Suatu petang, di sebuah masjid di perkampungan Mesir.
Seorang ustaz sedang mengajarkan murid²nya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba² masuk seorang anak kecil yg ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira² 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dgn senyumnya yg lembut, dia bertanya kpd anak yg baru masuk tadi,
"Ada ayat yg kamu hafal dlm Al-Qur’an?"
"Ya," jawab anak itu singkat.
"Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?" pinta ustaz.
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,
“Adakah kamu hafal surah Tabaraka (Al-Mulk)?”
“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya.
Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dgn kemampuan hafazan si anak kecil itu, meskipun usianya lebih muda berbanding murid²nya yg ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh:
“Kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dgn sangat lancar sehingga kekagumannya semakin bertambah.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan & membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. & ustaz itu semakin teruja dgn pertanyaan terakhir,
“Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an?”
“Ya,” jawabnya dgn jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan,
“Subhanallah wa masyaallah, tabarakkallah.”
Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kpd murid barunya,
"Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibu bapamu. Ustaz ingin berkenalan dgnnya".
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya seperti pesan ustaz kpdnya. Melihat ayah dr anak tersebut, si ustaz bertambah kaget krn gayanya tidak langsung seperti orang alim, terhormat & pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu,
“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dr anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya di sebalik anak kecil ini ada seorang ibu yg sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yg semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, & sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.
Ibu mereka ketika anak² itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an & selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti & tak pernah bosan. Dia selalu katakan kpd mereka,
"Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yg menentukan makan malam ini."
"Siapa yg paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yg berhak memilih ke mana kita boleh bersiar² nanti."
"Itulah yg selalu dilakukan ibunya sehingga tercipta semangat bersaing & berlumba² antara mereka utk memperbanyak & mengulang² hafalan Al-Qur’an mereka," jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yg boleh melahirkan anak² yg luar biasa. Hanya seorang ibu yg biasa. Setiap kita & semua ibu bapa tentu bercita² anak²nya menjadi generasi yg soleh, cerdas & membanggakan. Tapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak² itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih & susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,
"Di sebalik anak ini ada seorang ibu yg kekuatannya sama dgn seribu lelaki."
Ya, perempuan yg telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yg baik utk kehidupan anak² adalah tidak mudah. Hanya orang² yg punya kemahuan & motivasi yg boleh melakukannya. & tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yg lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yg mewariskan kesolehannya ke dlm kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yg pernah diwasiatkan Rasulullah saw kpd kaum lelaki utk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak wanita.
Dgn menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya seperti sabda Rasulullah saw,
“Wanita dinikahi krn 4 perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yg taat beragama, nescaya engkau beruntung.” (HR.Bukhari & Muslim).
Perempuan yg dikenalkan kpd kita dlm cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak²nya baru belajar bercakap. Tidak. Tapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan utk mengakrabkan mereka dgn bacaan² Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dlm keadaan kehamilannya yg berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu utk membaca Al-Qur’an, memperdengar janin yg ada di rahimnya, dlm keadaan berbaring, duduk mahupun bersandar. Perjuangan itulah yg berat tapi itu pulalah yg kemudian memudahkan lidah anak²nya merangkai kata demi kata dr ayat² Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dr kisah di atas dapat kita ambil pelajaran & menjadikan teladan.
0 123 Bingkisan Sahabat:
Post a Comment