Photobucket

Sunday, December 4, 2011

Angry Birds Permainan TARBIYAH?

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 2:35 AM 9 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pernah tak main Angry Birds?

Saya pernah main tapi berHENTI sbb 
✔ Ketagih
✔ Tak dapat bunuh babi. (maaf sekiranya nampak kasar, tapi mmg babi pun. Cuba perhatikan)

Angry Birds..

Salah satu game yg paling 'legend' antara semua game² apps Apple yg dimain oleh sesiapa sahaja.

Semuanya suka bermain game ini

:/Tidakkah anda pernah tertanya²?
:/Kenapa?
:/Apa yg best sangat game ni?

Mcm simple je, game berkaitan burung² yg marah kpd babi² berwarna hijau yg mencuri telur mereka.

Sedar tak kita? :confused:

Jawapannya sebab....
Angry Birds dipenuhi dgn nilai² & prinsip² sebuah Gerakan Dakwah Islamiyah.

1) Jihad & Tadhiyyah (Pengorbanan)

☑ Antara ciri yg paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung² yg marah tu semuanya sanggup berkorban.

☑ Menyerahkan jiwa & tubuh mereka utk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi² hijau yg suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan.

☑ Mungkin yg merah, kuning, biru & hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

☑ Tapi bagaimana dengan yg hitam & putih?
Yg hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
Yg putih pula sanggup mengorbankan anaknya!

☑ Itu bukanlah satu pengorbanan yg senang menghantar anak yg masih dlm telur ke medan jihad.

☑ Segala²nya utk mencapai satu matlamat iaitu menjatuhkan tembok² jahiliyah yg kukuh, menghapuskan babi² hijau itu selama²nya terutamanya ketua mereka yg memakai mahkota emas.
"Sesungguhnya Allah membeli dr orang² mukmin itu diri mereka & harta mereka dgn memberikan kpd mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

☑ Dlm nak meruntuhkan tembok² jahiliyah yg begitu kukuh burung² yg marah itu tidak bertindak secara berseorangan.

☑ Malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan.

☑ Maka mereka bersatu iaitu bersatu tenaga mereka & bertindak secara berjemaah utk meruntuhkan tembok² jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

☑ Tapi adakah burung² main langgar je, siapa yg serang dulu?

☑ Tidak, burung² sedar setiap burung mempunyai kemampuan & semangat pengorbanan yg berbeza.

☑ Setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yg berbeza, jadi burung² susun siapa pergi dulu, lepas tu siapa pergi dulu.

☑ Kenapa?

☑ Sebab Saidina Ali mengatakan:
"Kebatilan yg tersusun akan mengalahkan kebenaran yg tidak tersusun"

4) Gerak kerja yg Muntijah (berhasil)

☑ Bagaimana pula cara burung² susun siapa yg pergi dulu & siapa yg pergi kemudian?

☑ Burung² susun dgn menilai cara yg paling muntij & cepat utk meruntuhkan tembok jahiliyah itu.

☑ Maka setiap orang yg mempunyai isti'ab yg berbeza & berfokus kpd kelebihannya.
Yg reti potong kayu pergi serang kayu.
Yg boleh hancurkan batu pg hancurkan batu.

☑ & menjadi tanggungjawab kita pula sebagai qiyadah (ketua) mereka utk detect, apakah kelemahan musuh kita & segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yg berbeza².

☑ Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi utk mencapai ustaziyatul alam?

Eh, silap..

☑ Utk mengalahkan babi² hijau tadi dgn tenaga yg paling sikit & masa yg paling cepat.

5) Taat

☑ Sebagai qiyadahperkara yg paling menyenangkan hati kita & meneruskan semangat kita utk berjuang adalah: 
:heart:Kalau kita suruh burung² marah itu menyerang ke atas maka dia akan pergi ke atas & kalau ke kanan maka dia akan pergi ke kanan.

☑ Pasti tidak ada orang yg nak main & selama²nya babi² hijau itu akan gelak terkekeh².

☑ Jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.

6) Ukhuwah

☑ Perlu faham bahawa ukhwah burung² yg marah itu sangat kuat & itulah teras & tunjang utama kekuatan burung².

☑ Mereka sedih & marah apabila saudara² mereka dicuri telurnya.

☑ Mereka merasai penderitaan saudara² mereka.

Krn sesungguhnya burung² yg berwarna itu bersaudara sepertimana kita umat Islam bersaudara.

☑ Jika salah satu drpd saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya.

☑ & kita akan berusaha utk menyelamatkan saudara kita drpd musuh yg nampak di dunia.

☑ & juga musuh yg tidak nampak yg menarik kita ke api neraka.

Kenapa?

☑ Sebab kita menyayangi saudara kita.

☑ Sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang krn cinta kita kpd Islam & Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds.
☑ Jika tidak ada ukhwah dlm kalangan mereka maka begitu juga tidak akan wujud Gerakan Islam.

☑ Malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah & muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah & kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong² memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dgn memuji Tuhanmu & mohonlah ampunan kpdNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)

Sedarlah. . . . .

✔ Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah & kesatuan dlm kalangan umat Islam.

✔ & prinsip kpd kesatuan itu terletak pd Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

Semua yg anda baca tadi adalah pengajaran drpd Angry Birds.

Tapi ada satu lagi pengajaran yg tersirat iaitu: 

✔ Jika kita melihat dunia ini dgn perspektif Islam yg jernih kita akan memasuki sebuah dunia yg berbeza.



& kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya sehingga mereka tidak mampu menang² lagi sampai sekarang?

Fikir²kan..

Wallahualam

9 123 Bingkisan Sahabat:

Wah, bagusnya, analisis!
Apa pun, main berpada-pada! Biar manfaatnya sama kita peroleh scr maksima :)

dulu main la..sekarang tak main game dah..dah dewasakan..hihi

salamu'alayk..,
bagus analisis enti..=)
tp yg ana nk komen kn berkaitan dgn game angry bird sbb setiap individu ada prospeknya sniri ^^
harap maaf tp harap enti alert gambar masjid berkubah emas itu bkan masjidil aqsa itu adalah dome of rock,( masjid sakhrah) yg dibina oleh yahudi laknatullah.., ana xsalahkan enti sbb kebanyakkan media hari ini mmg mnyatakan itu adalah masjid umat islam (masjidil aqsa).., jd kitalah sbg pendidik perlu alert dgn benda2 cmni supaya dpt dismpaikan kebenaran kpd students kita insyaAllah..

Palestin adalah bumi ummat Islam!!!
Allahuakbar

salamu'alayk..,
tahniah atas analisis yg mantap=)
tp ana bkn nk komen ttg game angry bird sbb insyaAllah smua org ada prospeknya sniri..tp yg ana nk komen ialah gambar masjid berkubah emas di akhir entri enti.., tahukah enti bahwa itu bukan masjidil aqsa ttp dome of rock (masjidil sakhrah) yg dibina oleh yahudi laknatullah? mmg hari ini ramai yg terkeliru hingga ke tahap media pn konfius sehingga mnguar-uarkan itulah masjidil aqsa.., agak malang bg kita yg mmperjuangkan suara palestin ttp krg peka akan hal ini.., ana mohon maaf andai terkasar dlm berbahasa, ttp itulah realitinya. Smoga landasan sbg pendidik dpt dijadikan wadah penyampaian mklumat yg benar kpd para students kita insyaAllah.. ^^
'asif a'la kulli hal

syukran ats pandangan..
tak perasan pula gmbr masjid tue..
sbb ambil dr mr GOOGLE..^_^

sbnrnya ayat nak fokus kat gambr tue just " ISLAM PASTI MENANG"
Apa2 pun ana ucapkan Jazakallah khairan kathira..moga senantiasa dirahmati Allah..doakan ana mampu membentuk generasi berlandaskan al-Quran & sunnah w/pn hanya sebagai guru math

lupa nak jawab salam --> Waalaikumussalam w.b.t ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...