Assalamualaikum & salam sejahtera...
Entry kali nie nak share tentang aktiviti yg DG kami buat utk perjumpaan kali nie.
Masa mula² ummi DG (Ukhti Dalilah) sms nak main masak² tak tanya pula nak nak masak apa. Just balas "InsyaAllah, baiklah"
Seusai saja solat Asar kami berkumpul di rumah ummi DG. Wana pergi seorang² sebab Ukhti Linda (adik DG II) tak dapat datang. Dia balik rumah makciknya di Kajang.
Sampai² kat rumah ummi DG, ummi DG bagitahu nak masak SPAGHETTI resepi adik DG I (Ukhti Ain Fikri). Wah, waktu tue gembira sangat sebab dah lama nak tahu cara² masak SPAGHETTI.
Sementara tunggu semua adik-beradik DG datang, saya & ummi DG mencuci semua bahan² yg akan digunakan utk masak SPAGHETTI. Bahan² yg digunakan ialah
´.•✿ Spaghetti sepaket,
´.•✿ 2 batang lobak merah,
´.•✿ 2 biji bawang besar,
´.•✿ 4 biji tomato segar & ranum,
´.•✿ 1 tin (400 ml) susu sejat,
´.•✿ 1 tin (400g) tomato puri,
´.•✿ Ayam yg telah disembelih dgn cara ISLAM,
´.•✿ 3 sudu besar minyak masak,
´.•✿ 1 kiub stok pengganti HAJI NAIK MOTOR (aji na moto ^_^)
´.•✿ Garam & gula secukup rasa
Apabila bahan² dah cukup bolehlah memulakan proses potong memotong & masak memasak. Jom ikuti resepi yg diajar pd KAMI ^_^
1. Sebelum tue, ayam yg dah siap dibasuh dgn bersih akan dimasak dahulu dgn air.
2. Bawang besar, tomato & lobak dipotong dadu sekecil²nya (2.5mm x 2.5mm)
P/s: Tak perlu ukur guna pembaris pun. Agak²lah nampak kecil tue kira oklah ^_^.
3. Inilah hasil setelah bawang, lobak, tomato dipotong dadu. Ayam yg telah direbus pun bolehlah dicarik² menjadi kecil.
Waktu potong memotong, adik DG III (Ukhti Azlina), share satu ilmu tentang buah²an & sayur²an.
Sebenarnya, kelebihan banyak² buah²an & sayur²an yg ALLAH ciptakan nie dapat dilihat dari struktur buah²an & sayur²an itu sendiri.
Contohnya lobak baik utk mata dapat dilihat dalam lobak sendiri apabila ia dipotong.
Percaya tak? Kalau was² juga jom tengok video kat bawah nie. Sebelum tengok video nie, tutuplah lagu kat blog wana dulu ye.
Subhanallah. Kagum tak?
"Setiap yg Allah ciptakan tidak kira walau ia sebesar zarah sekalipun ia pasti ada kebaikan & tujuannya serta hikmahnya."
4. Berbalik dengan aktiviti masak memasak kami, apabila dah proses potong memotong bolehlah proses masak memasak pula dijalankan. Wana akan terangkan berdasarkan gambar di bawah. So pandai²lah padankan kenyataan dgn gambar.
1. Rebus air dlm periuk, bila air mendidih baru masukkan SPAGHETTI. Kacau sekali-sekala & masukkan satu sudu teh minyak agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak & masukkan bawang besar cincang bila minyak dah panas. Jangan dibiarkan garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu.
4. Masukkan ayam dah dicarik².
5. Masukkan semua lobak & masak sehingga lembut.
6. Bila nampak semua susu telah diserap ayam, masukkan tomato puri.
7. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kami guna air rebusan ayam ^_^.
8. Masukkan tomato segar. Kacau sos sambil ditekan² tomato yg nampak berbiji hingga hancur.
9. Masukkan kiub, garam & gula secukup rasa.
10. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Dan inilah hasilnya masakan kami hari ini sehingga membuatkan kami kenyang. Sedap hingga nak tambah lagi tapi perut tak muat dah. Alhamdulillah ya Allah..
Setakat nie je perkongsian utk hari nie. Rasa gembira dapar belajar satu resepi baru & insyaAllah boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Syukran ummi DG, adik DG I & adik DG III. "Ana uhibbukumfillah abadan abada."
Adik DG II jangan jeles tau, insyaAllah nanti kita belajar resepi lain pula.
YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati² ini,
Telah berkumpul krn mengasihi-Mu,
Bertemu utk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati² ini telah mengikat janji setia utk mendaulat & menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati² ini,
Akan jalan-Nya yg sebenar,
Penuhkanlah hati ini dgn cahaya Rabbani-Mu,
Yg tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati² ini dgn limpahan Iman & keyakinan,
& keindahan tawakkal kpdMu,
Hidup suburkanlah hati² ini dgn ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati² ini,
Sebagai para syuhada dlm perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik² sandaran & sebaik² penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Wallahualam
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment