasanya ini entri pertama cik Wana membongkar rahsia kisah dirinya di blog setelah bergelar guru ganti. Hanya suka². Utk bacaan di hari tua. [Kalau masih hidup di dunia] okaja*

Di sini kisah bermula. 


Orang kata kat aku, bestnya dah ada gaji sendiri. Tapi aku kata biasa² saja. Tak banyak pun. Tapi, Alhamdulillah pengalaman banyak drpd gaji ^____^.

Gaji digunakan hanya utk bayar tambang bas saja. Balik dari sekolah menaiki 2 bas mini. Naik bas mini 2 tambang RM1.50 & bas mini 6 tambang RM1.00. 

Kalau ada cikgu lain simpati ditumpangkan sampai bandar so naik bas mini 6 saja. Kalau ada cikgu lain yg lebih baik hati ditumpangkan sampai simpang jalan dekat rumah. 

Wah, rasa bahagia saat itu sebab tak perlu habiskan masa 1 jam 30 minit lebih utk sampai rumah selepas balik sekolah. Kalau balik jam 2.00pm insyallah di rumah sekitar jam 3.30pm. Walaupun malu tapi ikut juga naik kereta apalagi cikgu tu beria² nak tumpangkan. 

Kadangkala pura² baca sms semasa tunggu bas di perhentian bas ketika kereta cikgu² lain lalu.

Kadangkala pura² baca buku sampai tak sedar kereta lalu di depan mata.

Kadangkala pura² khusyuk bercerita dgn anak murid yg tunggu ibu bapa mereka.

Inilah taktikku. Sungguh pemalu & tidak mahu menyusahkan orang. 

Menunggu bas mini 2 lalu di SKRR pun boleh buat orang berjanggut. Masa menunggu bas mini paling cepat pun lebih kurang 5 minit & paling lama 30 minit. Sehingga membuatkan mengenali murid² yg sama² menunggu, mengenali orang yg menjemput murid² dari sekolah & banyak lagi.

Kadangkala tidak perlu menjenguk kepala melihat samada bas dah tiba atau belum sebab murid² dah sukarela nak tahankan bas. Saat paling seronok bila dah naik bas, murid² ramai² teriak

Babai ustazah, besok kita jumpa lagi


Pada ketika itu yg pasti semua yg berada dlm bas akan memandang. Kadangkala terdengar bisikan kecil sesama mereka. 

Tak marah pun. Tak kisah pun.

Kalau drebar bas peramah mesti dia ajak berbual. Nak mulakan perbualan sudah pasti tidak kerana lebih baik tidur. Dah penat bercakap masa di sekolah. Pusing², lalu sana, lalu sini, insyaAllah 30 minit kemudian sampailah di bandar. 

Sampai di bandar menunggu bas mini 6 di stesen bas. Untung nasib  badan, sekejap saja bas dah penuh. Kalau tidak bernasib baik, terpaksalah mandi peluh di bawah matahari terik menunggu kehadiran orang memenuhkan ruang di dlm bas.

Sampai di simpang jalan, berjalan kaki lebih kurang 15 minit menuju ke rumah.

Hidup tidak terlepas drpd dugaan, tapi itu bukan bermakna Allah SWT membenci kita atau sengaja ingin menyusahkan kita. Ada sesuatu yg ingin Dia berikan. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah SWT dgn hati yg tabah, sabar & redha

Inilah perjalanan hidupku selama 5 bulan selama cik Wana bergelar sebagai guru ganti SKRR. Ini baru sebahagian. Belum lagi lebih detail. 

Moga Allah mempermudahkan segala urusanku.

Ya ALLAH ya tuhanku. Jadikan aku seorang pendidik yg lebih baik & benar boleh memahami anak muridku. Jadikan aku seorang yg sentiasa penyayang, tenang & sabar. Jadikan aku seorang yg jujur, baik hati, adil & tegas dlm melaksanakan amanahMU ini. Amin

Wallahualam 

Tuesday, June 26, 2012

Please, ni Cara HARAM Bertudung!!!

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 6:38 PM

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Beberapa hari yg lalu cik Wana terjumpa satu entri kat blog seorang mamat nie. Tapi nie bukan mamat Jiwang suami minah Brutal tau. Mamat lain. =)

Entri menarik tertarik kau memang deboommmlah. Satu perkara yg cik Wana salute bila baca blog seorang blogger mamat nie adalah MAKAN DALAM. (simpulan bahasa ciptaan cik Wana. Maksud: buat sesuatu sehingga sesiapa yg berkenaan utk terasa)


Entri di bawah diedit dari blog mamat nie. Jom baca ^___^

It just a short & simple post...
I posted it because I think its IMPORTANT


To avoid from being an ignorant muslim, kita sama² share ok?

Kita tak boleh pakai tudung yg ada bonggol kat belakang, maka sanggullah rambut anda tu ke bawah :) 

Nie ada pula yg beli tudung yg siap ada bonggol palsu, mcm predator pun ada... Haha


Okay. Aku tahu yg kami malas nak baca tulisan panjang². Aku pun macam tue juga. Tapi sekarang rajin²kan diri baca 2 hadis ni. Aku dah siap tulis, cuma nak baca ja :D

 Akan muncul dlm kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yg menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu² masjid. Wanita² mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yg lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita² yg terlaknat 
Hadith Riwayat Ahmad >

Dua golongan penghuni neraka yg mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yg membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya utk memukul manusia & juga kaum wanita yg berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan & berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yg bergoyang². Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu & begini 
< Hadith Riwayat Muslim >


Semua orang ada nafsu utk kelihatan cantik & sesetengah hamba Allah tak berjaya lawan nafsu ni.

Boleh ke kita just conclude mereka ni BERNAFSU BESAR? 

JOKE 

Marilah kita sama control nafsu & menolong orang control nafsu ya kawan²?



Ingatlah. Di dunia ni kita suka sembang² pasal hal yg kita suka di dunia. Tapi ketika kita di dlm syurga & neraka kita akan hanya ingat kpd mereka² yg sentiasa tegur & beri ceramah & nasihat pada kita. Dan pada saat itulah kita sedar yg ianya penting :)


Moga bermanfaat. Wallahualam...

Sunday, June 24, 2012

Mamat JIWANG: Aku Terima Nikahnya Minah BRUTAL

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 10:29 AM

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Just nak share kisah nie. Jumpa kat FB, rasanya dah ramai blogger yg tulis kat blog masing². Ambil yg baik buang yg keruh ^_^


Isnin (MULA² BERKENALAN di stesen KTM)



Mamat: Assalamualaikum. Hai awak, saya nak berkenalan dgn awak boleh tak?
Minah: Waa'laikumussalam. Boleh, tapi kena jumpa mak bapa aku dulu. Minta izin. Kalau mak bapa aku bagi, aku on je.
Mamat: Waaa.. Boleh tahan erk awak ni? Ok saya jumpa mak bapa awak. Bagi alamat rumah awak.
Minah: Ni i/c aku, cepatlah salin alamat aku.
Mamat: Tangan menyalin sambil tersenyum² (Dlm hati: Ceh, malas betul punya minah! Takpa². Wah, nama NURUL IMAN! Lembut je nama tapi perangai brutal tul)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPA SI MINAH)

Mamat: Assalamulaikum pak cik, mak cik. Sihat?
Pakcik & Makcik: Waa'laikumussalam. Alhamdulillah kami sihat. Tapi, anak ni siapa?
Mamat: Saya MOHD AIMAN. Saya datang jumpa mak cik & pak cik ni sebab nak minta izin nak berkenalan dgn anak pak cik yg bernama NURUL IMAN.
Pak cik: Alhamdulillah. Ada lagi pemuda yg gentleman macam kamu ni lagi ya zaman sekarang. Sebenarnya, kamulah pemuda yg pertama datang minta izin sebelum nak berkenalan dgn anak pak cik, NURUL IMAN tu.
Mamat: (Dlm hati: Wah, bangga aku sebagai seorang lelaki sejati!)
Mak cik: Sebelum² ni takda siapa yg berani datang. Katanya si NURUL IMAN tu garang sangat orangnya. Sebenarnya tak. Si NURUL IMAN tu orangnya lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin & agamanya pun baik.
Mamat: Sambil angguk² & tersenyum² mendengar cerita mak bapa minah. (Dlm hati: Ceh. Lembut ke? Sopan ke? Budi bahasa ke? Takda gaya langsung. Takpa². Wait & see minah)
Pak cik: Pak cik izinkan anak berkenalan dgn anak pak cik NURUL IMAN.
Mamat: Terima kasih pak cik, mak cik.

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN)

Mamat: Awak, parents awak dah izinkan saya berkenalan dgn awak.
Minah: So what? Ada aku kisah.
Mamat: Tersenyum dlm kebengangan. (Dlm hati: Eh². Sabar hati. Sabar.)
Minah: Wei, aku nak jumpa mak bapa kau pula. Ni fon aku, kau salinkan alamat kau. Pastu save message.
Mamat: Awak nak buat apa jumpa ibu ayah saya? (Sambil tangan laju menaip alamat rumah & save message)
Minah: Yg kau sibuk kenapa? Macam mak nenek. Banyak tanya. Esok kau jangan ada dekat rumah dari jam 11am sampai jam 12pm, kau merayaplah ke mana²pun. Kalau ada gak kat rumah, aku bakar kau hidup² depan mak bapa kau. Paham?
Mamat: Ok². Awak, saya nak no. tepon awak? Manalah tau kalau rindu² nanti boleh calling².
Minah: Ooiiitt. Geli aku. Rindu², ingat aku ni bini kau ke? Nak termuntah aku dengar. Kau call je 999 minta no. tepon aku kat dorang. Kompem dapat. Dapat pelempang. Hahaha...
Mamat: Senyum jela (Dlm hati: Eieieieieiei... Geramnya aku. Takpa². Sabar hati. Sabar)

Khamis (APABILA MAMAT BALIK KE RUMAH SELEPAS JAM 12pm)

Ibu: MOHD AIMAN. Sampai hati senyap² ye. Tak nak kongsi langsung kat ibu & ayah.
Mamat: Apa ibu cakap ni? Aiman tak pahamlah. (Dlm kepala sambil memikir apa sebenarnya telah terjadi)
Ayah: MOHD AIMAN. Jangan nak main menyorok²lah. Kami dah tau. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang. Ayah berkenanlah kalau dia jadi menantu ayah.
Ibu: Ibu pun setuju. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai ambil hati orang tua. Seronok ibu kalau dapat menantu yg boleh jadi kawan ibu. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan macam mana MOHD AIMAN. Kamu setuju?
Mamat: Kalau ayah dgn ibu setuju & suka, teruskan sajalah niat nak masuk minang NURUL IMAN tu. (Dlm kebingungan: Sejak bila pula aku ada GF ni. GIRLFRIEND yg dicakapkan oleh ayah & ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN. Perhhh... Gilalah. Aku dahlah tak kenal sapa minah tu. Brutal pula tu. Tiba² je ibu ayah nak buat menantu. Takpa. Jalan je. Ada sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu & ayah pun suka. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat: Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak. Takpa ke awak?
Minah: Kau setuju ke mak bapa kau minang aku?
Mamat: Setuju!
Minah: Dah kau setuju, buat apa tanya aku lagi. Apalah. Cuma aku nak kalau kita bertunang, aku cuma nak barang hantaran telekung, sejadah & Al-Quran yg kau khatamkan je. Duit hantaran ikut suka kau nak bagi berapa. Aku tak kisah. 10 sen pun aku terima. Pastu 2 minggu je bertunang & pastu kawin. Dah, kita tutup kes ni.
Mamat: Amboi dashyat tul awak ni. Awak ni garanglah tapi sweet. (Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah: Oooiiittttttttt setan. Keluarlah kau dari badan mamat ni. Kau tau tak HARAM sentuh orang yg bukan mahram selagi kau tak lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA. Selagi tu kau HARAM nak sentuh aku. Kau ada wudu’ tak?
Mamat: Takda. Nak buat pe?
Minah: Kau gi ambil sekarang. Cepatlah.
Mamat: Merungut dlm hati sambil kaki melangkah mencari paip utk berwudu’ (Dlm hati: Eiiii minah ni cubelah cakap sopan sikit dgn aku. Garang macam singa. Singa pun tak macam dia)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat: Awak, saya dah amik wudu’. Awk nak saya buat apa?
Minah: Diamlah. Banyak bunyilah kau ni. Nah ambil ni AL-QURAN. Ni HALAL utk kau pegang 24 jam. Cium, peluk pun boleh. Pahala berganda 1000x kalau kau baca. Ha… Aku nak kau hafaz juzu’ 30. Minggu depan kita tunang, aku tau kau dah hafaz semua surah dlm juzu’ 30 tu.

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat: Awak apa kata kita tukar panggilan? Saya panggil awak SAYANG & awak panggil saya ABANG.
Minah: Ooiiiittt. Geli aku nak panggil kau abang. ABANG tu hanya SUAMI aku je. Kau tu bukan suami aku lagi. Baru tunang nak gempak². Bla la wei. Hah drpd kau duk mengarut yg bukan², kau dah hafaz juzu’ 30?
Mamat: Emmmmmmm. Dah². Napa?
Minah: Ha.. Ha cuba baca kat aku apa yg ku hafaz.
Mamat: (Dgn dimulai dgn surah Al-Fatihah & seterusnya membaca semua surah juzu’ 30 tu sampai habis)
Minah: Alhamdulillah. Pasni kau baca pula makna² surah dlm juzu’ amma tu. Minggu depan aku nak dengar kau bercerita depan aku.
Mamat: Dah macam peserta pertandingan hafazan & bercerita pula. (Cakap dlm nada slow)
Minah: Ooiitt, ko kutuk aku erk? Takpa².
Mamat: Mana ada. Awak memang cantik, comel.
Minah: Dah². Jangan nak cakap lagi. Aku tau dah aku memang cantik, comel. Sebab tu kau suruh ibu ayah kau minang aku kan?
Mamat: Tersenyum (Dlm hati: Ceh, masuk troli sorong sendirilah weii!!!)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat: Awak². Awak tak rasa ke apa yg saye rasa? Saya rasa macam ada sesuatu yg indah antara kita berdualah. Setiap kali ingat awak mesti terasa yg awak dekat sangat dlm hati saya.
Minah: Ooiitt yg kau nak berjiwang karat sangat ni napa? Bengkak telinga aku dengar. Kau ingat kau berjiwang² ni, aku cair & kau. Jangan haraplah weii. Dah². Sekarang kau ceritakan dekat aku kisah² dlm juzu’ amma tu.
Mamat: (Dlm hati: Dia ni memang takda perasaan langsung. Baru nak jiwang² dah tak boleh. Takpa. Sabar hati. Sabar)
Minah: Ooiitt berangan pula. Aku suruh cerita bukan berangan. Cepatlah cerita, aku nak dengar.
Mamat: Sabarlah. Tgh susun ayat ni. (Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu' amma tu)
Minah: Alhamdulillah. Minggu depan kita nikah. Aku nak sehari sebelum kita nikah kau buat qiamulllaill. Allah tu Maha Melihat. Kalau kau tak buat, kau tunggulah masa kau lafaz  Aku Terima Nikahnya mesti kau tersangkut².
Mamat: Tak naklah saya. Malulah tersangkut². Ok². InsyaAllah saya buat.
Minah: Tau pula malu. Ok. Lagi 1, hari nikah tu aku nak kau senyum je sepanjang majlis. Tak kisahlah waktu tu kau sedih ke, kecewa ke. Yg aku nak tengok, kau senyum je. Paham?
Mamat: Faham. Awak, saya teringin nak tengok awak senyum. Senyumlah awak. Mesti manis. Selalu tengok muka garang awak je. Senyumlah sikit awak.
Minah: Ada. Ada aku kisah. Tak boleh. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kita nikah nanti. Mesti kau tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yg menggoda sangat ni tau. Hahaha...
Mamat: Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat: Dgn sekali lafaz  AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DGN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI
Tok kadi: Sah².
Minah: Alhamdulillah. (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG

Minah: Terima kasih ABANG krn sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah. (Sambil tangan terketar² utk salam & cium tangan suci suaminya)
Mamat: Subhanallah. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suamimu. (Sambil mengucup ubun² isteri tercinta)

DI KAMAR PENGANTIN


Mamat: Sayang, abang tak sangka pula rasanya belum sebulan kita kenal, tiba² je dah kawin. Ajaib betul.
Minah: Tu namanya jodoh. Kekuasaan Allah, bang. Kita hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalanya.
Mamat: Sayang boleh abang tanya sesuatu?
Minah: Tanyalah abang. (Dgn nada suara yg manja)
Mamat: Napa sayang dulu garang sangat dgn abang? Tapi bila dgn orang tua abang, sayang cakap sopan?
Minah: Maafkan sayang, abang. Ayang bukan sengaja nak berkasar dgn abang. Ayang buat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dgn karenah ayang. Ayang nak abang terima ayang dgn seadanya. Sebab sayang tak nak kita hilang kemanisan cinta selepas berkahwin gara² abang dah sentuh ayang sebelum kawin. Ni sekarang kita dah kahwin. Ayang milik abang. Abang boleh sentuh ayang tanpa kena sound dgn ayang lagi. Hihihi. Abang, napa abang kahwin dgn ayang?
Mamat: Subhanallah. Terima kasih sayangku krn menjaga batasan kita selama ini. Abang pilih sayang krn Allah. Lepas abang buat qiamullail yg sayang suruh buat sehari sebelum nikah barulah abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta. I LOVE U SAYANG. Waktu tu juga abang baru sedar apa hikmahnya kenapa sayang suruh abang menghafal juzu' amma & membaca terjemahannya. Semuanya indah sayang. Terima kasih sayang. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’² yg lain.
Minah: Alhamdulillah ya Allah. Kau kurniakan aku suami yg soleh (Sambil tangan menadah doa) Abang, kenapa abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dgn kerete ALPHARD sebuah? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima.
Mamat: Sayang. Anggaplah tu hadiah drpd abang. Berapa sangatlah nilainya jika nak dibandingkan dgn nilai seorang isteri solehah macam ayang. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.
MinahI LOVE U TOO ABANG  UNTIL JANNAHTUL FIRDAUS. Aminnn...




 Perempuan yg garang luarannya sebenarya lembut hatinya. Garang dia krn utk menjaga maruah & syariat Allah. Janganlah dicaci maki perempuan yg garang itu, cuma berilah nasihat, InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu.


Syok tak kisah nie. InsyaAllah banyak pengajaran yg bermakna dlm penyampaian yg santai. Nasib baiklah Mamat Jiwang sabar dgn Minanh Brutal.:)




Ya Allah, aku tidak mahu sendiri meniti hari tuaku kelak. Hadirkanlah si dia yg telah ditetapkan utkku



Fitrah manusia ingin bercinta,
Menyelami perasaan mencintai & dicintai,
Aku juga tidak terkecuali,
Dlm mencari cinta♥ disulami Cinta♥ Illahi...

Wahai mujahidku,
Aku muslimah yg baru mula berhijrah,
Mujahidah sejati azam yg aku tanamkan,
Aku muslimah yg mahu berubah,
Ingin setia berjalan di bumi Jihad...

Wahai mujahidku,
Aku terlalu takut jika kau tidakku temui,
Krn aku sering dikelilingi,
Cinta♥ nafsu para pendosa,
Aku terlalu takut,
Jika aku turut serta bersama mereka,
Menjadi penzina mengundang azabNya...

Sungguh aku risau,
Jika bukan kau yg aku temui,
Tapi Adam disulami dgn cinta♥ nafsunya,
Mencuri hatiku yg mudah lentur & luluh,
Pada bicara kata...

Wahai mujahidku,
Andai kau tahu,
Sudah lama ku berusaha berjuang menjaganya,
Hati yg lembut dgn bicara kata,
Hati yg mudah terhadam dgn kata² cinta,
Namun denganNya aku berdoa,
Agar terbentengnya cinta♥ mereka,
Pada aku yg menjaga hati ini untukmu,
Yg aku tunggu...

Wahai mujahidku,
Jika benar kau mencintaiku keranaNya,
Jauhkan dirimu drpdku,
Jangan kau nodai aku dgn bicara katamu,
Jangan kau dekati aku dgn jasadmu,
Sebaliknya bimbinglah aku,
Memelihara hati,
Agar cinta♥ kita dapat bersemi,
Lebih indah & berkat drpd Ilahi,
Selepas lafaz ijab kabulmu,
Sesudah cahaya istikharahNya,
Dlm bersama dambakan cinta Yang Maha Esa,
Juga RasulNya,
Agar sama² kita merasa pahit,
Mujahadah keranaNya,
Menggapai syahid sehati sejiwa...

Wahai mujahidku,
Tarbiyahlah aku dgn bicara kata Illahi,
Biar aku pedih hati,
Asal aku sedar diri,
Utk bercinta♥ & bersamamu,
Hanya keranaNya...

Wahai mujahidku,
Jadilah kau kekuatanku,
Jadilah kau pendorongku,
Agar bertambah semangatku & tekadku,
Utk sama² berjuang demiNya & agamaNya...

Wahai mujahidku,
Sungguh aku dambakan cahaya mata,
Menjadi tahfiz & hafizah,
Agar terasa damai apabila bersama mereka,
Moga kau jadi abuya yg adil & bijaksana,
Mendidik mereka menggapai soleh & solehah,
Agar menjadi tinggalan kita,

Wahai mujahidku,
Jangan kau lemah dlm perjuangan kita,
Jangan kau damba fana yg sementara,
Krn itu buat kau kehilangan cintaku,
Hilangnya agama padamu hilanglah juga cintaku padamu,
Hilangnya dambaan cintamu padaNya hilanglah juga dambaan cintaku padamu,
Krn aku tidak rela berdamping dgn mujahid selemahmu,
Dan lebih rela utk aku pergi jauh darimu yg dambakan dunia fana...

Wahai mujahidku,
Moga kau akan terima aku seadanya,
Krn aku hanya insan biasa,
Yg ingin jadi luar biasa,
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia,
Asal kita bersama meraih cinta♥ kepadaNya,
Kau & aku hanya keranaNya...

Semoga kita akan bertemu MUJAHIDKU!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...