Photobucket

Monday, December 5, 2011

BerBEKAM Sunnah NABi Muhammad s.a.w

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 12:23 PM No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Bestnya KARNIVAL HARI TERBUKA (KHAT) KHAR kali nie. Alhamdulillah banyak benda yg nak Wana rancang nak buat sem akhir di UPSI tertunai sewaktu KHAT nie. 

Nak tahu?

Pertama: BERBEKAM.

Setelah sekian lama melihat org berbekam, akhirnya Wana sendiri dapat rasa SAKITnya berbekam. (tak sakit pun, tipu je).


Kenapa perlu berbekam?

Anas berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: 
“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pd malam aku diIsra`kan kecuali mereka berkata: Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pd malam aku diIsra`kan kecuali tiap mereka berkata kpdku: Wajib bagimu wahai Muhammad utk berbekam.”

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi saw bersabda:
“Kesembuhan itu berada pd 3 hal iaitu: ✔ minum madu, ✔ sayatan pisau bekam, ✔ sundutan dgn api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dgn kay.” (Hadith Sahih Al Bukhari)

Dari 3 hadith yg di ats, agak² tahu tak sebab perlu berbekam.

:confused:APA ITU BEKAM (Al-Hijamah)?

☑ Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksik iaitu racun yg berbahaya dlm tubuh) melalui permukaan kulit. 

☑ Toksin ini berada pd hampir setiap org. Toksin² ini berasal dr pencemaran udara, makanan yg banyak mengandung zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun sayuran dll.




☑ Kulit adalah organ yg terbesar dlm tubuh manusia, sebab itu banyak toksik/racun berkumpul. Dgn berbekam dapat membersihkan darah yg mengalir dlm tubuh manusia. 


☑ Inilah salah satu DETOKSIFIKASI (proses pengeluaran toksik/racun) yg sangat mujarab serta tiada kesan sampingan. 


☑ Berbekam sangat berkesan utk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh/badan serta memberi seribu harapan pd penderita utk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.


:confused:FAKTA BEKAM


☑  Jenis Bekam
 



☑  Waktu Berbekam
Berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan krn ketika ini, darah toksik berhimpun. Walau bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pd bila² masa utk tujuan mengubati penyakit.


Mereka yg hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara 2-3 jam sebelum berbekam & lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


☑ Alat Bekam


Pd zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan utk berbekam, manakala org Cina pd zaman kuno menggunakan tanduk. 


Org Eropah pd abad ke-18 menggunakan lintah utk menghisap darah toksik & kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.


Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yg sama seperti pengamal perubatan moden.



☑ Larangan Berbekam


Tidak semua org boleh berbekam krn dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yg mempunyai masalah:
tekanan darah rendah, 
✿ pesakit kudis, 
✿ perempuan mengandung & ketika haid, 
✿ masalah kulit yg serius 
✿ dlm keadaan sangat letih, lapar & kenyang.


Antara anggota bahagian tubuh yg tidak boleh dibekam ialah 
mata, 
✿ telinga, 
✿ hidung, 
✿ mulut, 
✿ alat kelamin 
✿ dubur.


☑  Kebaikan Berbekam 
Membantu menghilangkan pening & migrain.
 Membantu membuang angin dlm badan, melegakan pernafasan & sistem perkumuhan. 
 Membantu memecahkan lemak, peluh & melegakan demam. 
 Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.
 Membantu mencegah kebas kaki & membantu meredakan serangan angin ahmar.
 Mengeluarkan darah toksik & melancarkan peredaran darah yg tersumbat.
 Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yg terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat & malas).
 Membantu menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yg tersumbat menyebabkan penglihatan kabur).


Bekam dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti 
 ketegangan urat, 
 darah tinggi, 
 jantung, 
 kolesterol, 
 masuk angin, 
 migrain, 
 sakit mata, 
 angin ahmar, 
 sakit gigi, 
 jerawat, 
 sembelit, 
 tekanan,  
 buah pinggang,
 dll


Sekadar ini perkongsian tentang BEKAM. Lepas nie bolehlah berBEKAM:)


Sebab² bestnya KHAT KHAR akan bersambung pd entry akan datang.


Wallahualam.

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...